Sultan Selangor, Sultan Saharafuddin Idris Shah menegur Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana kenyataannya yang menghina masyarakat berketurunan Bugis dan menganggap kenyataan itu boleh menjadikannya sangat berbahaya.
Baginda seterusnya bertitah, bekas Perdana Menteri itu memerintah selama 22 tahun tetapi beliau tidak boleh memerintah begitu lama seandainya tidak disokong oleh rakyat dan parti-parti yang berdiri teguh di belakangnya.
“Dr. Mahathir mahu memusnahkan asa yang menyokongnya dahulu, ia menjadikan beliau seorang yang sangat berbahaya,” titah baginda yang dipetik dalam temubual disiarkan akhbar The Star semalam.
Baginda menjelaskan, teguran terhadap Dr. Mahathir dibuat agak lewat iaitu selepas tiga minggu kerana baginda mengetahui perkara itu semasa dalam perjalanan untuk mengerjakan umrah dan perlu meneliti fakta mengenainya sebelum membuat sebarang kenyataan.
“Saya tidak mahu bertindak secara membuta tuli. Saya menunggu sehingga kembali dan bercakap dengan orang yang hadir (ketika Mahathir berucap) dan tahu apa sebenarnya yang berlaku. Saya hanya bercakap selepas itu,” titah baginda.
Sebelum ini, dalam kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafiah Jais pada 2 November lalu, Sultan Sharafuddin Idris Shah memandang serius ucapan yang dibuat oleh Dr. Mahathir kerana boleh mencetuskan rasa benci serta prasangka buruk rakyat terhadap etnik Bugis sehingga boleh mencetuskan kekecohan serta huru hara.
Baginda bertitah, kenyataan yang dibuat oleh ahli politik boleh menanam benih kebencian di kalangan rakyat, malah kontroversi itu tidak sepatutnya berlaku.
“Mereka yang menyokongnya (Dr.Mahathir) mengatakan beta dipengaruhi oleh orang-orang yang anti-Mahathir.
“Itu tidak benar. Kita mesti ada bukti untuk menyatakanya. Dia memerintah selama 22 tahun. Dia harus tahu lebih baik tentang dakwaan itu,” titah baginda.
Baginda bertitah, Dr.Mahathir juga tidak pernah meminta maaf kepada baginda berhubung kenyataan yang dibuat mengenai keturunan Bugis itu.
Seterusnya baginda bertitah, Dr.Mahathir bukan jenis pemimpin yang akan membenarkan orang lain lebih baik berbanding dirinya.
“Beliau mempunyai rasa rendah diri (inferiority complex) dan kebencian yang mendalam dalam dirinya. Beliau apabila marah dan kemarahannya akan membakar seluruh negara,” titah baginda.
Akhir sekali, Baginda bertitah, bahawa tindakan yang diambil oleh kerabat diraja, termasuk Sultan Johor bukan bertujuan untuk membalas dendam ke atas Dr. Mahathir yang telah menghapuskan kekebalan Raja-raja Melayu pada 1980-an.
Seterusnya adalah jelas di sini, keengganan Dr. Mahathir memohon maaf atas penghinaan yang dibuatnya terhadap masyarakat Bugis yang ada kaitan salah silah Sultan Selangor boleh disifatkan sebagai melanggar prinsip Rukun Negara.
Kami berpendapat tindakan Pengerusi Pakatan Harapan yang dikuasai DAP itu diibaratkan seperti penyakit barah kepada negara, malah turut mengguris hati Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Setiap rakyat Malaysia perlu melafazkan ikrar Rukun Negara dan mengamalkan prinsip-prinsp tersebut, namun tidak bagi Dr.Mahathir.
Jika pembawakan seperti ini dibiarkan, kami percaya ia akan melarat dengan lebih lagi menjangkiti generasi muda yang akhirnya membuakkan lagi perasaan kebencian dan dendam.
Dr.Mahathir sepatutnya perlu memandang serius dan akur terahadap titah baginda Sultan Sharafuddin dan Sultan Ibrahim.
Titah itu merupakan amaran yang wajar dipatuhi. Gesaan memohon beliau untuk memohon maaf mungkin tidak akan didengari lagi melainkan hanya tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan 1948 terhadap beliau.
No comments:
Post a Comment