Tuesday, 19 December 2017

AMALAN PENTADBIRAN 2R - RASIS DAN RASUAH MAKIN TERSERLAH DI PULAU PINANG.


DAP diingatkan agar tidak keterlaluan  menuduh UMNO sebagai sebuah parti rasis dan mengamalkan rasuah, dengan tujuan untuk mengabui mata rakyat bagi melindungi sikap dan pendirian parti itu yang sebenarnya.
Telah terbukti hari ini, banyak  isu-isu kenyataan berbaur perkauman yang timbul sepanjang pemerintahan DAP di Pulau Pinang dan begitu juga dengan pendedahan Tunku Aziz berkenaan sogokan Lim Guan Eng terhadapnya agar tidak meletakkan jawatan,  sudah cukup membuktikan bahawa DAP merupakan sebuah parti yang mengamalkan prinsip 2R.
Apa itu dua R? Dua itu bermaksud Rasuah dan Rasis. Bagi kami, ini adalah hakikat sebenar prinsip politik yang dipegang oleh DAP. Sepanjang lebih empat tahun DAP memerintah Pulau Pinang, amat ketara sekali sikap rasis yang dipamirkan pentadbiran kerajaan DAP, seperti menindas para peniaga Melayu, pernah membuat kenyataan menghalau seorang peniaga berketurunan India Muslim dengan perkataan mengusir iaitu ‘Balik India’ dan sebagainya.
Tambah lagi, pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP ini juga lebih kepada berunsur  perkauman.
Justeru itu kami mempertikaikan laungan kerajaan negeri Pulau Pinang yang kononnya mengamalkan pentadbiran telus dan adil.
Pada masa yang sama kami turut mempersoalkan tentang kehadiran pemaju-pemaju yang dilihat kini semakin galak menarah dan membeli tanah-tanah di sekitar Pulau Pinang untuk membina rumah-rumah mewah yang berharga ratusan ribu ringgit.
Kami lihat ada sesetengah pemaju yang seolah-olah diberi layanan yang istimewa oleh kerajaan DAP di sini. Kami tak pasti dan tidak mahu menuduh mengapa ada sesetengah mereka itu lebih istimewa dari yang lain, tetapi mungkin ada sesuatu kelebihan yang ada pada pemaju tersebut sehingga menjadi pemaju kegemaran kerajaan. Kami tidak mahu menuduh tetapi hati kecil saya mengesyaki, kemungkinan ada sesuatu yang tidak kena di situ.
Seterusnya kehadiran pemaju yang begitu rancak membina perumahan mewah di Pulau Pinang juga merupakan salah satu strategi kerajaan DAP untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Singapura kedua, di mana penduduk tempatan yang kebanyakkan terdiri daripada orang Melayu akan dihalau keluar secara halus.
Kami tak dapat bayangkan bagaimana nasib orang Melayu di Pulau Pinang pada masa akan datang, sekiranya DAP terus menguasai bumi Pulau Pinang ini.
Namun apa yang dapat dilihat hari ini, Pulau Pinang tidak lagi menjadi tempat untuk peniaga-peniaga kecil yang terdiri daripada orang-orang Melayu  semenjak Pulau Pinang di bawah pemerintahan DAP. Sekiranya perkara ini berterusan untuk lima tahun lagi, mungkin akan berakhirlah sejarah orang Melayu di pulau ini.

No comments:

Post a Comment