Membaca senarai teras 13 perkara reformasi yang dicadangkan oleh Pakatan Harapan hari ini adalah seperti membaca salinan deklarasi sebelumnya yang dibuat sejak 20 tahun lepas sejak 1998.
Reformasi teras 13 perkara itu adalah antara pengumuman yang dibuat hari ini yang akan dilaksanakan dengan segera jika gabungan itu memenangi pilihan raya umum akan datang yang dijangka diadakan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Sebagai contoh, perkara mengenai reformasi Parlimen dan menjadikannya sebuah institusi bebas telah diulang-ulang selama lebih 20 tahun.
Sistem Parlimen Malaysia berfungsi seperti sistem Westminster British yang menyaksikan anggota parlimen mengundi mengikut parti dan tidak seperti Senat/Kongres di Amerika Syarikat apabila anggota Senat/Kongres mengundi bukan berdasarkan parti.
Jadi, bagaimana Pakatan Harapan hendak memenuhi janji ini sedangkan mereka memecat anggota parti sendiri yang contohnya, mengundi menyokong rang undang-undang kerajaan?
Yang anehnya ialah dahulu, agenda reformasi 13 perkara ini adalah sebab yang diberikan oleh pembangkang tentang mengapa bekas Perdana Menteri itu Tun Dr Mahathir Mohamad harus disingkirkan dan diganti. Tetapi sekarang agenda reformasi yang sama digunakan untuk menjulang Mahathir. Atau mungkin mereka tidak perasan bahawa orang yang mereka ingin julang sekarang adalah orang yang sama yang mereka ingin singkirkan dahulu menggunakan agenda reformasi 13 perkara yang sama.
Dahulu kata mereka,“Kita perlu menyingkirkan Mahathir, supaya reformasi dapat dilaksanakan, dan selagi Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri, Malaysia tidak akan “melihat” reformasi.
Hari ini mereka memberitahu kita bahawa Mahathir mengetuai agenda reformasi ini. Dan bersetuju untuk menjadikan Mahathir Perdana Menteri mereka, kononnya untuk membantu memperjuangkan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara, sedangkan Anwar dipenjarakan pada 1998 disebabkan Mahathir, ini adalah situasi yang sangat mengelirukan.
Pakatan Harapan hari ini mengumumkan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri dan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Timbalan Perdana Menteri jika pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRK-14).
No comments:
Post a Comment