Sunday 7 January 2018

BOLEHKAH MAHATHIR DIMAAFKAN? SIRI 8 - SKANDAL KERUGIAN FOREX BANK NEGARA MALAYSIA.


Skandal ini merupakan sebahgian daripada skandal-skandal yang berlaku semasa 22 tahun pemerintahan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ia merupakan sebahgian daripada skandal semasa pemerintahan Dr. Mahathir yang telah didedahkan oleh Barry Wain dalam bukunya, Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times.

Beberapa tahun dalam awal tahun 1992 ke 1994, Bank Negara Malaysia telah terlibat dalam perdagangan mata wang asing yang berisko di mana telah terjebak dalam kesulitan yang serius yang mengakibatkan anggaran kerugian sehingga RM31.5bilion. Dr. Mahathir ketika itu sebagai Perdana Menteri telah memberi kelulusan untuk Bank Negara meneruskan perdaganagan spekulaif mata wang asing setelah dimaklumkan tentangnya (merupakan bukan peranan Bank Negara).

Aktiviti perdagangan mata wang asing Bank Negara telah terkenal pada ketika itu dan telah menjadi satu punca yang diambil berat oleh bank di seluruh Asia. “Ia telah menjadi terlalu digeruni oleh pedagang mata wang sedunia”, kata pengarang buku “Vandals’ Crown: How Rebel Currency Traders Overthrew the World’s Central Banks”. Atas beberapa hari, ia telah memperdagangkan lebih daripada AS$1 bilion ke AS$5 bilion yang mana ia sangat luar biasa. Malah Bank of Japan jarang memperdagangkan lebih daripada AS$1 bilion dan hanya apabila untuk masuk campur dalam pasaran mata wang asing bagi melindungi mata wangnya. Lazimnya Bank Pusat memasuki pasaran mata wang asing hanya untuk mempengaruhi kadar mata wangnya sendiri.

Bagaimanapun, Bank Negara telah memperdagangkan mata wang lain dan telah memperolehi keuntungan daripada pergerakannya. Dalam kata mudah, ia telah menjadi pusat keuntungan kerajaan menggunakan rizab negara untuk spekulasi di dalam pasaran mata wang. Sudah tentu, bahawa ia bukan peranan bank pusat. Mengapa Bank Negara menanggung aktiviti membuat keuntungan seumpama itu yang meletakkan rizab negara pada risiko yang tinggi?

Sehigga ketika itu, laporan penuh dan pendedahan skandal kerugian pertukaran wang asing (forex) itu masih tiada sebarang perkembangan, biarpun usaha berterusan oleh Lim Kit Siang ketika itu untuk membawa isu ini banyak kali ke parlimen serta mendedahkannya dalam buku tulisannya.

Bank Negara Malaysia beroperasi di belakang tabir yang penuh kerahsiaan. Bank berkenaan jarang bercakap secara terbuka tentang kontroversi aktiviti perdangannya. Namun begitu ia semakin bertambah jelas kepada pedagang pertukaran wang asing bahawa operasi Bank Negara dalam pertukaran mata wang asing telah pergi jauh daripada mempertahankan diri yang mudah. Ia telah menjadi pedagang mata wang yang sangat digeruni di dunia.

Pada tahun 1992, Bank Negara Malaysia membeli jumlah pound sterlin yang terbesar, dengan harapan Britain meneruskan disiplin yang diperlukan oleh European Exchange Rate Mechanism (EERM). Ia merupakan satu pertimbangan ekonomi dan politik yang tidak baik. Bank Negara telah kerugian anggaran AS$3.6 bilion apabila Britain mengundurkan diri daripada EERM, mengakibatkan sterling runtuh. Tahun berikutnya, kerugian Bank Negara bertambahan hingga ke AS$2.2 bilion. Sehingga 1994, Bank Negara secara teknikal tidak mampu membayar hutang dan terpaksa dijamin keluar (bailed out) dana baru dari Kementerian Kewangan.

Lim Kit Siang merupakan orang yang mengemukakan perkara ini di Parlimen pada 1993. Sudah tentu Anwar Ibrahim, sebagai Menteri Kewangan ketika itu, menafikan ‘kabar angin’ ini walaupun media barat telah tiga tahun melaporkanya sejak 1989 (masa itu kita tiada internet bermakna Anwar bebas untuk berbohong). Oleh itu, adakah Anwar berbohong atau beliau sendiri telah dibohongi?

Anwar tidak boleh mengaku jahil dan seandainya beliau betul-betul jahil yang bermakna beliau mengakui yang kebenaran telah disembunyikan daripada beliau. Oleh itu Mahathir dan Daim telah membuat pilihan yang betul dalam melantik Anwar sebagai Menteri Kewangan pada tahun 1991, memandangkan beliau terlalu bisu dan jahil tentang apa yang berlaku disekeliling beliau.

Pada hakikatnya, Mahathir dan Daim telah menjadikan Anwar sebagai Menteri Kewangan pada 1991 untuk tujuan yang khusus bagi menyembunyikan perkara sedemikian dan jika perlu berbohong seandainya perkara tentang kerugian pertukaran mata wang asing Bank Negara dapat diketahui umum. Oleh itu, sebahagian daripada spesifikasi tugas Anwar ialah mematuhi Mahathir dan Daim, yang mana beliau lakukan pada 1993.

Pada 1994, bau busuk terlalu kuat yang ia sampai ke kemuncaknya dan Anwar tidak lagi boleh menafikannya. Oleh itu, apabila Kit Siang sekali lagi menimbulkan paerakara ini dalam Parlimen pada 1994, kali ini Anwar telah mengakui yang Bank Negara telah mengalami kerugian, pada hakikatnya, kerugian sedikit wang tetapi hanya ‘kerugian atas kertas’ dan bukannya amaun yang besar hanya rugi sedikit sahaja. Hari ini kita diberi tahu yang ia bukan rugi di atas kertas dan ia bukan rugi sedikit sahaja, malah kerugian sebenar berjumlah AS$10 bilion atau RM98 bilion nilai sekarang.

Lim Kit Siang menjadikan skandal kerugian pertukaran mata wang asing Bank Negara ini sebagai satu perang salib (crusade) peribadi. Beliau menuntut jawapan dan kebenaran dan mendesak agar satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dibentuk  untuk mendedahkan punca berlakunya skandal tersebut.

Masalahnya sekarang wujudnya perkembangan baharu, Kit Siang tidak lagi berhujah berapi-api, meracau dan menjerit-jerit kerana sudah bersekongkol dengan Dr.Mahathir tidak seperti dahulu sebagai musuh ketat.
Pendedahan bekas penolong governor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid terhadap skandal tersebut telah mengakibatkan pembentukan satu Pasukan Petugas Khas dan diikuti selanjutnya dengan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI). RCI tersebut telah bersidang mulai 21 Ogos hingga 19 September 2017 untuk menyiasat kerugian pertukaran mata wang asing Bank Negara Malaysia.
RCI itu diketuai Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, yang dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya dan dianggotai Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md Said serta Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Atan. Selain itu, Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, Tan Sri Saw Choo Boon; Ahli Institut Akauntan Malaysia, Ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia dan bekas rakan kongsi firma Ernst & Young, K Pushpanathan.
RCI ini dibentuk bagi memutuskan sama ada terdapat percubaan untuk menyembunyikan fakta dan maklumat mengenai kerugian, termasuk pengeluaran kenyataan oleh pegawai tinggi yang dikatakan mengelirukan Kabinet, Parlimen dan orang awam.
RCI ditubuhkan untuk menentukan kebenaran dakwaan mengenai kerugian forex yang ditanggung BNM dan kesannya terhadap ekonomi negara.
Seramai 25 saksi termasuk Dr Mahathir dan Anwar, di samping bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin dan pegawai tertinggi bank termasuk gabenor, dipanggil memberi keterangan di depan panel suruhanjaya yang bersidang selama 8 hari.
Selain itu, sebanyak 42 dokumen juga dikemukakan semasa prosiding.
Dalam laporan setebal 524 halaman yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 30 November lalu, RCI itu menyimpulkan urus niaga forex BNM dari hujung 1980-an hingga 1994 bersifat spekulatif dan melampau untuk tujuan keuntungan, dengan itu ia melanggar Seksyen 31(a) Akta Bank Negara Malaysia 1958.
Laporan itu turut menyatakan ia “pasti dengan kerugian dialami BNM akibat urus niaga forex pada 1992, 1993 dan 1994 berjumlah RM31.5 bilion”.
“Suruhanjaya itu berpendapat Perdana Menteri ketika itu membiarkan tindakan Menteri Kewangan yang sengaja menyembunyikan maklumat dan mengelirukan Kabinet,” menurut laporan itu.
Menurutnya, ini berdasarkan Minit Mesyuarat Kabinet dan keterangan Menteri Kewangan ketika itu serta Dr Mahathir sendiri yang mengesahkan Perdana Menteri tahu mengenai kerugian itu kerana ia dilaporkan kepada beliau oleh Kementerian Kewangan dan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
RCI itu berpendapat, tindakan menyembunyikan magnitud kerugian itu diburukkan lagi dengan pemindahan saham secara diam-diam kepada BNM bagi menyerap kerugian melalui keuntungan modal.
Nor Yakcop menguruskan portfolio BNM antara 1986 hingga 1993, termasuk menguruskan rizab luar dan peraturan untuk pasaran kewangan dalaman.
“Walaupun beliau mendominasi dana BNM dan dilihat mempunyai kebebasan dalam urus niaga forex, beliau tidak mungkin dapat melaksanakan urus niaga berkenaan dalam tempoh yang lama tanpa kelulusan langsung atau tidak langsung daripada pihak atasan dan/atau individu lain yang mempunyai kuasa.
“Justeru, suruhanjaya telah meneliti liabiliti bersama individu-individu berkenaan di bawah Seksyen 34 atau Seksyen 107 Kanun Keseksaan dan boleh dikaitkan sebagai mempunyai niat yang sama atau bersubahat,” kata laporan itu.
Ia turut menyatakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad “sengaja membantu menyembunyikan” kerugian itu daripada Parlimen dan Kabinet.
RCI dalam laporannya mengesyorkan polis membuka siasatan ke atas kemungkinan berlaku pecah amanah atau penipuan oleh pelbagai pihak, termasuk Dr Mahathir dan Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli lembaga pengarah BNM, pegawai Kementerian Kewangan, Jabatan Audit Negara dan BNM.
Setiausaha RCI, Datuk Yusof Ismail turut membuat laporan polis pada hari sama dengan berkata, ia bagi membolehkan polis menyiasat jenayah pecah amanah, penipuan dan kesalahan lain.
Menurut kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam perutusan tahun baharu 2018 yang Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) itu, hakikatnya dibentuk atas desakan sekian lama pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan bukan atas kehendaknya sendiri..

No comments:

Post a Comment