Nampaknya sedang tular di media sosial video Majlis Paluan Berundur ATM dari Pengkalan TUDM Sungai Besi, Kuala Lumpur sehingga ada pihak yang membangkitkan isu bahawa kem tersebut telah dijual kepada negara China.
Sesungguhnya, ia dakwaan yang tidak berasas sama sekali. Baca penjelasan berikut untuk mengetahui fakta sebenar.
1. Pemindahan TUDM Kuala Lumpur ke Pangkalan Udara Sendayan dibuat berdasarkan faktor rasionalisasi daripada aspek operasi dan keselamatan, dan juga TUDM Kuala Lumpur sudah terlalu lama dan usang, dibangun sejak tahun 1940-an.
2. Operasi penerbangan di TUDM Kuala Lumpur tidak berapa selamat disebabkan kepesatan pembangunan Bandaraya Kuala Lumpur, dengan adanya bangunan tinggi dan kepadatan penduduk akan memberbahayakan penerbangan pesawat berlepas dan mendarat.
3. Kawasan TUDM Kuala Lumpur amat terdedah dengan ancaman luar disebabkan lokasi berhampiran lebuhraya dan kawasan perumahan. Dengan ancaman yang ada sekarang ini, ia boleh dilancarkan daripada kawasan-kawasan tersebut. Pengkalan ini pernah dibedil oleh anasir subersif PKM dengan pelancar roket mudah alih pada tahun 1969 selepas peristiwa berdarah 13 Mei.
4. Pendedahan TUDM Kuala Lumpur kepada umum turut menyukarkan pihak TUDM untuk memberi perlindungan mantap sebagai pusat bantuan operasi ketenteraan kerana terdedah kepada aktiviti pengintipan.
Pengkalan Udara Sendayan & 31 Rejimen Artileri Kem Tun Ibrahim, Kajang adalah antara tapak-tapak penempatan semula TUDM Kuala Lumpur. Penempatan di beberapa pangkalan udara yang ada adalah mengikut misi dan kesesuaian seperti yang dibuat di Pengkalan Udara KL sebelum ini.
Ini adalah kali pertama sebuah Pangkalan Udara (Sendayan) dibina untuk keselesaan para pegawai dan anggota TUDM di mana mereka akan mendapat kawasan kerja, kediaman dan infrastruktur yang baru untuk memberi sokongan atas misi-misi latihan TUDM. Selain itu, dengan adanya Pengkalan Udara Sendayan ini, TUDM akan dapat menempatkan pusat latihan TUDM di mana buat masa ini latihan-latihan tersebut berpecah dan ada yang dibuat di Subang, Alor Star serta di Kinrara.
Pengkalan Udara Sendayan ini apabila siap dibina dapat menyatukan TUDM yang akan meletakkan semua ini di bawah satu bumbung bagi tujuan uniformiti dan latihan manakala perintah dan kawalan akan menjadi lebih berkesan.
ISU KEHILANGAN ASPEK SEJARAH PENGKALAN UDARA KUALA LUMPUR
Sejarah TUDM Kuala Lumpur akan dikekalkan selepas dipindahkan ke Pengkalan Udara Sendayan kerana ia merupakan landasan antarabangsa yang pertama digunakan semasa zaman kemerdekaan. TUDM akan memelihara artifak-artifak sejarah TUDM Kuala Lumpur ini di muzium TUDM. Ini akan dilakukan bagi memastikan sejarah TUDM tidak akan terlupus.
ISU PROJEK BANDAR MALAYSIA DIKUASAI SYARIKAT CHINA
1. Dakwaan kononnya projek Bandar Malaysia di tapak bekas TUDM Kuala Lumpur di ibu negara dikuasai oleh syarikat China kini bukan lagi isu. Sebaliknya tapak strategik seluas 198 hektar itu dikuasai 100% Kementerian Kewangan DiPerbadankan, berikutan terbatal Perjanjian Jualan Saham (SSA) Bandar Malaysia dengan pihak pemegang saham projek tersebut sebelumnya.
2. TRX City, dengan mengambil kira kepentingan nilai tanah Bandar Malaysia, akan mengekalkan pemilikan penuh terhadap kawasan itu demi memastikan rakyat Malaysia meraih manfaat hasil pembangunannya.
4. Adalah fitnah berniat jahat dengan mengatakan Pengkalan TUDM KL diserah kepada negara China.
RUMUSAN
1.Adalah tidak benar kerajaan mengenepikan sejarah penting negara dengan menyerahkan Pangkalan Udara Kuala Lumpur kepada pihak pemaju untuk dibangunkan. Banyak sejarah dan artifak TUDM akan dipelihara untuk pengetahuan generasi akan datang.
2. Pengkalan Udara Kuala Lumpur telah hilang nilai strategiknya dan tidak sesuai lagi untuk menempatkan unit-unit tentera. Kedudukannya juga menjadikan pengintipan dan serangan oleh musuh menjadi begitu mudah.
3. Angkatan Tentera Malaysia memperolehi kemudahan-kemudahan yang jauh lebih baik dan bersesuaian setelah perpindahan ini berlaku.
4. Malaysia bukan satu-satunya negara yang menutup pangkalan-pangkalan tentera. United Kingdom telah dan bakal menutup sebanyak 56 pangkalan-pangkalan tentera termasuk Woolwich Barracks dan Fort George yang berusia hampir 300 tahun dan kaya dengan unsur-unsur sejarah. Berbeza dengan Malaysia, penutupan pangkalan-pangkalan tentera di UK tidak melibatkan sebarang penggantian.
Oleh itu janganlah kita mempolitikkan pertahanan negara dan hargailah Angkatan Tentera Malaysia serta hak mereka untuk bertugas dan tinggal di pangkalan-pangkalan yang jauh lebih moden dan selesa sesuai dengan tugas mereka yang berat untuk menjaga kemananan, kesejahteraan dan kedaulatan negara.
No comments:
Post a Comment