Orang Melayu diingatkan supaya tidak mengambil ringan cita-cita politik Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum akan datang.
Pemimpin veteran DAP itu akan menggunakan pelbagai muslihat untuk meraih undi orang Melayu melalui parti yang diperalatkan seperti PPBM, PKR dan PAN.
Strategi menggunakan orang Melayu untuk menghancurkan kuasa politik bangsa Melayu adalah berbahaya jika dibiarkan berlaku.
Hal demikian seperti yang dibuktikan oleh seorang aktivis dan bekas pemimpin DAP, Hew Kuan Yau dalam satu cerama di Pilihan Raya Negeri Sarawak iaitu, “Gunakan Melayu untuk menghancurkan Melayu” (Use the Malay to screw Malay). DAP hanya memperalatkan Tun Dr. Mahathir, Anwar Ibrahim dan Dr. Wan Azizah untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib yang juga Presiden UMNO ketika ucapan pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 mendedahkan Kit Siang berminat untuk menjadi Perdana Menteri.
Kelmarin, bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz dilaporkan berkata, selama ini Kit Siang melindungi niat sebenarnya itu daripada rakyat dengan berpura-pura memberi sokongan dengan menamakan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara dan Dr Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri menunggu sehingga Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara.
Tetapi yang menjadi tanda tanya Dr. Mahathir Pengerusi Pakatan Harapan bukan Ahli Parlimen tetapi berangan-angan hendak kembali menjadi Perdana Menteri atas galakan Kit Siang yang hanya inginkan undi Melayu sahaja.
Oleh yang demikian kami orang Melayu ingin tahu kawasan Parlimen mana Dr. Mahathir akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14).
Dr. Mahathir perlu jawab kepada orang Melayu, jika beliau benar-benar top dog atau orang kuat Pakatan Harapan. Jika beliau tidak jawab, adalah sah bahawa Lim Kit Siang merupakan pemimpin de facto Pakatan Harapan yang sudah tentu merupakan calon Perdana Menteri pakatan itu.
No comments:
Post a Comment