Thursday 14 December 2017

TUDUHAN MAHATHIR KERAJAAN KERUGIAN HINGGA RM160 BILION SEBAGAI TAKTIK SELAMATKAN DIRI



Tuduhan Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mengalami kerugian sehingga RM160 bilion dilihat sebagai taktik beliau untuk menyelamatkan diri daripada skandal urus niaga mata wang asing (forex) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada awal 1990-an.

Kami yakin tindakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dilihat cuba mengalih perhatian rakyat terhadap isu sebenar iaitu perbuatan menyembunyikan fakta kerugian RM31.5 bilion daripada Kabinet pada waktu itu.

Kami ingin tegaskan di sini bahawa penurunan rizab kerajaan pada waktu tertentu bukanlah disebabkan kecuaian atau ketidakcekapan sebuah kerajaan mengurus ekonomi, mahupun berlaku salah laku. Sebaliknya perkara itu ada kaitan kepada keadaan dan faktor mata wang selain keadaan ekonomi dunia.

Sebagai bekas Menteri Kewangan, Dr. Mahathir sepatutnya mengetahui yang penyusutan dan pertambahan rizab bergantung kepada lebihan dagangan antarabangsa serta pengaliran masuk modal ke dalam negara. Secara dasarnya ia boleh bertambah atau menguncup bersandarkan keluar dan masuknya mata wang dolar Amerika Syarikat.

Maka dengan itu, tindakan yang dilakukan oleh Dr. Mahathir itu seolah-olah sengaja mahu melempar ‘umpan’ persepsi supaya disahut oleh rakyat. Sama seperti persepsi isu 1MDB yang beliau cipta, sampai sekarang ada orang yang masih mempercayainya terutama penyokong-penyokong pembangkang.

Beliau seolah-olah ketandusan idea untuk terus mencipta tomahan dan fitnah terbaharu terhadap kepimpinan negara. Dalam hal ini beliau tidak boleh hanya mengharapkan isu 1MDB dan DOJ sahaja, kerana ia semakin menjadi sejuk dan basi serta kurang diperkatakan akhir-akhir ini. Oleh itu beliau tampak amat yakin mampu mencipta dan mewujudkan polemik baharu bagi meracuni pemikiran rakyat.

Dengan itu untuk merawati barah yang telah dan akan diwujudkan oleh Mahathir itu, maka pihak berkuasa terutama polis perlu memanggil pihak bertanggungjawab dalam skandal forex itu untuk segera disiasat serta dibawa ke muka pengadilan.

Buat rakyat, mereka perlu tahu akan kebenaran bahawa ada pemimpin sebelum ini yang tidak maksum dan sempurna. Hakikatnya kerugian atau mungkin kehilangan lebih RM31 bilion merupakan kerugian atau kehilangan yang amat besar dan rakyat perlu tahu siapa bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara itu.

No comments:

Post a Comment