Sunday 21 January 2018

“TERPULANG KEPADA ALLAH SIAPA AKAN JADI PM”, HADI BERITAHU DR MAHATHIR.


“Allah akan buat keputusan siapa yang jadi Perdana Menteri selepas PRU-14,” kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Bercakap pada satu majlis parti di sini malam semalam, beliau berkata: Kami tidak tamak untuk jadi pemimpin tetapi mahu Islam untuk memimpin, selamatkan negara, selamatkan kemanusian, kerana ini merupakan matlamat utama perjuangan kami.”
Kenyataan beliau dibuat dalam satu perhimpunan di mana kelihatan kehadiran lebih kurang 12,000 orang ahli parti yang setia untuk merasmikan jentera parti untuk PRU-14, dijangkakan selewatnya pada bulan Ogos tahun ini.
Turut hadir Mursidul Am PAS Hashim Jasin, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pesurujaya PAS Pahang, Rosli Jabar.
Beliau merujuk kepada cabaran oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM ) Tun Dr Mahathir Mohamad bertanyakan PAS untuk menyatakan pilihan untuk Perdana Menteri sebelum PRU-14, di mana harus diadakan selewatnya Ogos tahun ini.
Bekas Perdana Menteri itu sekarang memimpin satu gabungan pakatan pembangkang terdiri daripada partinya PPBM, DAP, PKR dan Amanah. PAS yang juga pembangkang memutuskan akan bertanding bersendirian, yang bermakna dijangkakan akan ada  banyak pertandingan melebihi dua penjuru pada PRU-14.

No comments:

Post a Comment