Thursday, 25 January 2018

POLITIK LOMPAT PEMBANGKANG, JELAS PERDAYA RAKYAT.

Politik Lompat Perdaya Rakyat’, ‘Live’ Dalam program ‘Anda Tanya Kita Jawab, menerusi UMNO-Online hari ini membuat kesimpulan budaya politik lompat yang diamalkan pembangkang adalah budaya demokrasi yang tidak sihat dan jelas tindakan melompat kawasan ini memperlihatkan mereka sebenarnya bukanlah bertanding untuk berkhidmat kepada rakyat.

Paling ketara setelah menang di kawasan yang ditandingi, bukan khidmat bakti yang dicurahkan kepada pengundi yang telah memilih mereka sebaliknya lebih terarah sebagai politikus yang tidak matang dan hanya gemar mencari populariti selain sekadar gemar merampas kawasan tertentu.

Dua tetamu yang diundang khas, Naib Ketua UMNO Bahagian Selayang Datuk Hasnal Rezua Merican dan Pengerusi Aktivis Bangsa Agama Tanah Air (ABATA) Azrinizam Ibrahim bersama moderator, Datuk Shamsul Najmi Shamsuddin sependapat kematangan berpolitik sebenarnya terletak pada Barisan Nasional (BN) yang sentiasa berkhidmat untuk rakyat dan tidak pernah bertukar kawasan serta tidak pernah berputus asas meskipun tewas dalam pilihan raya umum.
Bagi Datuk Hasnal Rezua Merican yang juga seorang peguam dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), hakikat ini seumpama kad laporan pelajar yang mana belum pun siap sepenuhnya namun sudah mengambil keputusan bertukar ke sekolah lain.
“Ini politik populis…apabila isu timbul mereka akan tumpang untuk dibawa ke kawasan…Ini budaya demokrasi tidak sihat. Tugas wakil rakyat untuk bawa suara rakyat ke parlimen. Kadang-kadang kita tidak tahu pimpinan pembangkang ini berasal daripada mana…Dr Hatta Ramli sebagai contoh tiba-tiba sampai di Kuala Krai. Salahuddin Ayub akhirnya kembali ke Johor dan bertanding di Pulai yang merupakan kawasan sendiri namun tumpas.
“Kematangan politik pada saya sekiranya sebelum dia tinggalkan kawasan berkenaan, dia harus beri khidmat yang terbaik untuk masyarakat di situ dan bukannya berpindah dengan rekod yang tercalar daripada sudut khidmatnya,“ katanya.
Tambahnya lagi, perbandingan politik matang antara BN dengan pembangkang jauh berbeza yang mana pembangkang sekadar lebih kepada kosmetik.
“BN kalah dua penggal di Selangor…apakah BN berhenti..? .tidak…malah tetap memberi khidmat walaupun tidak dipilih…cuba lihat apa yang dibuat oleh Tan Sri Noh Omar dan rakan-rakan pimpinan BN yang lain. Penambahbaikan, lif rosak dibaiki…cat baru., pelrbagai bantuan dan macam-macam.
“Menang atau kalah mereka tetap di situ. Mereka tidak lompat ke kawasan lain yang mereka rasa boleh menang”, ujarnya.
Sementara itu, Pengerusi Aktivis Bangsa Agama dan Tanah Air (ABATA) Azrinizam Ibrahim pula melihat pimpinan pembangkang yang berpindah kawasan ini merupakan pemimpin yang tidak mempunyai akar umbi.
Katanya mereka hannya sekadar memainkan emosi rakyat demi kepentingan politik dan akhirnya tidak tahu untuk mentadbir secara baik sekaligus menyebabkan rakyat dan penduduk setempat yang menjadi mangsa.
“Mereka tiada akar umbi…PKR…DAP…mereka hanya sekadar main emosi namun dengan adanya media sosial rakyat dah tahu dan akhirnya apa janji lepas yang ditaburkan masyarakat akan dapat lihat kembali. Justeru kalau diulang lagi tentunya rakyat tidak akan percaya.
“Untuk ini, rasanya dalam kepala semua orang akan ingat Lim Kit Siang yang mana berpindah enam kawasan bagi enam penggal…Kota Melaka, Petaling Jaya, balik semula Kota Melaka, Tanjung, seterusnya ke Ipoh Timur dan kemudiannya ke Gelang Patah.
“Pada saya hakikat ini hanya ada pada orang yang mungkir janji. Justeru kepada golongan muda hari ini pertama kena faham dan jangan piilih orang yang lompat. Orang seperti ini mungkir janji dan tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.
“Ini indikasi yang jelas…jangan sesekali undi dan percaya mereka yang bawa harapan palsu. BN ada trek rekod dan berkhidmat kepada semua manakala pembangkang hanya banyak agenda peribadi dan kepentingan kuasa semata-mata,” katanya. 

No comments:

Post a Comment