Sikap rakyat Malaysia yang rata-rata gemar mengeluh tentang kepayahan hidup kononnya akibat tekanan ekonomi semasa dikatakan berpunca daripada sikap, kehendak serta emosi mereka yang tidak pernah rasa bersyukur dengan keselesaan yang dimiliki.
Kepayahan yang sering diuar-uarkan itu tidak setara dengan kemewahan hidup yang dinikmati baik dari segi pelancongan, makanan, kenderaan serta pakaian.
Rakyat sentiasa mengadu kenaikan harga petrol serta menuduh kemelesetan ekonomi sedang berlaku apabila pusat beli belah tidak lagi dikunjungi, tetapi ironinya mereka sentiasa mengutamakan pilihan yang paling atas atau mewah dalam memenuhi keperluan dan kehendak masing-masing.
Terdapat ahli-ahli politik terutama di kalangan pembangkang yang menuduh Malaysia menuju kebankrapan dan ramai mempercayainya (kerana tidak arif dalam bidang ekonomi) tanpa mengiktiraf realiti pencapaian ekonomi negara termasuk pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 6.2 pertus pada suku ketiga tahun 2017, 7.2 peratus pertumbuhan permintaan swasta dan rizab antarabangsa terus kukuh dan pada akhir November 2017 rizab berjumalah AS$101.9 atau RM404.54 yang mampu menampung lebih 7.5 bulan import tertangguh.
Persoalannya bukan sama ada ekonomi teruk atau tidak, tetapi bagaimana sikap kita melihat ekonomi. Ekonomi tidak boleh dihuraikan mengikut perasaan atau agenda politik individu, kerana ia akan menjejaskan pelaburan asing, lantaran itu membinasakan negara ini.
Pernah satu ketika seorang ahli politik mendabik dada kononnya boleh menyelesaikan kenaikan harga bahan petrol jika diberi kuasa untuk memerintah negara ini keesokan harinya. Ini merupakan satu lawak baginya yang tidak memahami ekonomi tentang mekinisme penetapan harga minyak antarabangsa yang ada kaitan dengan ekonomi penawaran dan permintaan bahan petroleum negara pengeluar.
Begitu juga kos sara hidup yang meningkat, walaupun ada langkah-langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengatasinya, namun ia yakin tidak akan dapat memberi kesan dalam jangka masa yang pendek, walaupun kerajaan negara ini bertukar tangan.
Sememangnya masih ada rakyat yang hidup dalam kemiskinan dan memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikan isu tersebut, namun pada masa sama, tidak boleh dinafikan hakikat bahawa ramai lagi yang hidup dalam keadaan selesa.
Rakyat sering membandingkan kehidupan dengan masyarakat Barat yang mewah dan suka melancung, tetapi berdasarkan stastik, rakyat Malaysia lebih gemar melancong malah destinasi pilihan mereka bukan calang-calang merangkumi Eropah, Amerika Syarikat, China, Jepun dan Australia.
Kami tidak pasti adakah sikap suka melancong rakyat Malaysia ini ada kaitan dengan budaya atau genetik. Tetapi pastinya, ia lebih dikaitkan dengan kedudukan kewangan kerana anda tidak boleh melancong tanpa duit.
Sikap suka melancong ini dilihat tidak selari dengan segala aduan mengenai kenaikan harga minyak dan barangan.
Rakyat kini tidak lagi berbelanja RM1.30 untuk secawan kopi, makan di warung, melancong di dalam negara atau membeli kereta Proton sebagai kenderaan pertama mereka.
Sebaliknya, kami berpandangan, mereka kini memilih minuman berharga RM13 secawan, restoran makanan laut, melacong ke luar negara dan memiliki kenderaan mewah import.
Dakwaan kononnya pusat beli belah tidak lagi dikunjungi bukan bermaksud rakyat tidak berduit, namun senario itu disebabkan trend membeli-belah secara dalam talian dan selera pengguna yang berubah kepada barangan yang lebih berjenama.
No comments:
Post a Comment