Saturday, 16 December 2017

ZAID SIKITOL MELAYU MODEN TERUS ANGKUH


Ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim terus bersikap angkuh dengan menegaskan kenyataan dalam Twitter miliknya yang mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah adalah untuk menekankan bahawa institusi raja berperlembagaan tidak boleh menyebelahi mana-mana pihak.

Hakikatnya apa yang dinyatakan oleh Zaid itu tidak relevan dengan apa yang dititahkan oleh Sultan Selangor. Sebenarnya Zaid sendiri yang telah mempolitik titah baginda dengan menuduh baginda memihak. Adakah merupakan satu jenayah jikalau seorang Raja yang perhatin menegur rakyatnya untuk kebaikan semua pihak? Di mana dalam Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa raja-raja tidak boleh bersuara untuk menegur rakyatnya? Andaian Zaid bahawa baginda berpihak dalam menegur Tun Mahathir adalah satu kenyataan yang subjektif dan harus dibuktikan oleh Zaid sendiri dan bukan hanya cakap-cakap sahaja.

Seterusnya Zaid berkata,’tweet’ tersebut adalah pandangan pribadinya dan tiada berkaitan dengan parti atau parti pembangkang.

Kenyataan beliau ini adalah jelas merupakan satu pembohongan untuk menyembunyikan agenda DAP yang nyata berfahman sosialis yang anti feudal atau anti sistem beraja. Ibarat baling batu sembunyi tangan. Masakan Zaid suka-suka sahaja mencampuri teguran Sultan Selangor terhadap Tun Mahathir tentang isu menghina kaum Bugis tanpa sebarang agenda untuk mencabar serta menghina baginda. Sebenarnya perkara ini didalangi DAP dengan memperalatkan Zaid.

Lagi Zaid berkata, “Ramai yang berkata saya ingin menghasut, kurang ajar dan biadab, tetapi bila kita bercakap tentang raja berpelembagaan, kita perlu bercakap benar.

“Kita menerangkan kedudukan yang wajar berkaitan konsep raja berpelembagaan iaitu raja tidak boleh memihak kerana menjadikan pihak satu lagi tidak percaya,” katanya.

Hakikatnya perkataan ‘memihak’ tuduhan Zahid itu adalah satu tuduhan yang dangkal. Sebenarnya baginda memihak kepada siapa? Apa yang dilihat, teguran dan nasihat baginda terhadap Mahathir kerana menghina kaum Bugis adalah satu kebenaran dan tidak siapa boleh menafikannya dan semua rakyat pun tahu. Adakah Zahid cuba untuk memaksa baginda supaya memihak kepada Mahathir dengan menyatakan tentang apa yang ditegur dan dinasihatkan baginda itu tidak benar? Justeru itu barulah  dianggap baginda tidak memihak?

Semua kenyataan Zaid itu dibuat ketika ditemui wartawan media selepas dipanggil polis untuk membantu siasatan tentang kase berhubung kenyataan beliau yang kontraversial terhadap Sultan Selangor.

Pada 4 Disember lalu, Zaid menerusi akaun Twitter peribadinya mempertikaikan titah Sultan Selangor yang antara lainnya menegur bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung kenyataan menghina kaum Bugis.

Zaid dalam catatan Twitternya: “Sultan Selangor seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-katanya. Tidak ada siapa yang kebal apabila negara terbakar.

Terdahulu, beliau tiba di Bukit Aman pada pukul 9.30 pagi untuk membantu siasatan di Bahagian Siasatan Jenayah sebelum meninggalkan bangunan tersebut jam 10.45 pagi.

Turut hadir, peguamnya Ahli Prlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng, bekas Exco DAP Selangor Ronnie Liu serta beberapa penyokong dan ahli DAP.

Sementara itu, ditanya sama ada Zaid akan membuat permohonan maaf kepada Sultan Sharafuddin, beliau enggan mengulas lanjut dan memberi jawapan mengenai persoalan tersebut telah dijelaskan sebelum ini.

Pada 8 Disember lalu, Zaid menegaskan dengan angkuh bahawa dia tidak akan memohon maaf kepada Sultan Selangor dan akan mempertahankan kenyataanya di akaun Twitter itu sambil mendakwa ia bukan satu kesalahan sebaliknya hanya berniat untuk menegur pemimpin.

Itulah keangkuhan seorang Melayu ahli biasa DAP yang bernama Zaid Ibrahim, walaupun dijadikan alat serta tidak diberi sebarang jawatan dalam CEC DAP, tetapi masih lagi setia kepada parti itu dan masih menganggap DAP bukanlah parti rasis anti Melayu dan Islam.



No comments:

Post a Comment