Dua hari lagi tirai 2017 akan dilabuhkan. Sudah pasti sepanjang tahun ini pelbagai kenangan pahit dan manis kita lalui. Bagi rakyat Selangor, terlalu banyak perkara yang mereka tempuh bukan sahaja sepanjang tahun ini tetapi sejak pentadbiran kerajaan negeri berada di bawah kepimpinan pakatan pembangkang yang disertai oleh DAP, PKR dan PAS.
Keadaan seolah-olah menjadi bertambah buruk apabila Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengambil alih jawatan Menteri Besar daripada Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim. Azmin yang diharapkan akan membawa lebih banyak perubahan kepada Selangor sebaliknya dilihat semakin gagal menguruskan negaer itu.
Terdapat banyak isu yang menujukkan Azmin gagal sebagai Menteri Besar. Bagaimanapun beliau berjaya menutup semua kegagalan itu melalui permainan politik licik. Azmin lebih beretorik dalam menyelesaikan masalah rakyat dan berhadapan dengan sesuatu isu.
Kalau mahu digariskan terlalu banyak perkara yang menunjukkan kegagalan Azmin. Tiada apa yang membanggakan bagi Selangor di bawah kepimpinan Azmin, sebaliknya sehingga ke hari ini di penghujung 2017, masih terdapat pelbagai kemelut dan krisis di negeri itu gagal ditangani beliau.
Kami tidak perlu menyenaraikan kesemua masalah di negeri tersebut tetapi cukup mengupas beberapa isu utama yang menjadi bukti hakikatnya Azmin bukanlah pentadbir yang baik sebaliknya hanya bijak menutup kegagalan dan kelemahannya melalaui penampilan dan ucapan semata-mata.
Antara perkara utama yang sehingga kini tidak diselesaikan oleh Azmin biarpun kita sudah mahu melangkah ke tahun baru ialah;
Masalah bekalan air berlanjutan
Ramai yang mengecam Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos apabila beliau memakai tuala melakukan demonstrasi membantah masalah bekalan air di Selangor, tetapi apa yang beliau lakukan adalah bagi menyampaikan mesej bagaimana kerajaan negeri gagal mengatasi isu itu biarpun sudah berlanjutan sejak 2012.
Dalam isu ini Azmin lebih banyak menuding jari menyalahkan pihak lain sedangkan beliau sendiri tidak bersugguh-sungguh mengatasinya khususnya dalam mendapat kerjasama daripada Kerajaan Pusat. Azmin ternyata terlalu ego. Beliau tidak mempuyai apa-apa pelan tindakan krisis air. Akibatnya dari semasa ke semasa masalah bekalan air terus menghantui negeri yang dianggap terkaya di negara ini.
Integriti semakin musnah
Kerajaan negeri Selangor sering menegaskan, mereka telus dan penuh integriti, tetapi sehingga ke hari ini Selangor merupakan satu-satunya negeri yang tidak menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).
Kalau Azmin benar-benar memiliki integriti yang tinggi, beliau tidak takut untuk menandatangani ikrar tersebut, bagaimanapun alasan keengganan Azmin mula terjawab apabila anak saudaranya ditahan oleh SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah aktiviti perlombongan pasir scara haram.
Malah kredibiliti dan integriti kerajaan negeri juga semakin dipertikaikan apabila tercetus isu pemilikan tanah di Kampung Sungai Yu, Permatang di Tanjong Karang. Setakat ini sebanyak 15 individu termasuk seorang exco kerajaan negeri dipanggil oleh SPRM untuk membantu siasatan.
Isu perumahan rakyat
Sepanjang menjadi Menteri Besar, Azmin ternyata gagal menangani isu ini. Mewujudkan rumah mampu milik untuk rakyat retorik dan janji-janji kosong. Pada masa sama, penduduk di projek pangsapuri kos rendah dan sederhana terus dibelenggu masalah infrastruktur, tetapi apabila Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar campur tangan Azmin menuduh Noh mahu bermain politik.
PKNS dan Skandal UNISEL
Dalam isu perumahan juga, Azmin gagal untuk memastikan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kembali kepada objektif asal penubuhannya iaitu membantu rakyat memiliki rumah.
PKNS ketika ini jelas tidak berjaya membantu orang Melayu memiliki rumah. Sebaliknya seperti teguran Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, perbadanan itu seolah-olah bersaing dengan pemaju lain dan terlalu ghairah mengejar keuntungan.
Apa yang berlaku di UNISEL lebih teruk apabila wujudnya dakwaan melibatkan Perbadanan Menteri Besar (MBI) dengan syarikat Jana Niaga Sdn. Bhd.(JNSB) dan universiti itu. Ia berkaitan campur tangan MBI dalam penyelesaian pertikaian antara JNSB dan UNISEL. Kemungkinan unsur penyalah guna kuasa dalam isu ini tidak boleh diketepikan begitu sahaja.
Kesimpulannya, kami berharap rakyat Selangor akan membuka mata untuk melihat dan menilai bahawa pentadbiran negeri Selangor di bawah Azmin sebenarnya penuh dengan masalah dan skandal.
Bagaimanapun masih belum terlambat untuk rakyat Selangor melakukan perubahan yang drastik. Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pasti akan diadakan pada 2018. Oleh itu, sambutlah tahun baharu dengan kesyukuran dan pada masa yang sama menanam keazaman untuk melaksanakan perubahan politik di negeri Selangor. Langkah itu bukan semata-mata memberi kuasa kepada BN, tetapi untuk memastikan Selangor tidak terus dirosakkan oleh petualang-petualang ahli politik seperti Menteri Besar yang ada sekarang.
No comments:
Post a Comment