Monday, 11 December 2017

MENGAPA DATUK JAMAL DAHULU DAN TERGESA-GESA DI TAHAN- ADAKAH KESALAHAN ZAID IBRAHIM DAN TUN MAHATHIR TIDAK MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA?


Kenyataan biadab ahli DAP, Zaid Ibrahim terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sekali lagi mencerminkan sikap jelik beliau. Kami tidak faham bagaimana Zaid menerusi Twitternya tergamak menghina Sultan Selangor hanya disebabkan baginda menegur Dr. Mahathir Mohamad antaranya berkaitan isu lanun Bugis dan mudarat yang dibawa oleh bekas Perdana Menteri itu.


Pada hakikatnya baginda kerap mengeluarkan peringatan, nasihat dan teguran dalam pelbagai isu tanpa memihak mana-mana parti politik. Titah baginda jika diamati tidak bersifat politik sebaliknya telah dipolitikkan oleh Zaid sendiri kerana beliau memang anti sistem Demokrasi Raja Berperlembagaan seperti mana doktrin parti yang beliau anuti sekarang, iaitu DAP.

Adakah Zahid mahu Sultan Selangor membisu dan hanya melihat sahaja permasalah rakyat? Tahukah Zaid sebagai seorang peguam tentang Kuasa Raja-raja Melayu melalui Yang diPertuan Agong selain daripada Perkara 3 (Islam sebagai Agama Persekutuan) iaitu Perkara 153 dan Perkara 38(2) ( c ) dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 153, Yang diPertuan Agong bertanggungjawab melindungi kedudukan istemewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak. Dengan tanggungjawab ini wajarkah baginda membisu seperti yang dikehendaki Zaid?

Perkara 38(2)(c) iaitu fungsi Majlis Raja-raja Melayu memperkenankan atau tidak memperkenankan apa-apa undang-undang dan boleh menimbang dengan teliti soal-soal mengenai dasar negara dan apa-apa perkara lain yang fikirkan patut. Dengan fungsi ini, wajarkah Raja-raja Melayu (termasuk Sultan Selangor) membisu seribu bahasa sepert yang dikehendaki Zaid?

Sebenarnya apabila menyentuh perihal Zaid, segalanya berbaur - sikap tidak menghormati Raja, krisis identiti, tiada jati diri Melayu, celupar dan memudaratkan Islam serta Melayu.

Sultan Selangor yang murka ke atas Zaid menyifatkannya sebagai kacang lupakan kulit. Tentu Zaid mengerti apa yang dimaksudkan. Sebenarnya ramai yang tahu kisah beliau termasuk bagaimana menjadi kaya semasa dalam UMNO, selain seorang Melayu Islam liberal dengan gaya kehidupannya yang lebih kebaratan daripada orang Barat.

Pada kami ungkapan kacang lupakan kulit masih lembut, yang paling sesuai buat Zaid adalah ‘tak sedar diri’. Apa yang dilakukan oleh Zaid ternyata satu penderhakaan, yang tidak boleh dibiarkan.


Kegagalan untuk bertindak akan memberi isyarat yang salah kepada masyarakat seolah-olah raja-raja dan Sultan boleh dihina sedemikian rupa dan akan menjadi satu aliran atau trend. Apakah juga Zaid mempunyai imuniti atau kekebalan sehingga bebas berulang kali menghina dan mempersoalkan Raja Melayu? Siasatan polis terhadap beliau seperti yang dinyatakan oleh Ketua Polis Negara, Mohamad Fauzi Harun sebelum itu adalah tepat.

Memandangkan kase ini mempunyai bibit-bibit untuk menukar sistem pemerintahan negara ini dari sistem Demokrasi Raja Berperlembagaan kepada sistem Republik, maka dakwaan di bawah Akta Hasutan 1948 mungkin kurang sesuai. Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Security Offence (Special Measures) Act 2012 atau SOSMA 2012 mungkin lebih sesuai memandangkan ia lebih menyeluruh serta terpakai bagi kesalahan-kesalahan keselamatan seperti berikut :

untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang diPertuan Agong;
untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang.

Ia boleh disiasat oleh polis di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan iaitu memerangi atau cuba memerangi atau menyubahati memerangi Yang diPertuan Agong, atau Raja-raja Melayu atau Yang diPertuan Negeri.

Kami tidak pasti sama ada beliau mahupun partinya DAP yang bercita-cita menubuhkan negara republik (tanpa raja) suatu hari nanti akan memohon maaf atas kebiadaban itu. Dalam nada tegas, Sultan Sharafuddin bertitah agar Zaid balik ke negeri asalnya diKelantan tetapi hakikatnya orang Kelantan sudah lama menolaknya.

Yang kami musykil mengapa Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali membisu dalam hal ini seolah-olah merelakan perbuatan Zahid terhadap Sultan Selangor. Apakah Azmin Ali mahu lebih menjaga hati Zaid rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan lalu memilih untuk tidak mempertahankan institusi Raja Selangor yang melantiknya sebagai Menteri Besar yang sedang dihina?

Akhir sekali yang juga menjadi kemuykilan tentang penahanan Datuk Seri Jamal Md. Yunus, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, merangkap Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia dengan tergesa-gesa selepas Perhimpunan Agung UMNO 2017 tanpa sempat balik ke rumahnya.

Kami bukanlah mempersoalkan kewibawaan PDRM melaksanakan penyiasatan, tetapi rakyat ingin tahu rasional tentang penahanannya yang begitu tergesa-gesa berbanding dengan penahanan serta penyiasatan terhadap Zaid Ibrahim dan Dr Mahathir Mohamad bergitu teragak-agak, sehingga kini belum lagi ditahan untuk siasatan.

Kegagalan pihak berkuasa penyiasatan menahan serta menyiasat Zaid Ibrahim dan Dr. Mahathir dengan seberapa seggera akan memberi mesej yang salah kepada masyarakat seolah-olah raja-raja dan Sultan boleh dihina sedemikian rupa dan akan menjadi satu aliran atau trend, justeru itu berkembang serta merebak menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Bagi Dr. Mahathir beliau wajar disiasat serta didakwa atas isu penghinaan terhadap kaum Bugis di bawah SOSMA 2012- iaitu di bawah peruntukan ‘memudaratkan ketenteraman awam dalam persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatnnya’.



No comments:

Post a Comment