Pelaku salah, pencuri, perogol, pembunuh apabila mereka ditangkap, akan diadili. Dan sekiranya didapati bersalah, maka pesalah bakal menjalani hukuman dalam penjara.
Di sana mereka akan mendalami ilmu agama dan akan sedar serta menginsafi diri. Akhirnya kembali menjadi orang yang berguna kepada masyarakat sekiranya mereka cepat menyesuaikan diri.
Kebiasaannya mereka ini akan memaafkan sesiapa sahaja yang telah menjatuhkan hukuman dan menyumbat mereka ke dalam penjara. Kerana itulah ‘hadiah’ terbaik kepada mereka untuk memperbaiki kesilapan diri dan pulang kembli ke pangkal jalan.
Namun disebaliknya, sekiranya pelaku yang disumbat ke dalam penjara kerana dianiaya dan bukannya disebabkan betul-betul melakukan kesalahan, kemungkinan besar mereka tidak akan memaafkan kerana penganiayaan itu telah mengheret keturunan mereka turut sama dihina.
Satu sahaja perkara yang boleh diterima akal berkenaan isu Datuk Seri Anwar Ibrahim memaafkan Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah kerana Anwar telah insaf dan berterima kasih kepada Dr. Mahathir kerana memenjarakan beliau atas kesalahan yang telah beliau betul-betul lakukan dan bukannya konspirasi sebagaimana yang beliau dakwa sebelum ini.
‘Reformasi’ adalah laungan untuk membela seorang pemimpn yang telah dianiaya yang juga merupakan pemimpin yang dijunjung dan diagungkan oleh lebih puluhan ribu orang kira-kira 20 tahun dahulu. Kita dapat lihat ketika perhimpunan di Masjid Negara serta di segenap atas jalan raya, penyokong-penyokong yang membela Anwar kerana teraniaya oleh diktator ini. Saban hari dan minggu di Dataran Merdeka pastinya akan ada demonstrasi haram. Ada yang ditangkap dan bermandi air pedih water cannon dan ‘menikmati’ rasa gas pemedih mata.
Ini semua perlu dijelaskan kepada pendukung reformasi. Cerita dongeng yang Anwar hebahkan kepada mereka bahawa konspirasi menjatuhkannya adalah tidak benar. Ini bermakna segala pertuduhan yang disabitkan terhadap Anwar ketika itu adalah benar belaka.
Hanya atas dasar inilah, Anwar telah memaafkan Dr. Mahathir kerana diktator tua itulah yang telah menginsafkan Anwar selayaknya.
Kepada pendukung gerakan reformasi, hakikatnya perjuangan anda sudah dirompak oleh Anwar dan keluarganya. Niat suci murni perjuangan anda ketika itu memperjuangkan keadilan dan mendapat pahala mempertahankan orang yang dianiaya telah dikencing atau ditipu oleh Anwar dan keluarganya.
Sekarang ini mana dia laungan suara Dr. Wan Azizah, Azmin Ali, Nur Izah, Tian Chua, Shamsul Iskandar dan lain-lain pemimpin PKR untuk mendakwa serta memenjarakan Dr.Mahathir sekiranya pembangkang memerintah. Malah disebalik Dr. Mahathir dipenjarakan mereka telah mengangkat beliau untuk menjadi Perdana Menteri kitar semula.
Perjuangan reformasi sudah terkubur serta tidak relavan dan sudah tidak ada lagi yang perlu diperjuangkan. Diktator tua yang didakwa berdosa terhadap Anwar selama ini kini sedang dijulang sebagai wira kepada Anwar dan keluarganya.
Anwar kononnya telah mendapat keinsafan kerana Dr. Mahathir, sebaliknya anda sebagai pendukung gerakan reformasi pula didapati berdosa kepada rakyat Malaysia dan anggota keselamatan negara.
Negara ketika itu dihina bukan sahaja oleh kamu, malahan masyarakat antrabangsa yang terpengaruh oleh gerakan reformasi yang dicetuskan oleh Anwar.
Pembangunan negara terganggu dek gerakan reformasi. Rakyat ketakutan dan tidak yakin serta malu mengakui diri sebagai rakyat Malaysia dek kerana laungan reformasi pimpinan Anwar yang kononya mangsa ketidakadilan seorang diktator tua.
Berdosanya gerakan reformasi kepada rakyat Malaysia tidak boleh diampunkan selagi mereka tidak kembali kepada memperbetulkan keadaan dan segala apa yang pelbagai pihak telah hina kepada negara yang berdaulat ini.
No comments:
Post a Comment