Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, tindakan Tun Mahathir mempertikaikan sistem pilihan raya bukanlah sesuatu yang dianggap luar biasa tetapi adalah sesuatu yang aneh kerana sistem yang diguna pakai oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari ini adalah sistem yang sama telah mengangkat Tun sebagai perdana menteri selama 22 tahun.
Malah jelas beliau, sistem hari ini telah diperkukuhkan menjadi lebih ‘trasparent’ dan telus dari dulu sehinggakan peluang untuk menipu boleh dikatakan tiada.
“Jadi bagaimana dia boleh kata pilihan raya ini kononnya tidak adil.
“Soalnya kenapa 22 tahun dia tidak komplen sistem pada masa itu dan sistem yang sama yang kita amalkan sampai hari ini malah lebih baik dari dulu,” ujar beliau ketika ditanya wartawan dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn di sini, hari ini.
Mengenai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pula, beliau mempersoalkan bagaimana parti itu mengadakan mesyuarat agungnya sedangkan tiada mesyuarat diadakan baik di peringkat cawangan mahu pun bahagian.
Pada masa yang sama, ketika ditanya apa yang tunggu untuk bubarkan parlimen sedangkan ekonomi dan suasana politik berada dalam keadaan baik, beliau menjawab secara berseloroh, “tunggu ilham”.
No comments:
Post a Comment