Sunday, 14 January 2018

ADAKAH MAHATHIR MEMPERMAINKA NAJIB ATAU NAJIB MEMPERMAINKAN MAHATHIR?

Ada orang mengatakan jam sedang berdetik dan hari untuk Perdana Menteri Najib Tun Razak dijatuhkan sedang dikira. Ini kerana pada 7hb Januari 2018 di mana  Pakatan Harapan menumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sementara dan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya. Setelah  Anwar Ibrahim menerima pengampunan daripada DYMM Yang diPertuan Agong, akan dibebaskan dari penjara, dan memenangi kerusi parlimen dalam satu pilihan raya kecil, Mahathir akan kemudian berundur untuk memberi jalan untuk Anwar mengambil alih sebagai Perdana Menteri ke 8. Bolehkah ini berlaku berasaskan trek rekod Mahathir?


Oleh kerana itu mengapakah orang Pakatan menjelajah membuat ‘road show’ di seluruh Malaysia menerangkan apa yang mereka telah umumkan pada 7hb Januari 2018 sekiranya mereka yakin ia satu perkara yang baik yang memihak kepada mereka? Sekiranya ia satu perkara yang baik, sudah tentu mereka tidak perlu menjelajah seluruh negara untuk menerangkannya, sudah tentu rakyat dapat melihat bahawa ia perkara yang baik. Tetapi malangnya, dari maklum balas daripada rakyat jelata, bahawa banyak orang berpendapat pengumuman yang dibuat hari itu adalah merupakan satu langkah ke belakang Pakatan Harapan di sebalik langkah ke hadapan. Ini jelas menunjukkan rakyat tidak yakin kepada Pakatan Harapan.

Ini telah menolak Mahathir lebih jauh hingga sukar kembali dan pada masa sama meyakinkan Najib dengan perkembangan ini masalahnya dapat diselesaikan.

Tanggapan yang cuba mereka bentuk adalah bahawa Mahathir telah mempermaimkan Najib dan pada 7hb Januari 2018 Mahathir memerangkap Najib. Najib secara praktikalnya sudah terperangkap pada satu sudut dan dengan keadaan ini, beliau tidak mampu merangkak keluar menyelamatkan diri serta terus hidup. Dengan ringkas, Najib adalah dianggap mayat yang bergerak dan akhirnya, setelah tiga tahun dibelasah, Mahathir telah berjaya menghabiskan Najib hingga bila-bila.
Mahathir memulakan gerakan terhadap Najib mulai December 2014. Sepatutnya menjelang July 2015 semuanya sudah selesai. Muhyiddin Yassin sepatutnya menjadi Perdana Menteri baru pada 29hb July 2015 dan perkara pertama yang beliau perlu tentukan ialah  Mukhriz menjadi orang keduanya.
Dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan seorang Perdana Menteri harus daripada mereka yang menjadi ahli Dewan Rakyat atau Parlimen tetapi bukan Ahli Kabinet. Tetapi bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak menyebut apa-apa dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu ia tidak menghalang Mukhriz untuk mengambil alih sebagai Timbalan Perdana Menteri walaupun beliau perlu bertanding untuk memenangi kerusi parlimen dalam pilihan raya kecil untuk mengukuhkan peluangnya mengambil alih jawatan Perdana Menteri.
Setelah tiba dan berlalunya tarikh 29hb July 2015 Najib masih dan terus bekuasa. Selepas itu pintu mulai tertutup secara perlahan dan masa menjadi inti pati peluang.  Apabila ‘undi-tidak-percaya’ di Parlimen pada bulan Oktober 2015 dan ‘undi-tidak-percaya’ di Perhimpunan Agung UMNO pada bulan Disember 2015 kedua-duanya gagal, pintu peluang untuk Mahathir terus tertutup secara total. Najib memulakan tahun baru 2016 sebagai seorang yang berkuasa dan Mahathir sekarang sebagai seorang pemburu yang sedang diburu.

Najib mahu Mahathir meninggalkan UMNO secara total melalui talak tiga supaya Melayu terus bersatu di bawah UMNO.

Pada bulan Januari 2016 Najib duduk bersama ‘Budak Boffinnya’ untuk membincangkan langkah seterusnya atau langkah-balas. Mereka memerlukan  Mahathir memulakan langkahnya, tetapi langkah Mahatir harus menjurus kepada beliau menggali lubang lebih dalam dan menjadi buntu. Di sebalik ‘membunuh’  Mahathir mereka harus membuat beliau ‘membunuh diri’. Dan cara terbaik ialah menghantar beliau ke pembangkang supaya beliau boleh mengheret pembangkang bersamanya ke arah kemusnahan.
Dengan kata mudah Mahathir tidak perlu dipecat daripada UMNO kerana beliau akan mewujudkan simpati rakyat. Beliau dirancangkan oleh Najib untuk meninggalkan UMNO mengikut kehendaknya sendiri secara sukarela dan menyertai pembangkang dan seterusnya memusnahkan pembangkang dengan sikap ego dan diktatornya.
Satu cara yang membuat Mahathir menglabah ialah menyakiti anaknya. Sebab  Mahathir dengan apa jua telah memusnahkan Anwar pada 1998 kerana Anwar menyakiti anaknya Mirzan dengan membayarnya hanya RM1 bilion disebalik RM2 bilion yang beliau diperlukan untuk menebus keluar (bailed out) syarikat Konsortium Perkapalan Bhd. Milik anaknya. Ini membuat Mahathir amat marah sebab RM1 bilion tidak mencukupi  untuk menebus keluar syarikat Mirzan itu daripada masalah kewangan yang dihadapi.
Pada 2006 Mahathir mengesahkan yang beliau kecewa terhadap Anwar disebabkan oleh itu.  Dan beliau telah menjadi lebih kecewa apabila kerajaan telah menjual pelaburan itu dan membuat keuntungan. Oleh itu kerajaan telah membuat keuntungan daripada kesusahan anaknya di mana sepatutnya mereka sepatutnya membayar anaknya  hanya lebih daripada RM1 bilion. 
Pada 3hb Februari 2016 Mukhriz  telah dipecat sebagai Menteri Besar Kedah dan ini membuat Mahathir amat marah. Pada 29hb Februari 2016 Mahathir keluar meninggalkan UMNO dan menjangkakan parti akan menekan Najib untuk meletak jawatan sepertimana yang berlaku pada 2008 apabila Mahathir keluar dari UMNO memaksa parti mendesak Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan.
Tetapi kali ini ia tidak menjadi, oleh itu Mahathir tinggal terkapai-kapai. Najib mahu  Mahathir merasa kecewa dan cukup terdesak untuk menyertai pembangkang sebagaimana beliau pernah lakukan pada 1969 dan 2008 apabila beliau keluar daripada  UMNO pada kedua-dua tarikh tersebut. Kali ini, untuk kali ketiga beliau keluar parti, sekiranya Mahathir menyertai pembangkang, pintu UMNO terus tertutup untuknya  buat selama-lama dan ini merupakan kes talak tiga dan tidak boleh kembali lagi kepada UMNO melainkan melalui proses Cina Buta.

Mahathir sekarang dilihat sebagai alat DAP dan tidak lagi sebagai pemimpin UMNO yang ingin kembali seperti dahulu.

Dan Mahathir lakukan apa yang Najib harapkan serta mahu beliau lakukan. Mahathir mengambil alih sebagai ‘Top Dog’ atau ‘Ketua Anjing’ pembangkang. Dan itu telah menutup pintu UMNO kepada Mahathir untuk selama-lamanya. Mahathir sekarang bukan lagi pemimpin UMNO yang menunggu untuk kembali. Status Mahathir adalah setaraf dengan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, dan semua mereka yang telah bersumpah memusuhi UMNO.
Najib perlu menentukan yang UMNO pemenang terbanyak darpada lebih kurang  100 kerusi majoriti Melayu di Semenanjung dan 57 kerusi di Malaysia Timor. Itu mewakili 70% daripada jumlah 222 kerusi parlimen, bermakna ia juga mewakli lebih daripada dua pertiga majoriti kerusi di Parlimen. Itu meninggalkan baki 65 kerusi untuk  Pakatan Harapan. Malah sekiranya Pakatan Harapan memenangi 74 kerusi, Barisan Nasional (BN) masih lagi memenangi dua pertiga majoriti kerusi di Parlimen. Pada kedudukan 145 kerusi untuk BN dan 77 kerusi untuk Pakatan Harapan, walaupun BN hilang dua pertiga kerusi majoriti namun BN masih boleh terus  berkuasa. Apapun daripada salah satu situasi ini jika ia berlaku, akan menggambarkan yang segala cita-cita Pakatan Harapan untuk menguasai Putrajaya dan menjadikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sementara merupakan satu angan-angan Mat Jenin.
Oleh itu Najib tahu apa yang beliau fokus. Dan fokusnya ialah kerusi majoriti Melayu di Semenanjung dan beberapa kerusi selamat di Malaysia Timor. Dan Mahathir sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan dalam-menunggu tidak menjadi ancaman kepada lebih kurang 100 kerusi majoriti Melayu di Semenanjung campur 57 kerusi selamat di Malaysia Timor (PPBM tidak bertanding di Malaysia Timor). Pakatan Harapan masih lagi mahu merebut 65-70 krusi dan tidak kisah apa akan berlaku. Dengan itu Najib boleh melupakan mereka. Yang pentingnya ialah baki 150 kerusi. Dan dengan Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara yang dilantik, dijangkakan untuk memanaskan kerusi untuk Anwar Ibrahaim, Najib tahu yang lebih kurang 150 kerusi yang difokus adalah selamat sebab Mahathir sekarang adalah alat DAP dan bukan lagi pemimpin UMNO.
Majoriti orang Melayu melihat DAP sebagai sebuh parti cauvanis Cina yang anti Melayu dan Islam. Oleh yang demikian masakan orang Melayu boleh menerima Mahathir dan partinya PPBM yang dianggap alat DAP boleh diterima dengan tangan terbuka di kerusi-kerusi majoriti Melayu. Sebab itulah Najib menganggap Mahathir dan partinya PPBM bukanlah satu ancaman di kerusi majoriti Melayu.

No comments:

Post a Comment