Friday, 26 January 2018

REALITI TENTANG PEMBANGKANG MELAYU MENJELANG PRU14 - AKAN MEMBAWA KEHANCURAN KEPADA BANGSA ITU.

DAP sebuah parti cauvinis Cina dan yang anti Melayu dan Islam tidak boleh memerintah Malaysia ketika ini kerana kerusi yang dimenangi masih tidak mencukupi kerana mereka merupakan kaum minotiti berbanding Melayu. DAP tahu peratusan orang Melayu melebihi 60 peratus orang Cina 30 peratus. Mereka juga sedar, sekira orang Melayu tidak berperpecah tidak mudah untuk mereka memerintah melainkan memperalat orang Melayu yang bermasalah serta mempunyai kepentingan peribadi. Ini yang sedang terjadi dalam Pakatan Harapan.

Politik pecah dan perintah nampaknya berulang lagi. Kalau dahulu penjajah Inggeris melakukan pendekatan ini, kini parti cauvinis Cina mempunyai peluang yang terbuka melakukannya kerana kelompok politik Melayu seperti PKR, PPBM dan PAN sedia diperalatkan dan mengkhianati bangsa sendiri demi kepentingan peribadi. Teras kuasa dalam Pakatan Harapan adalah DAP, parti-parti lain dalam pakatan itu tiada kuasa melainkan terpaksa akur dengan semua kehendak kepimpinan tertinggi DAP.

PAN atau Amanah adalah parti baharu serpihan daripada parti PAS bakal menentang UMNO dan PAS dalam pilihan raya umum (PRU). PAN bukan sahaja disokong dan dibiayai oleh DAP, malah banyak orang menganggap ini merupakan sayap Melayu parti DAP untuk meraih sokongan pengundi-pengundi Melayu terutama daripada PAS. Ia masih belum mempunyai jentera dan pengaruh akar umbi sekuat UMNO dan PAS. Di sinilah percaturan sebenar yang dilakukan oleh DAP supaya dominasi kuasa masih berada di tangan DAP.

Di belakang pemerintahan terdapat dasar-dasar DAP yang dilaksanakan menjurus kepada penafian pelaksanaan perkara-perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang ada kaitan dengan agama Islam dan hak keistimewaan orang Melayu. Pulau Pinang dan Selangor menjadi contoh yang nyata bagaimana hak-hak itu dicabuli dengan berleluasa. Di negeri Selangor, walaupun Menteri Besarnya seorang Melayu, namun apa sudah jadi kepada banyak tanah rizab Melayu telah hilang statusnya dan tidak diganti oleh kerajaan negeri? Begitu juga, apa sudah jadi dengan PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) yang matlamat asal untuk membantu bumiputra memiliki rumah? Apa sudah jadi, PKNS sekarang hanya membina rumah dan kondominium mewah yang tidak mampu dimiliki oleh kaum bumiputra, ia hanya mampu dilihat tetapi tidak mampu dimiliki oleh kaum itu.

Contoh yang nyata di Pulau Pinang dan Selangor ialah bagaimana pendekatan pembangunan perumahan dan bandar-bandar baharu banyak menguntungkan pihak yang mempunyai kuasa beli yang tinggi dan menguasai perniagaan.

Kebetulan yang mempunyai kuasa beli terutama di bandar ialah penyokong DAP iaitu kaum Cina. Mereka menguasai perniagaan dan pertumbuhan kawsan perumahan dan bandar-bandar atau pusat perniagaan baharu memang lebih berupaya berbanding dengan orang lain. Lalu taburan penduduk atau kesan demografi pada  jangka panjang akan menguntungkan satu pihak dan mengukuhkan pangaruh DAP.

Di Pulau Pinang orang Melayu semakin terpinggir dan di Selangor pembangunan rumah pangsa dan kondo semacam tidak terkawal dan jangka panjang menguntungkan orang politik tertentu dalam kerajaan negeri Selangor untuk mengukuhkan kedudukan politik masa depan mereka.
Apa yang sedang terjadi dalam Pakatan Harapan ini sangat jelas perencanaan strtegik DAP dengan melantik Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri. Hakikatnya dengan perlantikan itu, adakah DAP benar-benar menyenangi beliau setelah lebih 22 menjadi seteru politik? Mungkin tidak, tetapi oleh kerana satu agenda  yang lebih menguntungkan mereka , DAP terpaksa menerima beliau dengan tidak sepenuh hati untuk kepentingan jangka panjang. Matlamat utama DAP ialah untuk memenangi PRU-14 dan menguasai Putrajaya. Untuk mencapai matlamat itu, mereka memerlukan banyak undi Melayu. Oleh itu kononnya Dr. Mahathirlah yang  dijangkakan mampu untuk menarik undi orang Melayu. Selain menarik undi Melayu, strategi ini juga mereka jangkakan dapat memecahbelahkan orang Melayu khususnya UMNO untuk melemahkan parti itu.

Satu lagi sebab penerimaan DAP terhadap Dr. Mahathir akhir-akhir ini, walaupun dibenci dahulu ialah kerana keterdesakannya untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib Tun Razak serta Barisan Nasional. Ini merupakan spesifikasi pemimpin yang sesuai yang diperlukan DAP untuk melaksanakan strategi mereka ‘use Malay to screw Malay’ atau ‘guna Melayu untuk hancurkan Melayu’ sepertimana yang pernah telah didedahkan dahulu oleh seorang aktivis DAP ‘Superman’ Hew.

Orang politik dalam PKR, Amanah dan PPBM tentu boleh membaca hala tuju DAP dalam memperjuangkan ideologi politik mereka.Sebahagian pemimpin PKR yang datangnya dari ABIM dan PAN atau Amanah datangnya dari Pertubuhan Ikram sudah tahu faham pendirian DAP terhadap Islam. Tetapi mereka buat-buat tidak tahu kerana kepentingan politik mereka dilihat lebih penting dari agama dan bangsa mereka sendiri. PPBM juga tahu perjuangan DAP membawa konsep Malaysian Malaysia dan pendekatan sama rata bukannya kesaksamaan dalam politik, ekonomi dan pendidikan kerana sebahagian dari mereka adalah bekas ahli UMNO. Tetapi mereka semua juga sanggup diperhambakan atau diperalatkan oleh DAP dengan sewenang-wenangnya.

PAS menyedari hala tuju perjuangan DAP ini dan telah meninggalkan pakatan itu dan memilih jalan sendiri untuk bertanding dalam PRU-14 nanti. Walaupun Amanah mengkritik PAS berbaik dengan UMNO, namun tidak mudah PAS akan bersama UMNO melakukan kerjasama politik kerana PAS ada perhitungan sendiri dan bersedia bertanding tiga penjuru menentang Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

Inilah kemungkinan yang bakal terjadi sekiranya Pakatan Harapan cuba menguasai Putrajaya yang mana DAP dijangkakan memenangi kerusi kawasan majoriti pengundi Cina. Sedangkan PKR berada dalam krisis kepimpinan dalaman, Amanah yang mendapat kerusi yang sedikit dan bernafsu besar untuk mengalahkan PAS dan UMNO, sementara PPBM adalah parti baharu yang hanya mempunyai satu kerusi sedia ada bercita-cita berdepan dengan UMNO bagi mendapat kelebihan kerusi.

Isunya dalam PRU-14 nanti sekiranya PPBM mendapat jumlah kerusi yang kecil dan Dr. Mahathir tidak menang di kawasan yang ditandinginya senario politik akan berubah. Apa pun perubahan perubahan yang terjadi DAP tetap memainkan peranan untuk mendominasi perubahan yang terjadi.

DAP mempunyai strategi jangka panjang untuk menguasai Malaysia. Strategi di waktu ini adalah melakukan strategi pecah dan perintah. Strategi jangka panjang adalah mengiatkan lagi pembangunan yang memberi fokus membina perumahan harga tinggi atas maksud taburan penduduk yang memihak kepada kaum Cina yang mempunyai kuasa beli akan mendominasi satu kawasan dan akan menjadi kubu kuat DAP pada jangka panjang. Bagi orang Melayu dan lain-lain kaum minorit akan dipecah-pecahkan dalam beberapa konstituensi campuran seperti rumah pangsa murah agar Melayu tidak boleh berkumpul dalam jumlah yang ramai dalam satu konstituensi supaya ia tidak menjadi kubu politik mereka.

Ini lah yang berlaku di Singapura terhadap orang Melayu di bawah kerajaan PAP selepas Singapura keluar dari Malaysia pada 09 Ogos 1965, dan UMNO di Singapura terus terkubur selepas itu. Perkara yang sama sedang berlaku di Pulau Pinang di bawah kerajaan DAP. Hanya pemecahan kawasan atau konstituensi belum dilakukan sebab SPR di bawah Kerajaan Persekutuan.




No comments:

Post a Comment