Najib mempunyai banyak pilihan untuk digunakan bagaimana untuk membelasah balik Mahathir. Najib boleh memilih mana-mana satu daripada se dozen skandal yang Mahathir tinggalkan semasa pemerintahannya. Tetapi pilih skandal forex Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membelasah Mahathir. Dan ini dilakukan untuk sebab tertentu.
Kami boleh beri anda beberapa ungkapan menggambarkan posting blog terkini Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk SURUHANJAYA DIRAJA. Sekiranya anda tidak tahan kepanasan, keluarlah daripada dapur. Mereka siapa yang hidup dengan pedang akan mati dengan pedangnya. Jangan buat kepada orang lain jika anda tidak mahu orang lain buat kepada diri anda.
Walaubagaimanapun, kami pasti anda tahu apa yang kami maksudkan. Mahathir telah merasa terganggu yang Perdana Menteri Najib Tun Razak menewaskan beliau pada permainannya sendiri …dan lebih, pada hakikatnya.
Mahathir sedaya upaya cuba untuk menjatuhkan Najib dengan cara yang paling kejam dan tanpa berlembut dengan tanpa belas kasihan mutlak dan sebagainya. Bagaimanapun, apabila beliau dibelasah balik, Mahathir tidak mampu menahannya. Mahathir mahu tinju bayang-bayang (shadowbox). Beliau mahu membelasah Najib tetapi tidak mahu Najib membelasahnya balik. Dan sekarang Mahathir merungut yang Najib menggunakan RCI (Royal Commission of Inquiry) yang dibentuk untuk menyiasat kerugian RM31.5 billion forex Bank Negara untuk membelasa beliau (….penubuhan RCI bertujuan mencari alasan untuk mengaitkan dan menyalahkan kepimpinan parti lawan dengan dakwaan bahawa pegawai-pegawai Bank Negara menipu jumlah kehilangan duit bank semasa mengurus dagangan mata wang 30 tahun dahulu).
Mahathir amat marah kepada Najib kerana ditewaskan atas permainannya sendiri dan nampaknya sekarang pemburu sedang diburu.
Sudah pasti Mahathir tahu apabila anda membelasah seseorang, orang itu akan membelasah balik — dan kadang-kadang membelasah balik, malah dengan lebih kuat. Malah seekor anjing akan menggigit sekiranya anda menendangnya.Adakah Mahathir tidak menghumban Anwar Ibrahim ke penjara pada 1998 apabila Anwar merancang untuk menjatuhkannya? Dan adakah Mahathir menunjukkan sebarang belas kasihan terhadap Anwar? Sehingga ke hari ini Mahathir telah tidak menunjukkan sebarang kekesalan tentang apa yang beliau lakukan terhadap Anwar. Oleh itu apakah harapan Mahathir akan berlaku terhadap dirinya apabila merancang menentang Najib dan sejak tiga tahun yang lalu dengan mencuba pelbagai cara dan kaedah untuk menjatuhkan Najib?
Kesilapan di sini ialah Mahathir ingat Najib akan menjadi mangsa yang mudah untuk dijatuhkan. Apabila Mahathir mula menyerang Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) pada June 2006, 33 bulan kemudian Pak Lah meletak jawatan Tetapi sekarang sudah 36 bulan sejak Mahathir mula menyerang Najib dan beliau masih enggan untuk meletak jawatan. Hakikatnya, Najib terus menjadi kuat disebalik menjadi lemah.
Dan inilah apa yang amat mengecewakan Mahathir. Sekira keadaan ini berterusan, Najib mungkin masih menjadi Perdana Menteri apabila mereka akan memberi Mahathir istiadat penghantaran besar-besaran ke Makam Pahlawan Masjid Negara. Jika ditakdirkan, Najib masih mempunyai banyak masa di pihaknya, satu perkara yang Mahathir yang mungkin tidak ada, kerana usia terlalu lanjut.
Bagaimanapun Najib tidak semudah itu untuk dijatuhkan sebagaimana yang Mahathir fikir.
Mahathir secara kasar memperkecilkan keupayaan Najib — atau mungkin Mahathir menganggar lebih kebolehan dirinya. Mahathir yang melantik Pak Lah sebagai penggantinya. Oleh itu apabila beliau mahu Pak Lah meletakkan jawatan, sedikit pilihan baginya dan terpaksa akur terhadap perkara itu — walaupun Pak Lah pernah menentang di peringkat awal hingga serangan menjadi memuncak yang membuat Pak Lah akhirnya akur dengan desakan beliau.
Tetapi bukanlah Mahathir yang melantik Najib sebagai pengganti Pak Lah. Pak Lah yang melantik beliau. Oleh itu Najib tidak perlu terhutang budi dengan Mahathir dan tidak perlu meletakkan jawatan hanya kerana disuruh oleh Mahathir. Dan inilah yang Mahathir lupa kerana beliau se orang “Melayu yang mudah lupa’.. Beliau melantik Pak Lah sebagai Perdana Menteri. Oleh itu beliau mungkin boleh menyuruhnya meletakkan jawatan. Tetapi Mahathir bukanlah yang melantik Najib sebagai Perdana Menteri. Oleh itu beliau mungkin tidak boleh menyuruh Najib meletakkan jawatan..
Apabila serangan pertama bermula Mahathir berterusan menghina Najib dengan memanggil beliau pengecut, tiada telur dan sebagainya. Tetapi Najib berdiam diri dan ini membuatkan Mahathir meras yang Najib bukan seorang kaki lawan dan berani membalas balik. Tetapi diamnya Najib seperti orang Melayu kata ‘diam-diam ubi berisi’. Terdapat bisa (sting) dalam diam-diam Najib dan kemudian Mahathir akan dapat merasai kemuncak bisa ini.
Mahathir telah amat bangga dengan Dasar Pandang Timur nya, di mana beliau telah melancarkanya sebaik menjadi Perdana Menteri pada 1981. Mahathir mahu Malaysia belajar daripada kejayaan Jepun dan mencontohi kejayaan mereka. Mahathir harus juga belajar daripada kesilapan Jepun. Dan kesilapan yang dilakukan Jepun ialah mengejutkan harimau yang sedang tidur, Amerika Syaraikat, dengan menyerang Pearl Harbour.
Hari Jepun serang Pearl Harbour telah merupakan hari yang mengubah nasib Peperangan Dunia Kedua. Penglibatan Amerika Syarikat dalam peperangan itu bukan sahaja memberi kesan kepada Kawasan Pacific tetapi juga memberi kesan peperangan di Europah. Apabila Jepun menyerang Pearl Harbour ia telah mencetuskan berakhirnya untuk Hitler dan Nazi German.
Mahathir harus membiarkan harimau yang sedang tidur terus tidur. Tetapi Mahathir gatal sangat dan sahaja telah mencucuk Najib dengan kayu. Dan sekarang Najib telah merampas kayu itu dan membelasah balik Mahathir dengannya. Dan Mahathir menangis belari balik ke rumah memanggil emaknya.
Dalam banyak skandal pilihan, Najib pilih skandal forex Bank Negara untuk membelasah Mahathir dan ini dilakukan dengan sebab.
Najib mempunyai banyak pilihan untuk dipilih bagaimana untuk membelasah balik terhadap Mahathir. Najib boleh pilih salah satu daripada sedozen skandal yang Mahathir tinggalkan selama 22 tahun pemerintahannya. Tetapi Najib hanya pilih skandal forex Bank Negara untuk membelasah Mahathir. Dan ini dilakukan dengan sebab.
Selama 20 tahun Lim Kit Siang telah mendesak satu RCI ditubuhkan untuk menyiasat skandal forex Bank Negara Malaysia (BNM). Ini merupakan hasrat Kit Siang. Oleh itu Najib merealisasikan hasrat Kit Siang itu. Tetapi sekarang Mahathir sedang merungut tentang RCI dan sedang membelasah Najib. Tetapi ia adalah Kit Siang dan bukannya Najib yang telah menuntut agar RCI ditubuhkan sejak 20 tahun yang lalu. Oleh itu mengapa belasah Najib disebalik Kit Siang?
Najib membunuh dua ekor burung menggunakan satu batu. Penubuhan RCI terhadap skandal forex BNM menyakiti hati kedua-dua Mahathir dan Kit Siang. Mahathir tidak boleh membelasah Kit Siang kerana menuntut penubuhan RCI. Dan Kit Siang tidak boleh menyebelahi Mahathir dalam mengutuk penubuhan RCI tanpa kelihatan lebih bodoh daripada beliau kelihatan sekarang. Kit Siang tiada pilihan tetapi dengan hanya membiarkan Mahathir menanggung beban itu berseorangan.
Adalah Kit Siang yang selama lebih 20 tahun mendesak agar RCI ditubuhkan terhadap skandal forex Bank Negara Malaysia dan sekarang hasratnya itu telah direalisasikan.
Mahathir sekarang sedar beliau telah dipermainkan oleh Najib. Hakikatnya, Najib telah permainkan kedua-dua Mahathir dan Kit Siang serentak. Mahathir rugi RM1 billion dalam merasuah Kit Siang supaya anaknya Mukhriz punya peluang bertanding untuk menjadi Perdana Menteri. Tetapi sekarang agenda Mahathir untuk menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri telah gagal.
Mahathir cuba untuk mengalihkan perhatian dengan menyatakan yang Abdul Murad Khalid harus sama bertanggungjawab ke atas bencana skandal forex Bank Negara ini. Mahathir amat marah terhadap keterangan Murad dan pendedahan beliau yang kerugian Bank Negara bukannya RM5.7 bilion sebagaimana yang diisytiharkan tetapi RM31.5 bilion. Selama ini rakyat Malaysia telah dibuat untuk mempercayai yang kerugian Bank Negara hanya RM5.7 bilion. Sekarang kebenaran telah didedahkan dan kerugiannya adalah RM31.5 bilion dan bukanya RM5.7 bilion.
Mahathir telah melihat perkara hanya daripada sudut pandangannya sahaja. Apabila anda menyerang seseorang anda tidak seharusnya hanya melihat kekuatan dan kelemahan anda sahaja, tetapi juga terhadap musuh anda. Perkara tidak pernah berlaku secara berasingan tetapi ada kaitan dengan pihak lain. Dan inilah kesilapan yang Mahathir telah lakukan. Mahathir gagal untuk melihat itu, sementara beliau mungkin mempunyai langkahnya tersendiri, tetapi Najib juga mempunyai langkahnya . Dan langkah Najib telah memerangkap Mahathir dengan seluarnya terlondeh.
No comments:
Post a Comment