Thursday 4 January 2018

BOLEHKAH MAHATHIR DIMAAFKAN? SIRI 5 - OPERASI LALANG 1987.


Operasi Lalang merupakan satu operasi polis yang kontroversial semasa 22 tahun pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

‘Operasi Lalang’ atau ‘Ops Lalang’ atau ‘Weeding Operation’ dilancarkan oleh Cawangan Khas PDRM pada 27 Oktober 1987 bagi menahan mereka yang kononnya cuba untuk mengeruhkan suasana politik ketika itu.

Dalam Operasi Lalang ini, 106 orang aktivis sosial dan aktivis politik terutama daripada parti pembangkang dan parti kerajaan ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Neger (ISA). Sebanyak dua akhbar harian, The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan The Sunday Star dan Watan telah dibatal permit pengedarannya.

Antara mereka yang ditahan ialah Lim Kit Siang (ketika itu Setiausaha Agung DAP), Dr. Chandra Muzaffar (Presiden Aliran), Karpal Singh (Timbalan Pengerusi DAP), Dato Lee Kim Sai (Timbalan Presiden MCA), Chan Kit Chee (Naib Presiden MCA), Dr. Kua Kia Soong (Ketua Publisiti Jawatakuasa Hak Awam), Lim Fong Seng (Pengerusi Persatuan Pendidikan Cina Dong Jiao Zhong), Halim Arshat (Ketua Pemuda PAS), Datuk Ibrahim Ali (ketika itu Ahli Parlimen Pasir Mas-UMNO) dan Mohamed Fahmi Ibrahim (Exco Biro Pendidikan Pemuda UMNO).

Walaupun kebanyakan tahanan telah dibebaskan sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, 40 orang telah dikeluarkan perintah tahanan tanpa bicara di bawah ISA selama dua tahun. Ini termasuk Lim Kita Siang, Karpal Singh, lima lagi pemimpin DAP, beberapa pemimpin PAS, UMNO dan aktivis sosial.

Terdapat empat isu dan kejadian yang menjurus kepada langkah tangkapan pencegahan melalui Ops Lalang.

Isu pertama, ialah tindakan Kementerian Pelajaran melantik 100 guru besar bukan berpendidikan Mandrin di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) telah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan Persatuan Pendidikan Cina seperti Dong Jiao Zong, MCA, Gerakan dan DAP.

Isu kedua, ialah pada 11 Oktober 1987, seramai 2,000 ahli Dong Jiao Zong telah berhimpun di Wisma Persatuan Hainan bersebelahan Tokong Thian Hou di Kuala Lumpur untuk menghasut agar murid-murid memboikot sekolah selama tiga hari.

Isu ketiga, ialah Timbalan Presiden MCA Dato Lee Kim Sai telah mengeluarkan kenyataan sensitif bahawa ‘Melayu adalah pendatang’ serta mempertikaikan ‘Hak keistimewaan Bumputera’.

Isu keempat, ialah perhimpunan 10,000 orang pemuda UMNO di Stadium TPCA Kampung Bharu mendesak Dato Lee Kim Sai selaku Timbalan Presiden MCA merangkap Menteri Buruh ketika itu meletak jawatan. Serta mendesak agar gelaran Dato oleh Sultan Selangor terhadap beliau ditarik balik.

Operasi Lalang telah dianggap sebagai satu operasi yang kontroversial kerana mereka yang bersalah seperti Dato Lee Kim Sai (sebahagian daripada pencetus masala) berjaya melepaskan diri dan lari ke Australia. Sebaliknya pemimpin pembangkang yang tidak terlibat secara langsung dalam isu ini telah ditahan di bawah ISA dan dipenjarakan di Kem Tahanan ISA selama dua tahun.
Menurut Timbalan Pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh mendakwa Operasi Lalang sebagai satu helah mengalihkan isu sebenar persaingan sengit antara kem Dr. Mahathir dengan Tengku Razaleigh Hamzah dalam Perhimpunan Agung UMNO April 1987.

Dalam pemilihan tersebut Dr. Mahathir menang tipis sebanyak 43 undi ke atas Tengku Razaleigh Hamzah. Keputusan ini amat mengaibkan Dr. Mahathir.

Seandainya Datuk Seri Najib tidak mengalih sokongan pada saat-saat akhir ke Tim A (Tim Dr. Mahathir), Tun Dr. Mahathir mungkin tidak akan kekal sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri selama 22 tahun.

Selepas Operasi Lalang berakhir tidak lama selepas itu, Mahkamah Tinggi telah meluluskan permohonan Habeas Corpus Karpal Singh untuk dibebaskan daripada tahanan disebabkan masalah teknikal terhadap cara beliau ditahan.

Kase ini telah mengekecewakan Dr. Mahathir serta mengundang tindak balas daripada beliau. Pada minggu berikutnya, beliau telah menyerahkan beberapa usul pindaan perlembagaan kepada Parlimen untuk melucutkan kuasa kebebasan badan kehakiman, dan hanya memberikan kuasa kehakiman sebagaimana yang diinginkan oleh Parlimen.

No comments:

Post a Comment