Tuesday 9 January 2018

BOLEHKAH MAHATHIR DIMAAFKAN? SIRI 10 - GUNA PETRONAS UNTUK SELAMATKAN SYARIKAT KELUARGA DAN KRONI BERMASALAH.


Dalam 22 tahun memerintah, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah kerap kali menyalah guna kuasa dengan menggunakan syarikat petrolieum utama negara PETRONAS untuk menyelamatkan syarikat-syarikat milik keluarga dan kroni-kroni yang menghadapi masaalah.

Isu ini juga telah didedahkan oleh bekas seorang wartawan Asian Wall Street Journal (AWSJ) Barry Wain, seorang warga Australia dalam bukunya :Malaysia Maverick: Mahathir Mohamad in Trurbulent Times.

Dalam bukunya, Barry Wain mendedahkan bagaimana PETRONAS telah digunakan oleh Mahathir untuk menebus keluar (bailed out) banyak syarikat kroni dan anaknya. Ini melibatkan syarikat Proton dan MV Agusta dan syarikat anaknya Konsortium Perkapalan dan Sapura-Kencana Petroleum.

Awal 1998, PETRONAS telah menebus keluar sebuah syarikat perkapalan bernama Konsortium Perkapalan yang sarat-hutang milik anak sulong Mahathir, Mirzan Mahathir dengan nilai RM226 juta dengan mengandaikan bahawa hutangnya melebihi RM 324 juta. Menurut media Far Eastern Economic Review menyatakan hutang Konsortium Perkapalan ialah RM 1.6 bilion.

Pada awal November 2012, Petronas Carigali Sdn. Bhd. Melaporkan telah menganugerah kontrak bernilai RM700 juta kepada Sapura-Kencana Petroleum Bhd. Syarikat ini merupakan anak syarikat milik penuh Mokhzani anak lelaki Mahathir. Mokhzani merupakan Naib Pengerusi Sapura-Kencana Petroleum Bhd.

Mengenai perkara yang sama, dalam satu sidang media, Mahathir telah ditanya oleh seorang wartawan media sama ada konflik kepentingan dalam penanugerahan kontrak kepada Sapura-Kencana Petroleum Bhd.

Mahathir telah menjawab dengan nada yang menyidir, “Ya, sudah tentu, beliau (anaknya Mokhzani) telah diberi kontrak sebab saya menyuruh PETRONAS. Tolong letak dalam akhbar anda. Saya mempunyai kedudukan untuk menentukan ke atas segala-galanya. Saya memberitahu mereka, tolong beri anak asaya dan bukan sesiapa lagi. Itulah apa yang telah saya lakukan sepanjang masa. Semasa saya menjadi Perdana Menteri, segala-galanya telah diberi kepada anak saya,” itu sindiran Mahathir.

Tentang isu Proton dan MV Agusta, Mahathir telah dilantik sebagai penasihat Proton pada 2003. Sejak 1999, MV Agusta sebuah syarikat pengeluar yang sarat dengan hutang telah dibeli oleh Proton pada Disember 2004 pada nilai €70 juta. Bagaimanapun, pengurusan Proton membuat keputusan untuk menjual sebahagian saham pada Disember 2005 kepada GEVI SpA, sebuah syarikat kewangan berpengkalan di Genoa yang ada kaitan dengan Carige. Saham yang dijual hanya sebagai tanda syarat (token) €1 seunit saham.

Semasa proses rundingan jualan, banyak rakyat Malaysia menyuarakan tentangan terhadap urusan tersebut, namun semuanya tidak dihiraukan oleh Proton. Akhirnya, urusan jualan tersebut telah mengakibatkan pembayar cukai Malaysia menghadapi jumlah kerugian €138.4 juta (RM 1.92 bilion), termasuk aset milik MV Agusta.

Asas yang menyebabkan masyarakat perasuah di Malaysia bermula ketika era Tun Mahathir yang menebus keluar (bailed out) syarikat kroni, syarikat penama (trustee) dan syarikat keluarga. Pada Perhimpunan Agung UMNO 1998, penyokong utama Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (Timbalan Perdana Menteri sekarang) telah mengkritik kerajaan Tun Dr. Mahathir dengan hebatnya kerana mengalakkan rasuah, kronisme dan nepotisme. Beliau telah ditahan di bawah ISA kerana kritikannya itu, tetapi tidak lama.

Menurut buku “Malaysian Maverick”, era Tun Dr. Mahathir melibatkan kos RM100 bilion wang pembayar cukai Malaysia. Ini termasuk menyalahguna rizab Bank Negara Malaysia dalam skandal spekulasi pertukaran mata wang asing dan menyalahguna saham khas bumiputra yang diperuntukkan kepada KWSP untuk menampung kerugian spekulasi harga bijih timah di bawah arahan Tun Mahathir. Kos ini juga melibatkan skandal Bumiputra Malaysian Finance (BMF) dan skandal Perwaja Steel.

No comments:

Post a Comment