Selepas Dr. Mahathir Mohamad dipilih sebagai calon Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), rating pakatan merosot.
Lebih banyak reaksi negatif daripada rakyat berbanding positif. Bahkan sebahagian pemimpin Pakatan, ramai ahli dan penyokongnya menolak Dr. Mahathir.
Kami percaya para pemimpin utama Pakatan telah tersilap percaturan dan perlu membaiki keadaan bagi mengelak padah lebih besar.
Senario ini jauh bezanya berbanding tempoh menjelang PRU-13 pada 2013 iaitu tiada isu besar seperti Dr. Mahathir dan solidariti pembangkang agak baik ketika itu.
Kini segala libiliti Dr. Mahathir sepanjang 22 tahun berkuasa antaranya pelbagai skandal, kepincangan dan pendekatan kediktatoran atau Mahathirisme, telah beralih dan kini dipikul oleh Pakatan Harapan. Ibarat seekor kerbau membawa lumpur, yang lain semua habis terpalit.
Banyak media asing dalam laporannya sinis dan mempersoalkan langkah tersebut sambil meramalkan peluang Pakatan Harapan untuk menawan Putrajaya adalah tipis. Kami melihat pemilihan Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri kitar semula pada usia 92 tahun sebagai petanda buruk buat negara dan memberikan mesej yang salah kepada rakyat. Ia memperlihatkan Pakatan Harapan terdesak, ketandusan pemimpin dan langkah berundur ke belakang - memburukkan jenama Pakatan Harapan.
Itu belum menyentuh soal pembahagian kawasan kerusi yang dijangkakan akan mencetuskan perbalahan baharu selain menyaksikan DAP untung besar. Ternyata Dr. Mahathir dipergunakan bagi terus memecah-belahkan Bangsa Melayu demi mencapai agenda agung DAP.
Inilah kisah si Kitul moden, yang majoriti Melayu dan Bumiputera tidak akan relakan ia berlaku pada PRU-14. Maka Dr. Mahathir juga perlu bersedia jika Pakatan Harapan kecundang, yang kebarangkaliannya amat besar.
Apakah beliau akan menerima sekiranya ditawarkan sebagai Ketua Pembangkang atau menolaknya sekira Pakatan Harapan kecundang?
Ketika Pakatan Harapan terus dalam kekalutan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah. Sudah tentu antara doanya di Raudah Masjid Nabawi Madinah ialah agar Barisan Nasional (BN) yang beliau pimpin berjaya menewaskan golongan munafik dalam Pakatan Harapan pada PRU-14 akan datang walau apa pun dugaannya. Semoga Allah Subhanatalla makbulkan doanya.
No comments:
Post a Comment