Berita yang amat lucu yang kami baca kelmarin ialah daripada Presiden Warisan Shafie Apdal menyeru rakyat Sabah untuk memaafkan Dr Mahathir Mohamad apabila beliau mendakwa yang Mahathir mempunyai pengetahuan dari sudut ekonomi bagaimana untuk “Menyelamatkan Malaysia”, berdasarkan tindakan beliau pada tahun 1998.
Menolak tepi fakta yang ekonomi kita begitu memberangsagkan ketika ini, dengan Bank Dunia menyatakan pertumbuhan ekonomi kita daripada kedudukan mengukuh dan kita merupakan ekonomi yang terpantas pertumbuhannya di kalangan negara-negara membagun dan akan mencapai taraf negara pendapatan-tinggi dalam jangka masa singkat tempoh tiga tahun, dengan itu kami merumuskan bahawa sama ada Shafie buta ekonomi atau pun beliau seorang pembohong tegar demi untuk membodek atau mengampu Mahathir.
Pada 1998 krisis ekonomi yang melanda Malaysia hanyalah merupakan selsema ekonomi Asia yang melanda beberapa negara sahaja.
Sekiranya Mahathir begitu bagus, pertamanya kita tidak perlu diselamatkan pada 1998, ini kerana ia sudah berlaku baru gelabah hendak menyelamatkan diri.. .
Kita juga lupakan fakta yang beberapa negara yang sama terkesan dengan kita pada krisis 1998 juga pulih serentak bersama kita, melainkan beberapa negara seperti Korea Selatan yang tidak begitu terkesan sebab sebelum itu mereka telah mengimplementasikan satu pembaharuan yang perlu di mana Mahathir tidak mahu melakukannya.
Apabila Najib Razak menjadi Perdana Menteri pada 2009 (beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan beberapa bulan sebelum itu), dunia dilanda kemerosotan ekonomi yang lebih teruk — di mana pakar ekonomi mengatakan ia merupakan satu kemerosotan ekonomi dunia yang lebih teruk sejak kemelesetan ekonomi pada 1930.
Peristiwa krisis ekonomi 1998 tidak seteruk berbanding kemerosotan ekonomi dunia pada 2009 — tetapi rakyat Malaysians tidak merasainya begitu teruk. Mengapkah demikian ?
Walaupun Malaysia mengalami kemerosotan pada awal 2009, tetapi kerana pakage rangsangan yang dilaksanakan oleh Najib, kita dengan cepatnya dipulihkan dan sekarang menikmati sembilan tahun pertumbuhan yang berterusan.
Ironinya bahawa Najib juga telah dipersalahkan atas hutang kerajaan disebabkan oleh pakage rangsangan itu. Pada dasarnya, ada sebahagian rakyat Malaysia yang menyalahkan Najib kerana menyelamatkan Malaysia ketika itu !!
Tidak seperti Mahathir, pada 2009, Najib tidak perlu menambatkan mata wang kita, tidak perlu mewujudkan Danaharta dan Danamodal untuk menjamin keluar perbankan kita, tiada daripada konglomerat kita jatuh muflis dan pasaran saham tidak meredum hingga 80%.
2014: Bila harga komoditi jatuh.
Najib sekali lagi diuji pada 2014 apabila harga pasaran kommoditi dunia runtuh. Ini telah memberi kesan kepada eksport utama — minyak dan minyak kelapa sawit.
Terakhir Malaysia diuji dengan keadaan itu apabila harga kommoditi jatuh pada 1985 di bawah Mahathir. Negara kita dengan cepat mengalami kemerosotan yang serious sekali lagi .
Tidak seperti pada 1985, disebabkan dasar yang cermat, termasuk langkah perlu tetapi banyak dipolitikkan seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), dilaksanakan oleh Najib, Malaysia tidak mengalami kemerosotan, seperti lain negara pengeksport-kommoditi utama seperti Brazil, Arab Saudi, Brunei, Bahrain dan banyak lagi.
Bukan sahaja kita tidak mengalami sebarang pertumbuhan satu suku tahun yang negatif tetapi ia pulih dengan cepatnya dan sekarang sudah mencapai lima penggal pertumbuhan ekonomi.
Sekali lagi, kita tidak pernah menambat mata wang kita, tidak perlu mewujudkan Danaharta dan Danamodal untuk menjamin keluar perbankan kita, tiada satupun konglomerat tempatan kita jatuh muflis dan pasaran saham kita tidak menjunam sehingga 80%.
Di atas sebaliknya, selain daripada fokus atas merangsang ekonomi domestik, menggunakan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan langkah yang lain, bukan sahaja Najib membuat keputusan tidak menambat mata wang ringgit tetapi beliau juga mengikhtiraf bahawa ringgit yang lemah akan menggalak eksport, pelancungan dan pertumbuhan dalam industri pembuatan — justeru itu fokus ini dibuat dalam belanjawan tahun 2015 dan 2016..
Ia merupakan contoh yang klasik membuat air lemonade apabila diberi buah lemon.
Kesannya terbukti dengan sendirinya memandankan eksport kita, sektor pelancungan dan sektor pembuatan mengalami pertumbuhan, ekonomi domestik terus kukuh, sementara pasaran saham dan pasaran mata wang telah pulih serta mengukuh..
Maaf kami kata di sini, dalam usaha beliau untuk memperbodohkan rakyat Sabah untuk menerima Mahathir, meskipun Mahathir telah bertanggungjawab dalam Projek IC bagi pendatang haram dan tidak ambil peduli tentang rakyat Sabah dan Sarawak selama 22 tahun memerintah, Shafie Apdal telah menunjukkan yang beliau tidak tahu apa yang beliau perkatakan terutama apabila ia berkaiatan dengan ekonomi.
No comments:
Post a Comment