Saturday, 20 January 2018

PEMIKIRAN DR MAHATHIR PEMIKIRAN LAMA - MEMPERLEKEH GRADUAN JUAL NASI LEMAK.

Pemikiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad masih berada di takuk lama apabila memperlekeh golongan graduan menjual nasi lemak sebagai sumber pendapatan mereka.

Kami melihat graduan pada zaman era Najib ini lebih kreatif menjana pendapatan sendiri dengan menceburi bidang perniagaan yang mampu membawa pulangan lumayan.

Malah, terdapat ramai dalam kalangan mereka sudah terlibat dalam perniagaan semasa menuntut di institusi pengajian tinggi sekali gus menunjukkan kreativiti golongan itu mencipta peluang pekerjaan sendiri.

Pemikiran Dr. Mahathir ini pemikiran lama, kita tidak salahkan beliau. Dia orang lama dan usianya pun sudah mencecah 93 tahun. Beliau selalu melihat apa yang berlaku waktu dia dahulu.

Di era Dr. Mahathir di samping ketandusan peluang pekerajaan yang diwujudkan, tiada insentif dan latihan diberi kepada golongan graduan atau belia untuk berdikari selepas menamatkan pengajian. Kesannya kebanyakkan daripada mereka bergantung kepada pekerjaan kerana tidak mampu berdikari.

Yang ada ketika era Mahathir hanyalah program membentuk golongan ini untuk cepat kaya, tanpa mempunyai sebarang asas pengalaman berniaga sebagai seorang usahawan.

Program ini dinamakan ‘Konsep Payung’ yang bertujuan kononnya untuk memperkayakan 10,000 rakyat terutama bumiputra daripada 100 orang yang dipilih sendiri oleh Dr. Mahathir.

Sekarang di manakah 100 orang yang ingin diperkayakan oleh Dr. Mahathir itu? Tidak semuanya berjaya kerana tidak mempunyai asas pengalaman berniaga mengakibatkan ketiadaan kreativiti untuk menjana pendapatan untuk syarikat yang dipimpin dan akhirnya mereka gagal. Apabila gagal terpakasa dijamin keluar (bailed out) oleh kerajaan di bawah pimpinan beliau dengan menggunakan wang rakyat.

Itu sudah dianggap sebagai amalan klaptokrasi, iaitu menyalahguna wang rakyat atau mencuri wang rakyat. Perkataan ‘klaptokrasi’ dahulu tidak dikenali oleh Mahathir dan Lim Kit Siang, sehinggalah baru-baru ini mereka menyebutnya bagi tujuan untuk memfitnah serta menghina Pardana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malangnya sebahagian daripada mereka yang berjaya itu merupakan kroni ataupun penama (trustee) Dr. Mahathir yang dibentuk untuk memperkayakan beliau dan keluarganya, dan bukan untuk memperkayakan 10,000 rakyat seperti mana yang kononnya beliau dirancang.

Kesimpulannya era Najib sekurang-kurangnya dapat membentuk graduan atau belia yang mampu berdikari tanpa bergantung kepada kerajaan. Bukan itu sahaja, ia telah membentuk kreativiti golongan itu mencipta peluang pekerjaan sendiri dan menjana pendapatan yang lumayan.

Ini tidak berlaku di era Mahathir, di mana program ‘Konsep Payung’ kesanya telah mewujudkan amalan kronisme, nepotisme dan klaptokrasi (yang dahulu tidak dikenali ramai) yang telah banyak merugikan negara..

No comments:

Post a Comment