Saturday, 6 January 2018

BOLEHKAH MAHATHIR DIMAAFKAN? SIRI 7 - KRISIS PERLEMBAGAAN 1988 - MELUCUTKAN KEBEBASAN BADAN KEHAKIMAN.


Krisis Perlembagaan 1988 merupakan krisis perlembagaan kedua berlaku dalam tempoh 22 tahun Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Selepas Operasi Lalang pada tahun 1987 di mana kerajaan di bawah Perdana Menteri Datuk Dr. Mahathir Mohamad telah menahan beberapa penentang politiknya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Mahkamah Tinggi telah meluluskan permohonan Habeas Corpus Karpal Singh Timbalan Pengerusi DAP untuk dibebaskan daripada tahanan ISA disebabkan masalah teknikal terhadap cara beliau ditahan.

Kase ini telah mengekecewakan Dr. Mahathir serta mengundang tindak balas beliau. Pada minggu berikutnya, beliau telah menyerahkan  beberapa usul pindaan perlembagaan kepada Parlimen untuk melucutkan kuasa badan kehakiman, dan hanya memberikan mereka kuasa kehakiman sebagaiman yang diinginkan oleh Parlimen.

Untuk menjustifikasikan kepada usul-usul pindaan tersebut, Dr. Mahathir telah mengkritik badan kehakiman dengan menyatakan :

Mahkamah-mahkamah telah memutuskan bahawa dalam penguatkuasa undang-undang, mereka terikat kepada tafsiran-tafsiran sendiri dan bukannya terhadap alasan-alasan yang menyebabkan Prlimen merumuskan undang-undang ini akhir-akhir ini, badan kehakiman telah berasa wajar untuk menyentuh perkara-perkara yang dahulu dianggap sebagai hanya dalam kuasa eksekutif”.

Bertindak balas terhadap kritikan Dr. Mahathir itu, badan kehakiman telah mendesak Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas untuk memberi respon terhadap kritikan Dr. Mahathir itu. Tun Salleh telah memutuskan agar satu mesyuarat diadakan bagi kesemua 20 orang hakim Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Dalam mesyuarat ini, mereka bersetuju untuk tidak mengumumkan sebarang jawapan terhadap segala kritikan Dr. Mahathir. Disebaliknya, mereka bersetuju untuk menulis surat kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu bagi mengemukakan ketidakpuasan hati terhadap kritikan Dr. Mahathir. Surat berkenaan ditulis sendiri oleh Tun Salleh dan dipersetujui oleh semua hakim yang hadir dengan sebulat suara. Surat itu menyatakan kekecewaan hakim-hakim terhadap “berbagai-bagai komen dan tuduhan yang telah dibuat oleh Perdana Menteri terhadap badan kehakiman”, tetapi surat tersebut tidak mendesak tindakan yang khusus untuk diambil, sebaliknya, surat tersebut hanya berakhir dengan ungkapan, “harapan bahawa kesemua tuduhan yang tidak berasas itu akan dihentikan”.

Ekoran daripada surat kepada Yang diPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu itu, oleh badan kehakiman, Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri  di bawah kuasa Perkara 125(3) Perlembagaan Persekutuan, telah menubuhkan satu Tribunal Timbang Tara untuk menghadapkan Tun Salleh Abas atas tuduhan salah laku. Tribunal Timbang Tara yang ditubuhkan dipengerusikan oleh Hakim Tun Hamid Omar.

Sebagai tindak balas terhadap Tribunal Timbang Tara berkenaan, Tun Salleh Abas mengambil tindakan guaman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mencabar perlembagaan tribunal tersebut. Ketika meneruskan tindakan guamannya, beliau telah memohon untuk mengantung sementara terhadap tribunal tersebut sehingga 4 Julai 1988. Bagaimanapun permohonan beliau ditolak.

Bagaimanapun, Mahkamah Agung yang mengandungi lima orang hakim kemudian bersidang dan memberi Tun Salleh Abas satu perintah ‘interlokutori’ untuk mencabar terhadap Tribunal Timbang Tara. Sebaik sahaja menerima printah itu, peguam-peguam Tun Salleh Abas bergegas ke Parlimen untuk mengemuka perintah tersebut kepada pengerusi tribunal tersebut Hakim Tun Hamid Omar.

Bagaimanapun usaha mereka gagal, kerana pintu besar yang menuju ke bangunan Parlimen telah dikunci dan wakil-wakil Tun Salleh Abas terpaksa memanggil polis untuk masuk ke bangunan Parlimen.

Akhirnya, perintah ‘interlokutori’ itu berjaya dikemukakan kepada pengerusi Tribunal Timbang Tara.

Tidak lama kemudian, kelima-lima hakim yang mengeluarkan perintah ‘interlokutori’ itu telah digantung jawatan mereka. Daripada lima orang hakim, tiga orang hakim telah dipecat. Pemecatan ini menyebabkan Mahkamah Agung Malaysia digantung, dan oleh itu, tuntutan terhadap pengesahan tribunal tersebut terhadap Tun Salleh Abas tidak dapat dibicarakan.

Tribunal tersebut kemudian telah memecat Tun Salleh Abas tanpa mendapat sebarang pengesahan daripada Mahkamah Agung. Disebabkan pemecatan beliau tidak berasaskan Perlembagaan Malaysia (unconstitutional) ini telah menyebabkan Majlis Peguam enggan mengiktiraf Ketua Hakim Negara yang baru.

Terkini, pada awal Januari 2018 dalam satu sidang media, Dr. Mahathir telah menafikan yang beliau memecat Tun Salleh Abas serta mengaitkan Duli Yang Maha Mulia Yang diPertuan Agong ketika itu Sultan Iskandar yang kononnya memecat Tun Salleh.

Ini adalah satu pembohongan besar Dr. Mahathir yang sanggup memfitnahkan Raja Melayu yang sudah mangkat. Ini kerana beliau tahu bahawa, “dead men tell no tale” atau orang yang sudah mati tidak boleh berkata-kata.

Sebenarnya, Dr. Mahathir adalah dalang untuk menentukan keputusan Tribunal Timbang Tara di dalam isu pememecat Tun Salleh Abas, Yang diPertuan Agong hanya memperkenankan pemecatan itu atas cadangan Tribunal Timbang Tara, yang telah dipengaruhi oleh Dr. Mahathir.

Kesimpulannya, Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 merupakan satu campurtangan pihak eksekutif (Parlimen) dalam kebebasan badan kehakiman di mana kebebasan badan itu dijamin oleh dalam Perlembagaan Malaysia.

Ketika itu, Dr. Mahathir telah mengusulkan di Parlimen agar Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk melucutkan kuasa Badan Kehakiman dan hanya memberikan kuasa kehakiman sebagaimana yang diinginkan oleh Parlimen.





No comments:

Post a Comment