Sunday 21 January 2018

HARAM UMAT ISLAM SOKONG DAP? - DR ZAMIHAN MAT ZIN.

Haram bagi umat Islam untuk menyokong atau mengundi parti yang menolak hukum Islam dan mengamalkan prinsip anti-Islam, kata Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA), Dr. Zamihan Mat Zin.

Beliau berkata, tindakan DAP yang menolak hukum-hakam Islam membuktikan parti itu mengamakan idealisme yang bertentangan Islam.

“Mereka secara terbuka dan dengan jelas menolak Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016 (RUU355) yang mungkin ada rangkuman hudud, qisas dan takzir iaitu mekinisme perundangan Islam.

“Oleh itu bagi kita ini jelas mereka ada gagasan yang anti-Islam dan haram bagi umat Islam untuk sokong mereka,” kata beliau dalam satu wawancara langsung di laman Facebook Watan Online hari ini.

Dalam pada itu, Zamihan turut menasihatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad mempersiapkan diri dengan bekalan rohani untuk menghadap Allah SWT bagi menebus kesalahan beliau sepanjang memerintah negara dan bukanya terus sibuk berpolitik.

Katanya, tindakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang buat penampilan semula dalam pentas politik ketika usia 93 tahun itu adalah tidak wajar.

“Orang tua yang sudah berkuasa lebih 22 tahun patut masuk pondok, mengaji kitab, bertaubat, buat amal jariah dan mohon maaf kepada manusia atas kesilapan lampau, bukan terus fikir politik.

“Masa berkuasa macam-macam beliau buat. Sanggup keluarkan arahan yang melukakan hati rakyat dan bila orang lain perintah beliau kritik tak betul, tak maju dan sebagainya,” kata beliau.

Tambah Zamihan, tindakan bekas Perdana Menteri itu kembali ke pentas politik negara hanyalah untuk kuasa politik dan kesenangan dunia semata-mata.

“Dulu masa berkuasa pegang jawatan dengan niat tidak ikhlas. Jadi hamba kepada dunia. Sekarang bila orang lain naik, cemburu pula.

“Sekarang lihat semua orang bodoh, tidak cerdik, tidak berwawasan, tidak pandai. Yang cerdik, pandai, membangunkan negara hanya dirinya sahaja,” kata Zamihan lagi.

No comments:

Post a Comment