Tuesday 16 January 2018

SIAPAKAH MUSUH SEBENAR LIM GUAN ENG?

Projek terowong dasar laut di Pulau Pinang yang mencetuskan bantahan pelbagai pihak dan rakyat negeri itu antaranya kerana kos yang tidak masuk akal, akhirnya disiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Banyak perkara tidak kena dan mencurgiakan yang menjadi bualan rakyat kini mula terbongkar dengan penahanan reman dua individu bergelar Datuk. Seramai 12 individu telah memberikan keterangan dan dijangkakan lebih ramai lagi akan ditahan berhubung projek bernilai RM6.3 bilion itu.

Kami ucapkan tahniah kepada SPRM atas tindakan pantas selepas dua aduan dibuat baru-baru ini. Ia satu lagi tamparan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng selepas beliau sendiri dihadapakan di mahkamah atas dakwaan rasuah.

Panas, panas, panas….Inilah akibat jika tidak mendengar suara rakyat. Musuh utama Guan Eng bukan pihak lain tetapi keangkuhannya sendiri.

No comments:

Post a Comment