Tuesday 23 January 2018

CLARE BROWN LIM GUAN ENG DAN HAB ATAU PUSAT KEGIATAN KLEPTOKRASI NEGARA.


Lebih kurang pertengahan 2016, Pakatan Harapan memulakan satu misi untuk mempamirkan bahawa Malaysia sebagai negara kleptokratik. Pemimpin mereka buat keputusan bahawa cara terbaik ke hadapan adalah mewar-warkan pendapat umum bahawa Perdana Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, mencuri nilai berbilion ringgit wang pembayar cukai daripada 1 MDB. Kemudia, beberapa minit setelah hakim Mahkamah United Kingdom (UK) membuat keputusan yang Najib bukan seorang korupsi , cerita berbilion ringgit itu dengan cepat hilang di atas angin entah ke mana.

Keputusan itu adalah respon kepada dakwaan yang dibuat oleh Clare Rewcastle Brown dalam satu Pendengaran Pengurusan Kes di London. Pada hari itu, Ketua Pengarang Sarawak Report memberitahu hakim bahawa Kehakiman Malaysia dan Perdana Menteri adalah korup dan bersubahat dengan Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang. Dakwaan yang berani tetapi tidak berhati-hati yang telah dibuat di mahkamah London di mana Hadi memfailkan tindakan undang-undang terhadap  Clare yang menuduh bahawa beliau menerima RM90 juta rasuah daripada Najib.

Kini, Ketua Pengarang Sarawak Report itu hingga sekarang masih lagi belum menyediakan bukti kukuh dakwaan beliau terhadap Perdana Menteri. Itu menimbulkan persangka di kalangan penyokong beliauyang tahu bahawa bukti seperti yang dikehendaki mempunyai potensi untuk meyakinkan hakim yang Najib lebih dari berkeupayaan untuk merasuah sesiapa, bukan sahaja Hadi. Dengan perlahan tetapi sudah tentu, mereka mula melihat yang Sarawak Report bukanlah seperti yang disangka tetapi hanya merupakan portal berita palsu yang dibentuk untuk menjatuhkan kerajaan melalui dakwat penipuan (ink of deceit).

Kes di London telah meletakkan misi Pakatan Harapan ke tahap yang lemah, di mana Perhimpunan Anti-Kliptokrasi di Padang Timur Petaling Jaya anjuran PPBM pimpinan Dr. Mahathir menyaksikan hanya dihadiri oleh 4,000 penyokong sahaja. Hadi, di sebaliknya, mempamirkan kemampuannya dengan menghimpunkan seramai  250,000 orang penyokong dalam perhimpunan Fastaqim 2.0 anjuran PAS. Tetapi perhimpunan seramai 21,800 orang yang membanjiri Kenduri Bersama Rakyat anjuran Perdana Menteri yang telah menutup nasib Clare Rewcastle Brown. Hari ini, majoriti rakyat Malaysia yakin yang Ketua Pengarang Sarawak Report itu telah memperbodohkan mereka dengan menyediakan cerita yang direka-reka untuk memfitnah Najib.

Sekarang, rakyat tidak lagi percaya sebarang apa pun yang dikatakan pembangkang terhadap Najib. Mereka yakin bahawa Clare telah dibiayai oleh Dr Mahathir Mohamad, yang berusaha untuk membinasakan Perdana Menteri, malah lebih dari itu hingga beliau sanggup mengkhianati kerajaan dan membinasakan ekonomi negara. Suruhanjaya Siasatan diRaja (RCI) terhadap skandal kerugian forex Bank Negara Malaysia dalam tahun sembilan puluhan mendedahkan kepada mereka tentang kleptokrat yang melibatkan bekas Perdana Menteri itu. Pada 21hb Ogos 2017, rakyat Malaysia mendapati bahawa pentadbiran beliau ketika itu telah dengan sengaja menyembunyikan daripada parlimen tentang kerugian sejumlah RM31.5 bilion wang Bank Negara Malaysia kesan daripada spekulasi pasaran forex pada tahun sembilan pulohan.

Sebab itulah, di atas semua itu, bahawa rakyat mendapati sukar untuk menerima dakwaan yang beliau telah buat terhadap Perdana Menteri. Mereka mendapati  adalah pelik dan janggal bagi beliau memilih untuk menjalin satu pakatan dengan seorang kleptrokrat daripada Pulau Pinang disebalik menuduh Najib seorang kleptrokrat. Sekiranya beberapa siri skandal baru-baru ini yang menggegarkan pulau itu, Lim Guan Eng telah menjadi satu lipatan sejarah sebagai “the Chief Minister who robbed Penang of its worth and the people of their faith in him”

Tetapi tidak semua orang boleh diugut.

Khamis lepas, pegawai daripada SPRM mendedahkan bahawa mereka ada petunjuk ke arah elemen rasuah dalam projek berbilion ringgit Terowong Dasar Laut Pulau Pinang. Kemudian, hanya semalam, blogger The Third Force mendedahkan bahawa satu perkara yang tidak kena dengan perunding bebas yang dilantik oleh kerajaan negeri untuk menilai projek itu. Kontroversi projek trowong itu merupakan dakwaan kedua daripada rangkaian dakwaan rasuah yang telah dikaitkan dengan Lim Guan Eng oleh pencari kebenaran dan keadilan.

Sejak mula Ketua Menteri itu dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang kerana dituduh rasuah, rakyat mula mengambil perhatian terhadap kekurangan di dalam maklumat yang beliau beri kepada mereka. Kilang haram yang mengakibatkan sebuah kampung di Kampung Sungai Lembu dengan disyaki pencemara barah yang beliau menafikannya dengan panjang lebar hanya untuk melindungi kroninya dan mendapat sogokan wang dengan cepat. Tetapi projek trowong dasar lautlah yang meyakinkan setiap orang bahawa Pulau Pinang di bawah Pakatan Harapan telah ditakdirkan untuk menjadi hab atau pusat kegiatan kleptokrasi negara.

Hari ini, semua orang ingin tahu sebabnya kerajaan negeri bersetuju untuk membayar  Consortium Zenith Construction Sdn Bhd RM208.75 juta untuk hanya sekeping kertas.Mereka ingin tahu apa yang terjadi terhadap RM11.23 juta yang kerajaan negeri bayar kepada HSS Integrated Sdn Bhd dan sama ada syarikat itu memainkan peranan sebagai perunding untuk menguruskan imbuhan untuk ahli politik. Sekira dan melainkan Guan Eng menjelaskan perkara ini, tiada siapa akan mempercayai beliau walau satu perkataan yang beliau kata, malah walaupun ia melibatkan ibunya atau malah melibatkan kucing yang kadang-kadang berkeliaran sekeliling belakang rumahnya.

Sekarang, beritahu kami, adakah tidak ironi bahawa Clare Rewcastle Brown masih lagi belum menghina Guan Eng, atau malah Mahathir kerana bersetuju untuk berkerja dengan Ketua Menteri Malaysia yang amat jijik pernah dilihat di Malaysia?


No comments:

Post a Comment