Wednesday 3 January 2018

BOLEHKAH MAHATHIR DIMAAFKAN? SIRI 4 - SKANDAL MAMINCO MAKUWASA.


Satu lagi skandal yang berlaku semasa 22 tahun pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah skandal Urusan Maminco-Makuwasa. Skandal ini juga telah didedahkan oleh seorang wartawan Australian bernama Barry Wain dalam bukunya ‘Malaysian Maverick : Mahathir Mohamad in Turbulent Times’. Buku ini mula diedarkan di Malaysia pada April 2010.

Semasa buku tersebut buat pertama kali diedarkan, ia telah ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) ketika kumpulan pertama sampai di Pelabuhan Klang pada Disember 2009. KDN akhirnya meluluskan pengedarannya di Malaysia pada April 2010 setelah tujuh tahun Tun Dr. Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Buku tersebut telah mencapai jualan terbaik di Malaysia. Barry Wain mendakwa bahawa 12,500 naskah buku tersebut telah laris dijual di seluruh Asia dan Australia.

Skandal Maminco-Makuwasa bermula pada 1985 ketika pasaran bijih timah dunia runtuh dengan harganya menjunam 50%. Banyak lombong bijih timah di Malaysia terpaksa ditutup memandangkan ia tidak lagi ekonomik untuk menjalankan operasi lombong bijih timah. Salah satu fakta yang telah menyumbang ke arah runtuhnya pasaran bijih timah ialah cubaan yang malang oleh kerajaan Malaysia untuk mengawal pasaran bijih timah dunia dan menaikkan harganya.

Ini ialah skandal Maminco yang biasanya terdapat dalam senarai teratas skandal dan jaminan keluar (bail out) yang menyusahkan Malaysia sejak Mahathir menjadi Perdana Menteri. Walaupun kerugian yang dialami tidak begitu besar dalam nilainya. Ia masih menyebabkan kerugian anggaran RM1.6 bilion atau lebih.

Dalam skim yang tidak telus ini, sebuah syarikat RM2 bernama Maminco Sdn. Bhd. telah ditubuhkan sebagai platfom secara rahsianya untuk membeli kontrak hadapan bijih timah dan bijih timah sebenar untuk melonjakkan harga di London Metal Exchange. Untuk membiayai aktiviti terselindung (covert activity)ini, Maminco telah memperolehi pembiayaan daripada Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB). Pada satu masa syarikat RM2 ini telah meminjam jumlah yang sangat besar daripada BBMB berjumlah RM1.5 bilion.

Pada peringkat permulaannya, mereka berjaya melonjakkan harga bijih timah secara palsu. Tetapi harga bijih timah yang tinggi yang menyerupai (simulated value) peningkatan pengeluaran bijih timah telah menyebabkan Amerika Syarikat melepaskan stok penimbal strategik mereka di pasaran untuk menstabilkan harga. Memandangkan harga bijih timah tidak mampu bertahan lama pada paras tertimggi yang palsu pada jangka masa yang panjang, serta dengan tindakan Amerika Syarikat itu akhirnya pasaran bijih timah antarabangsa runtuh.

Menanggung skim Maminco sudah tentu cukup membebankan. Tetapi disebalik mengakui kesilapannya, Mahathir dan kumpulannya merancang satu lagi skim untuk menyembunyikan kerugian yang dialami Maminco daripada pengetahuan umum. Satu lagi syarikat RM2 bernama Makuwasa telah ditubuhkan.

Ideanya ialah untuk saham baharu khas untuk Bumiputra diperuntukkan kepada KWSP dilencongkan kepada Makuwasa pada nilai par. Bolehkah kita mempercayainya ia boleh berlaku? Saham murah yang diperolehi kemudiannya boleh dijual untuk keuntungan pada harga pasaran. Keuntungan seggera oleh Makuwasa digunakan untuk menutup kerugian Maminco. Dengan kata mudah, Makuwasa telah digunakan untuk menyalah guna caruman simpanan rakyat Malaysia untuk menebus kerugian Maminco. Pencarum KWSP tidak mendapat apa-apa faedah daripadanya.

Pada tahu 1986 Mahathir mengakui kepada umum yang Makuwasa diwujudkan untuk menyelesaikan kerugian kerajaan daripada kerugian Maminco dan membayar balik pinjaman kepada BBMB.

Akhir sekali, setakat ini tiada sebarang siasatan atau tindakan undang-undang diambil untuk mendakwa dalang-dalang yang menyalah guna kuasa serta salah guna wang caruman rakyat untuk menjamin keluar (bail out) sebuah syarikat yang rugi.

No comments:

Post a Comment