Sunday 7 January 2018

BOLEHKAH MAHATHIR DIMAAFKAN? SIRI 9 - SKANDAL PERWAJA STEEL.



Skandal Perwaja Steel merupakan salah satu skandal-skandal yang berlaku semasa 22 tahun pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ia berlaku setahun sebelum Dr. Mahathir meletakkan jawatan iaitu pada 2002.

Skandal ini merupakan salah satu skandal-skandal Dr. Mahathir yang didedahkan oleh Barry Wain dalam bukunya,’ Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’.

Dalam merumuskan Skandal Perwaja Steel, Barry Wain telah menyatakan bahawa Perwaja Steel semacam tidak lebih daripada contoh yang jelas tentang pemikiran politik, dagangan yang boleh dipersoalkan dan pelaksanaan kegiatan perdagangan yang lemah yang diramalkan akan gagal. Meskipun pembiayaan yang mewah, kekukuhan ekonomi sebilang masa dan perlindungan daripada saingan impot dalam bentuk tariff dan kuota, syarikat tidak pernah berkeupayaan mendapat keuntungan daripada besi waja yang dikeluarkan. Mereka mengalami masalah operasi yang teruk dan beban hutang yang boleh menghancurkan, termasuk kerugian pertukaran asing ke atas hutang yang banyak daripada seberang laut. Walaupun setelah kerajaan memutuskan untuk menyerap kerugian terkumpul berjumlah RM9.9 bilion dan menswastakan Perwaja Steel dalam 1996, ia terus terkial-kial untuk beroperasi dengan cekap dan licin.

Sehingga sekarang terdapat lebih banyak rupa yang jahat kepada Perwaja Steel yang menjamin tempat yang mulia di dalam skandal kewangan di Malaysia. Sejumlah bahagian yang tidak diketahui daripada RM15 bilion atau lebih yang digunakan syarikat telah diragut oleh beberapa kegiatan haram dan penipuan. Walaupun kedua-dua laporan dalaman dan luaran mengesahkan yang syarikat telah berdarah putih, namun tiada sebarang tindakan diambil untuk mengheret pesalah ke muka pengadilan dan mengembalikan dana yang hilang.

Perwaja Steel bermula dalam tahun 1982 sebagai syarikat usahasama di antara syarikat milik kerajaan Heavy Industries Corporation dan syarikat Jepun, Nipon Steel Corporation. Ini sepatutnya sebagai projek ‘showcase’ Mahathir untuk negara ini menuju ke era perindustrian. Sebuah loji bernilai RM 1 bilion telah didirikan di Trengganu untuk membekalkan produk besi waja untuk keperluan tempatan.

Bagaimanapun, Perwaja Steel menemui masalah pengeluaran dan dibebani dengan hutang yang banyak. Memandangkan pinjaman syarikat dalam yen Jepun, yang mana nyata sekali meningkat (appreciated) ketika itu, pembayaran faedah semakin tinggi. Pada tahun 1987 Nippon Steel keluar daripada projek tersebut. Kemudian Mahathir membawa masuk rakannya Eric Chia pada tahun 1998 untuk menguruskan Perwaja Steel dan memulihkannya kembali. Beliau telah diberi kuasa penuh untuk berbuat apa yang patut untuk mengembalikan operasi Perwaja Steel kepada sediakala dan melaporkan terus kepada Mahathir.

Tambahan RM2 bilion telah diperuntukkan kepada Perwaja Steel dengan pembiayaan kerajaan dan pinjaman daripada Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB) amaun RM860 juta dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) amaun RM130 juta. Kemudahan baru telah didirikan di Trengganau dan di Kedah. Eric Chia mengurus Perwaja Steel selama tujuh tahun.

Pada mulanya, beliau kelihatan telah berjaya memulihkan Perwaja Steel, tetapi setelah beliau meletakkan jawatan dengan mengejut, adalah jelas bukan apa yang dilihat. Jumlah kerugian Perwaja Steel telah meningkat kepada RM2.49 bilion daripada RM1 bilion apabila Eric Chia mengambil alih, Perwaja Steel telah lumpuh oleh tambahan hutang berjumlah RM5.7 bilion.

Pengurusan baru Perwaja Steel telah menyediakan satu laporan dalaman di mana ia mendakwa perkara berikut, antara lain:

Rekod perakaunan yang tidak tepat.
Kontrak tanpa kebenaran bernilai ratusan juta ringgit.
Dakwaan salah guna dana.
Kontrak penyelenggaraan yang meragukan bernilai RM292 juta (termasuk satu kontrak bernilai RM200,000 sebulan kepada sebuah syarikat untuk penjagaan lanskap, pembersihan dan penyelenggaraan kenderaan).
Pemberian kontrak bernilai RM957 juta kepada syarikat skutu lama Eric Chia.

Pada 1999, Anwar Ibrahim telah membuat satu laporan polis yang menyatakan, “Eric Chia pada hakikatnya berulang-ulang mendakwa yang tindakan beliau telah mendapat sokongan dan di bawah arahan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad. Dan perkara ini telah dibutikan selanjutnya oleh pengesahan surat yang ditulis oleh Perdana Menteri sendiri. Dr. Mahathir telah memberi mandat kepada beliau, keputusan Lembaga Pengarah Syarikat telah diketepikan, prosedur tender telah secara jelas diabaikan dan terdapat pembayaran yang meragukan dan ‘tidak memuaskan’ dibuat kepada beberapa pihak”.

Setelah beberapa tahun tiada tindakan oleh sama ada SPRM atau PDRM, Eric Chia akhirnya telah didakwa atas ‘secara curang’ meluluskan pembayaran amaun RM76 juta pada tahun 2004. Ini berlaku setelah Dr. Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan diambil alih Tun Abdullah Ahmad Badawi. Akhirnya Eric Chia dibebaskan oleh mahkamah pada tahun 2007.


No comments:

Post a Comment