Mahathir semasa dalam ‘cuti sakit’ difahamkan beliau telah diumumkan oleh Pakatan Harapan sebagai calon Perdana Menteri Malaysia ke-7 dengan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri beliau. Keputusan ini telah dibuat oleh jawatankuasa G5: di mana dianggotai beliau sendiri, Wan Azizah, Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng and Mohamed Sabu.
Sekarang, bolehkah itu berlaku ? Bolekah Mahathir sekali lagi Menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan menang tidak kurang daripada 112 kerusi parlimen dalam pilihan raya akan datang? Baiklah, pertama sekali baca Artikel 40a(2) dan Artikel 43(a) Perlembagaan Persekutuan Malaysia seperti berikut:
Article 40a (2) The Yang di-Pertuan Agong may act in his discretion in the performance of the following functions, that is to say (a) the appointment of a Prime Minister.
Article 43 (a) the Yang di-Pertuan Agong shall first appoint as Perdana Menteri (Prime Minister) to preside over the Cabinet a member of the House of Representative who in his judgment is likely to command the confidence of the majority of the members of that House.
Mereka pelajar Bahasa Inggeris akan ambil perhatian serta faham kata kunci dan frasa dalam dua peruntukan Artikel tersebut - di mana ‘discretion’ (budi bicara baginda), ‘who in his judgement’ (siapa dalam penilaian baginda), ‘is likely’ (berkemungkinan), ‘command the confidence’ (menguasai kepercayaan), dan ‘the majority of the members of the House’ (majoriti ahli Dewan).
Dalam lain perkataan, Duli Yang Maha Mulia Yang diPertuan Agong yang membuat keputusan dan bukannya ‘G5’ membuat keputusan tentang siapa yang harus menjadi Perdana Menteri. Selain itu ada beberapa kriteria harus dipatuhi sebelum Agong memberi pekenan.
Sebagai contoh kriteria perlu dipatuhi, adakah Mahathir mewakili PPBM atau Pakatan Harapan? Sekira beliau mewakili PPBM, adakah parti itu mendapat kerusi majoriti? Sekiranya beliau mewakili Pakatan Harapan pula, adakah gabungan itu telah diluluskan pendaftrannya oleh ROS?
Katakanlah Barisan Nasional (BN) memenangi hanya 110 kerusi Parlimen di mana DAP memenangi 50 kerusi, PKR 40, PPBM 10 dan PAN 12. Jumlah kerusi untuk DAP, PKR, PPBM dan PAN mungkin 112 kerusi parlimen tetapi berlandaskan undang-undang Pakatan Harapan tidak didaftarkan dengan rasmi, oleh itu mereka tidak boleh mendakwa bahawa Pakatan Harapan memenangi 112 kerusi melawan hanya 110 kerusi BN. Ia akan jadi 110 kerusi BN lawan kerusi individu parti iaitu 50 kerusi untuk DAP, 40 kerusi untuk PKR, 10 kerusi untuk PPBM dan 12 kerusi untuk PAN.
Walaupun BN memenangi hanya 111 kerusi, ia akan jadi 111 kerusi lawan empat parti berasingan yang berjumlah 111 kerusi dan bukannya 111 kerusi BN melawan 112 kerusi untuk Pakatan Harapan. Oleh itu, dengan hanya 111 kerusi, BN dapat membentuk kerajaan memandangkan DAP hanya memperolehi 50 kerusi, PKR 40 kerusi, PPBM 10 kerusi dan PAN 12 kerusi.
Pada asasnya, dalam ‘penilaian baginda’ Yang diPertuan Agong, BN telah ‘menguasai kerpercayaan’ oleh ‘majoriti ahli Dewan’ yang membolehkan baginda Yang diPertuan Agong menggunakan ‘budi bicara’ untuk melantik Pengerusi BN sebagai Perdana Menteri.
Di manakah kita akan pergi memandangkan DAP telah menjahanamkan diri mereka sendiri. Sebab pemilihan CEC DAP baru-baru ini pada 12th November 2017 — serupa dengan pemilihan pada 15th December 2012 dan pada 29th September 2013 — ia didapati haram kerana penipuan , itulah puncanya mengapa Pakatan Harapan tidak boleh didaftarkan.
Difahamkan juga DAP sengaja melenggah-lengahkan daripada Pakatan Harapan didaftarkan kerana kuatir terhadap dua perkara utama yang dijangkakan akan menjejaskan prestasi parti itu pada PRU ke 14 akan datang.
Pertama, bendera logo Pakatan Harapan yang menggantikan bendera logo ‘Roket’ bakal mengelirukan penyokong DAP dalam pilihan raya akan datang.
Kedua, persekongkolan Lim Kit Siang dengan Tun Dr. Mahathir telah menjejaskan sokongan terhadap parti itu oleh ahli akar umbinya. Ini jelas kelihatan semasa pemilihan semula CEC pada 12th November 2017 baru-baru ini di mana jumlah pemilih turun dengan mendadak sebanyak 50% daripada pemilihan yang lepas
PPBM juga sebahagian daripada penyumbang kepada kegagalan Pakatan Harapan untuk didaftarkan oleh ROS. Ini kerana parti itu gagal untuk mengadakan Mesyuarat Tahunan (AGM) sejak ditubuhkan 9hb September 2016 dan kemungkinan besar akan diharamkan oleh ROS tidak boleh dinafikan.
Memandangkan masa yang singkat, iaitu dua ke tiga bulan lagi sebelum PRU 14 diadakan, kami merasa optimis pendaftaran Pakatan Harapan dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang terdekat.
Oleh itu, walaupun sekiranya Pakatan Harapan memenangi 112 kerusi atau lebih dalam PRU 14 , Pengerusi BN masih akan jadi akan jadi Perdana Menteri dan bukannya Mahathir sepertia yang dicadangkan oleh G5. Walaupun 100% kaum Cina mengundi DAP paling tinggi mereka boleh dapat lebih kurang 50 kerusi parlimen.. Dan DAP adalah DAP dan bukannya Pakatan Harapan kerana ketika itu pada PRU 14 Pakatan Harapan gagal didaftarkan.
No comments:
Post a Comment