Monday 1 January 2018

BOLEHKAH MAHATHIR DIMAAFKAN? SIRI 2 - SKANDAL BMF 1983.


Dalam mengulung perbahasan Perhimpunan Agung UMNO 2016, Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak telah mendedahkan bahawa mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mempunyai banyak skandal hampir RM100 bilion semasa 22 tahun berkuasa.

Najib menyatakan bahawa Mahathir telah mendapat keuntungan daripada beberapa projek mega yang dinamakan, seperti Loji Janakuasa Bebas (IPP), Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Perwaja Steel dan Pertukaran Mata Wang Asing (Forex) Bank Negara Malaysia (BNM).

Skandal-skandal berkenaan telah didedahkan oleh seorang wartawan Australia bernama Barry Wain melalui penulisanya bertajuk, ‘Malaysian Maverick Mahathir Mohamad in Turbulent Times’.

Najib dengan sinisnya mencabar Mahathir agar menyaman Barry Wain berkenaan dakwaan RM100 bilion dalam penulisannya itu, seandai beliau pihak yang benar. Sehingga kini setelah 8 tahun buku tersebut diterbitkan (mula diedarkan di Malaysia pada April 2010) tiada sebarang saman dibuat oleh Mahathir terhadap Barry Wain.

Salah satu skandal yang telah didedahkan oleh Barry Wain dalam bukunya ialah tentang skandal Bumiputra Malaysian Finance (BMF).

Pada July 1983, apa yang telah terjadi tatakala itu satu skandal perbankan yang terbesar dalam sejarah dunia meletus di Hong Kong, apabila mendapat tahu yang BMF, anak syarikat Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB), telah kehilangan AS$1 bilion yang mana telah diambil keluar oleh seorang tokoh awam terkenal ke dalam  akaun milik pribadi. Ceritanya melibatkan kejadian pembunuhan, membunuh diri dan melibatkan pegawai atasan Kerajaan Malaysia. Akhirnya ia melibatkan jaminan keluar (bail out) oleh Kerajaan Malaysia berjumlah ratusan juta dolar.

Seorang penolong pengurus BBMB bernama Jalil Ibrahim (dari ibu pejabat BBMB Kuala Lumpur) yang telah dihantar ke Hong Kong untuk menyiasat kehilangan wang di BMF Hong Kong, telah didapat dibunuh. Dan pembunuhnya Mak Foo Tan, dipercayai seorang anggota kongsi gelap yang diupah untuk melakukan pembunuhan telah dijatuhi hukuman mati, dan ahli perniagaan Malaysia George Tan yang terlibat dalam melesapkan kebanyakkan wang tersebut, telah dihukum penjara setelah syarikat miliknya Carrian Group runtuh, apa yang berlakutatakala itu merupakan satu kes kebankrapan atau kemuflisan yang terbesar di Hong Kong, dan hanya sedikit sahaja pihak terlibat didakwa di mahkamah, malahan sepatutnya ada lagi pihak yang terlibat, terutama dalang-dalang yang terlibat dalam membenar serta mengarah aliran wang begitu banyak  ke luar negara, seperti ke Hong Kong.

Tiada pemimpin politik utama telah didakwa di Malaysia meskipun satu kertas putih telah dikeluarkan oleh satu suruhanjaya bebas yang memetik minit kabinet Perdana Menteri Mahathir Mohamad yang memberi kebenaran kepada satu permintaan untuk mengalirkan lebih banyak lagi wang ke dalam skandal itu dalam usaha untuk membendung atau mengawalnya.

Itu baharu sahaja skandal BBMB pertama. Bank milik kerajaan itu terpaksa diselamatkan lebih dua kali dengan kerugian tambahan hampir AS$600 juta mengikut nilai sekarang. Ini membuktikan di Malaysia, bukan sahaja anda boleh melepaskan diri kerana membunuh, malahan anda juga boleh melepaskan diri kerana menyamun wang perbendaharaan.

Akhir sekali Barry Wain menyatakan bahawa, setelah beberapa siri skandal, bank berkenaan terpaksa dijamin keluar (bail out) oleh kerajaan dengan bantuan PETRONAS, bukan sekali, bukan dua kali tetapi tiga kali berkeputusan dalam jumlah kerugian setinggi RM10 bilion.

Bagaimanapun baru-baru ini melalui dokumen yang telah diturunkan satus kerahsiaan (declassify documents), pihak Agensi Prisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia di bawah Perdana Menteri yang lama memerintah Dr. Mahathir Mohamad mempunyai peranan di dalam skandal kewangan yang terbesar yang dapat dilihat semasa era lapan puluhan.

Dakwaan CIA tersebut telah didedahkan pada pertengahan Januari 2017 setelah tindakannya untuk menurunkan status kerahsiaan melebihi 13 juta dokumen, membuatnya dapat diperolehi atas talian untuk tontonan awam.

Semasa beberapa tahun pemerintahan Mahathir, Malaysia telah terperangkap di dalam rasuah besar-besaran melibatkan keruntuhan BBMB milik kerajaan, yang nama baiknya tercemar oleh operasi “yang boleh dipersoalkan” terhadap anak syarikatnya BMF Hong Kong.

Dengan luasnya ia dikenali sebagai skandal BMF, bank Malaysia itu dan anak syarikat persisirnya itu telah memberi hutang tak berbayar kepada banyak spekulator hartanah Hong Kong, termasuk Carrian Investment Limited (kumpulan Carrian) antara tahun 1979 dan 1983. Skandal itu juga melihat pembunuhan yang kejam seorang pegawai juruodit muda dari BBMB.

Skandal BMF telah menggambarkan satu episod yang memalukan ketika Mahathir sebagai Perdana Menteri, di mana telah mencalarkan kepimpinannya dan melihat beratus juta dolar lesap di atas angin lantaran tamatnya kumpulan Carrian dan ekoran manatan ketua eksekutifnya George Tan diisytiharkan muflis.

Memandangkan BMF terlalu banyak terlibat dalam memberi pinjaman kepada spekulator hartanah semasa pasaran hartanah di Hong Kong melambung naik pada akhir tahun tujuh puluhan, pihak CIA menyatakan, BMF tidak seperti bank-bank lain di jajahan British itu, terus memberi kredit kepada sektor hartanah meskipun merasa risau terhadap pasaran hartanah yang lemah ketika itu.

Akhirnya, bank berkenaan, yang mana pada asalnya diwujudkan untuk membasmi kemiskinan masyarakat Bumiputra, telah rugi AS$1 bilion dan dengan cepat satu siasatan tertunda dan pada skala menyeluruh dibuat terhadap skandal berkenaan.

Dalam dokumen bertajuk,”The Bank Bumiputra Scandal: more Trouble Ahead for Malaysia’s Mahathir?”, pihak CIA menyatakan walaupun Mahathir telah mengaku amalan “tidak cermat” BMF, reaksi kerajaan kepada kerugian yang dialami telah “anihnya dipertahankan”.

Agensi berkenaan menyatakan bahawa Mahathir telah tidak mementingkan kesalahan bank, manakala strategi kerajaan untuk menyelesaikan isu ialah mengawal masalah sementara mencari satu jalan untuk menjamin keluar (bail out) bank berkenaan.

Mantan Perdana Menteri yang berumur 91 tahun itu, yang kini pengkritik tegar kerajaan yang ada sekarang, terlibat dalam memfitnah berterusan tentang kononnya wujud skandal dalam 1MDB, beliau telah menafikan penglibatan dalam skandal BMF.

Dr. Mahathir memberi tahu media tempatan pada Mei 2015 bahawa,”Saya tidak mencuri wang tersebut. Wang yang hilang dan wang itu ialah wang bank”.

Beliau menempelak balik dengan menyatakan.”Tidak seperti Perdana Menteri Najib Razak, yang bertindak sebagai seorang penasihat kepada dana pelaburan strategik 1MDB”. Dr. Mahathir menyatakan bahawa beliau tidak memegang sebarang kedudukan dalam BBMB. ”Saya bukan pengurus bank berkenaan, mahupun sebagai penasihatnya”.

Meskipun penafian dibuat berulang-ulang oleh Mahathir, namun dokumen yang dikeluarkan oleh CIA dalam bulan Mac 1985 menyatakan ‘bukti terperinci” atau “circumstantial evidence” mencadangkan yang skandal ini dipanjangkan ke dalam pentadbiran Mahathir. Ini kerana sebagai istitusi perbankan milik kerajaan, BBMB sepatutnya dipantau oleh kedua-dua Kementerian Kewangan dan Bank Pusat (Bank Negara Malaysia).

Seterusnya, dokumen itu menyatakan bahawa,”Tiada keputusan penting dibuat tanpa persetujuan atau pengetahuan kedua-dua mereka (Kementerian Kewangan dan Bank Pusat). Adalah tidak mungkin yang pihak kerajaan tidak mengetahui tentang pertambahan had pinjaman oleh cawangan seberang laut untuk membolehkan banyak lagi dana disalurkan ke Hong Kong”.

Akhir sekali, dokumen itu menyatakan,”Tindakan ini telah diambil setelah kenyataan George Tan yang sukar mendapatkan dana daripada punca lain”. Melainkan BMF.

No comments:

Post a Comment