Pengumumn gabungan pembangkang Malaysia, Pakatan Harapan hujung minggu lalu memilih Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri mereka menarik perhatian dunia kerana dua sebab.
Pertama, Dr. Mahathir pernah menjadi pemimpin utama kerajaan sebelum ini dengan memecah rekod dunia memerintah selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003, malah sepanjang pemerintahan beliau (dan selepas bersara), gaya pentadbiran Dr. Mahathir digambarkan sebagai ‘autoritarian’ atau kuku besi.
Kedua, beliau kini berusia 93 tahun, menjadikannya pemimpin dunia paling tua jika dilantik.
Kolumnis-kolumnis pembangkang sebelum ini galak membandingkan Malaysia dengan Zimbabwe sedangkan Malaysia dipuji Bank Dunia, IMF dan pertubuhan antarbangsa yang lain disebabkan kerajaan yang ada ketika itu banyak membawa perubahan, pentadbiran ekonomi berhemah dan pembangunan yang menggalakan.
Malah, bekas Presiden Zimbawe, Robert Mugabe, 93, yang digulingkan secara terhina tahun lalu begitu ‘dekat’ di hati Dr. Mahathir sehingga John Simpson dari BBC pernah memberi pujian sinis dengan menggelar beliau sebagai ‘Robert Mugabe Asia yang agak berjaya’.
Pembangkang Malaysia kini jelas dipimpin oleh dua orang pemimpin yang memimpin negara ini 20 tahun lalu iaitu Dr. Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu timbalan yang beliau sendiri pecat serta dimalukan pada 1998 selepas didakwa seterusnya dipenjarakan atas tuduhan meliwat dan rasuah.
Anwar kini menjalani hukuman penjara susulan disabit kesalahan meliwat buat kali kedua.
Isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pula dinamakan calon Timbalan Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan menang PRU-14 akan datang. Pakatan Harapan akan memohon pengampunan diraja untuk membolehkan Anwar bertanding dalam pilihan raya kecil setelah dibebaskan dari penjara untuk mengambil alih tugas sebagai Perdana Meteri daripada bekas seterunya Dr. Mahathir yang sebelum itu telah dilantik sebagai Perdana Menteri sementara oleh Pakatan Harapan.
Tanggapan kononnya ini semua mewakili perubahan apatah lagi melibatkan ‘muka baharu’ adalah melucukan dan memberi gambaran buruk terhadap keyakinan pembangkang kepada pemimpin-pemimpin mudanya, mahupun terhadap mereka yang sekian lama menentang Barisan Nasional (BN) yang tidak pernah tewas sejak Malaysia merdeka.
Perjalanan mereka bukannya mudah. Ramai yang dipejarakan Dr. Mahathir tanpa alasan kukuh selain semangat penentangan mereka menyusahkan beliau.
Mereka berhak berasa terkilan kerana perlu tunduk kepada orang yang memenjarakan mereka dahulu.
Dan walaupun Dr. Mahathir masih kuat, lidahnya masih tajam, mereka tidak boleh menolak fakta bahawa mencalonkan seorang lelaki tua mencecah 93 tahun pada usia lantikan semula sebagai Perdana Menteri mendedahkan Malaysia menjadi bahan jenaka antarabangsa.
Sesiapa yang meragui kemungkinan ini perlu membayangkan kelucuan tidak masuk akal jika George HW Bush yang kini berusia 93 tahun mahupun Valery Giscard d’Estaing, 91 tahun, masing-masing cuba kembali memegang jawatan Presiden Amerika Syarikat dan Presiden Perancis.
Jadi, kenapa pembangkang di Malaysia mencadangkan Dr. Mahathir sebagai ketua mereka?
Mungkin ada akan menyatakan Dr. Mahathir telah menukar nadanya malah baru-baru ini memohon maaf.
Pertama sekali, beliau tidak meminta maaf atas sebarang sebab yang khusus dan kedua, Dr. Mahathir kemudiannya menyatakan ia merupakan budaya Melayu untuk meminta maaf atas kesilapan silam yang mungkin pernah dilakukan.
Jelas di sini permohonan maaf beliau bukan datang dari hatinya sendiri dan ia dilihat tidak ikhlas. Permohonan maaf beliau hanya untuk memenuhi desakan semasa untuk memenuhi muslihat kepentingan dirinya.
Namun, walau apa jenis tuduhan dilemparkan kepadanya melibatkan sebarang salah laku sepanjang pemerintahannya dahulu - yang aktivis pembangkang sendiri sebelum ini menuntut beliau dihadapkan ke mahkamah - Dr. Mahathir pada asasnya tidak pernah berasa bersalah melainkan mahkamah akan menentukannya.
Mendiang Karpal Singh bekas pengerusi parti dominan kaum Cina, DAP tidak mungkin akan menerima apa yang berlaku sekarang.
Anak perempuannya dan ramai lagi yang sudah lama berjuang dengan pembangkang tidak dapat menerima Dr. Mahathir sebagai pemimpin utama mereka dan bantahan ini telah dinyatakan dengan tegas termasuk oleh oleh penyokong parti Anwar sendiri, PKR.
Tidak menghairankan kerana gabungan mereka bukannya berdasrkan prinsip tetapi ia berdasarkan matlamat menghalalkan cara atau berdasarkan keperluan.
Sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dahulu bersedia menjadi pengikut setia Dr. Mahathir dan mengikut semua arahan bekas bosnya itu, semua ini tidak akan berlaku. Malangnya Najib tidak begitu, kerana beliau mempunyai prinsipnya tersendiri.
Sejak bersara, Dr. Mahathir tidak dapat melepaskan kuasa yang pernah digenggamnya.
Mulanya beliau telah menjatuhkan pewaris yang dipilihnya sendiri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan seterusnya cubaan untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak. Mereka yang dijatuhkan dan cuba dijatuhkan ini bukanlah disebabkan oleh salah laku perbadi, sebaliknya atas kesalahan tidak menerima ‘nasihat’ Dr. Mahathir sebagai satu arahan dan tidak melayan cita-cita warisan dinasti Dr. Mahathir.
Kehadiran Dr. Mahathir pada majlis ketua-ketua pembangkang sebenarnya menjadi satu petunjuk kepada betapa kuatnya kedudukan Najib sejak dua setengah tahun lalu, kerana gagal dijatukan oleh Dr. Mahathir seperti yang dilakukan terhadap Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Mengakui muka-muka kaum Cina yang jelas kelihatan dan bergerak aktif dalam pembangkang sejak Anwar dipenjarakan, Pakatan Harapan kini sedang cuba menyembunyikan muka-muka itu di belakang seorang ahli politik Melayu bernama Mahathir untuk menarik undi penting daripada orang Melayu iaitu kaum majoriti di negara ini. Undi orang Melayu adalah penting bagi mereka untuk menentukan bahawa mereka boleh berkuasa di negara ini.
Bagaimanpun, gabungan baharu mereka tidak keruan dengan adanya ahli politik yang bertentangan sepenuhnya dalam rekod hak asasi manusia dan kebebasan bersuara seperti Dr. Mahathir dan lebih buruk lagi ada di kalangan mereka dari jenis yang bermuka-muka.
No comments:
Post a Comment