Thursday, 18 January 2018

MENGAPA PAKATAN HARAPAN AKAN KEHILANG BANYAK PENGUNDI ATAU PENYOKONG?

Buku awal Imon Sinek memberitahu kita untuk selalu bermula bertanya ‘mengapa’. Perkataan ‘mengapa terhadap sesuatu adalah apa yang mendorong sesaorang melemparkan keghairahan terhadap kerja dan tindakanya. Beliau menggunakan ini untuk menerangkan bagaimana Syarikat Apple mampu menarik pelanggan mereka.
Sama juga, sekiranya anda baca buku Naomi Klein berkaitan dengan perbadanan atau korporation, dia memberitahu kita yang produk seperti peralatan jenama Apple bukan sahaja memasarkan peralatan elektronik yang dikeluarkan, malah mereka menjual jenamanya (brand).  
Dengan dua konsep ini, bolehlah kita hubung kaitkan dengan Pakatan Harapan. Oleh itu mengapa seorang mengundi untuk Pakatan Harapan?
Baiklah, mungkin sebab mereka berhasrat untuk mengurangkan rasuah, menamatkan kleptokrasi, menyelamatkan negara, menentukan kesamarataan mungkin agaknya untuk semua, dan malah memandang ke arah memperbetulkan apa yang salah dalam negara ini seperti bagaimana Premier League tidak disiarkan di telivisyen.
Secara peribadinya, malah kami tidak tahu yang ia merupakan satu perkara kesalahan memandangkan kami tidak menonton bolasepak. Sama ada telah dibutakan oleh fakta itu, atau satu godaan untuk menonton bolasepak percuma semata-mata untuk lari daripada kenyataan atau eskapisme, tetapi mari kita kembali ke tajuk yang sedang dibincangkan.
Jenama Pakatan Harapan telah selalu menyatakan hak mereka menangani ketidakadilan berganda dalam negara ini, atau menggunakan budaya-pop Star Wars, untuk membawa keseimbang kuasa. Malangnya, cerita mereka menjadi rumit dengan melantik Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadi calon sedang menunggu Perdana Menteri Pakatan Harapan.
Dan sebab itulah mengapa minggu lepas penyokong dan ahli politik Pakatan Harapan yang luar daripada kebiasaan menghujani media dengan surat menyuarakan sokongan mereka terhadap Mahathir dan bagaimana tidak ada calon yang lebih baik untuk memenangi undi Melayu.
Mari kita berterus terang – Pakatan Harapan memerlukan Mahathir “hanyauntuk memperolehi undi Melayu. Dan untuk itu, mereka telah korbankan perkataan ‘mengapa’ mereka – untuk mengurangkan rasuah, menamatkan kleptokrasi, menentukan kesamarataan dan membetulkan kesalahan dalam negara ini – untuk peluang memenangi undi Melayu yang mencukupi hanya untuk mendapatkan kerusi kuasa.
Dan sebab itulah mengapa kami biasa melawak bahawa apabila Mahathir bercakap tentang semua tajuk ini, malah di perhimpunan anti-kleptokrasi – pernahkah sesiapa kisah untuk membawa cermin untuk memberi Mahathir beberapa petunjuk tentang keseluruhan keadaan terhadap dirinya?
Selanjutnya, anda akan lihat yang penyokong Pakatan Harapan – mereka yang mengutuk Mahathir sebagai “Mahafiraun” atau malah “Mahazalim”, telah sekarang keluar untuk membetulkan cerita seorang diktator tua yang jahat saingan Robert Mugabe yang mana mereka telah kutuk untuk satu dekad.
Dan ia tidak menunjukkan kesan. Disebaliknya , Rakyat Malaysia penyokong tegar Pakatan Harapan sekarang melihat terhadap aktivis pro-pembangkang dalam kekeliruan.
Satu contoh tentangnya ialah Hishamuddin Rais, siapa pada jangka masa yang panjang mengutuk Mahathir sebagai penyebab utama masalah Malaysia. Dan namun kini, di satu forum minggu lepas, beliau secara terbuka mengaku semua yang lalu telah diketepikan sebab beliau mahu hapuskan UMNO, bukannya Mahathir.
Dan hingga kini, beliau yang mengakui sebagai individu NGO, dalam perkataannya sendiri pada 2006, menyiarkan di Central Market The Rice Cooker Shop, tulisan yang bertajuk, Mahathir dan Labu-Labinya. Di dalamnya Hisham mengaku yang beliau akan sesungguhnya mempercayai Ibrahim Ali daripada Mahathir”, dan bagaimana beliau amat  berseronok tentang fakta yang Mahathir telah ditinggalkan oleh penyokong-penyokongnya.
Begitu juga, seperti Mariam Mokhtar menulis dengan bertanyakan siapa sekirnya bukan Mahathir. Pembaca tulisannya hanya keliru, sebab ini bertentangan dengan segala yang beliau pertahankan sebagaimana dalam lporan beliau dalam ruangan  Malaysiakini pada 2013 bertajuk “Apa lagi Mahathir mahu?”.
Dalam perkataannya sendiri: “Sehingga kita dapat menukar kerajaan, hanya seorang sahaja yang boleh menghalang Mahathir yang telah memberi kesan kerosakan yang teruk terhadap negara iaitu Najib Abdul Razak – tetapi beliau sama ada tidak mahu atau tidak boleh membawa dirinya melaksanakan tugas yang murni ini. Ini adalah kerana penguasaan Mahathir terhadap Najib ketika itu.
Dan lagi , sekarang beliau menyokong Mahathir habis-habisan sebab beliau mahukan pertukran kerajaan, walaupun sekiranya dengan orang yang tidak kisah langsung terhadap rakyat tetapi hanya kerana untuk menentukan kesinambungan pewarisnya, melalui anaknya, Mukhriz.
Ini masalah Pakatan Harapan dan mengapa mereka kehilangan pengundi lebih daripada memperolehinya. Terutamanya, ini sebab orang Melayu tidak mengundi personaliti, mereka mengundi jenama – kita telah melihat ini dengan Semangat 46 malah dengan sokongan Tun Hussein Onn dan Tunku Abdul Rahman terus juga terkubur, kita juga melihat ini dengan Datuk Onn Jaafar dan Parti Negaranya sudah lama tidak wujud. Oleh itu Pakatan Harapan diminta untuk bertaruh sekiranya ini dibuktikan tidak benar.
Kedua, masalah mereka ialah mereka mempunyai sifat yang jijik dalam jenama mereka, perkataan ‘mengapa’ mereka telah mengakui individu yang mereka dakwa yang telah menyebabkan pelbagai masalah. Mereka menggunakan Mahathir sebagai kambing hitam mereka dahulu dan sekarang mereka memuja dan menyanjungi Mahathir.
Seorang ahli falsafah Perancis Jacques Ellul menulis bahawa setelah propaganda telah diperjelaskan , kekeliruan akan berlaku akibatnya apabila anda cuba untuk menukar ceritanya. Ini merumuskan masalah yang sedang dihadapi oleh Pakatan Harapan. Setelah 10 tahun menjual atau melaungkan mesej yang sama, mereka sekarang terpaksa memasarkan sesuatu benda yang telah berpusing 180 darjah dalam tempoh kurang dua bulan.
Dan kekeliruan itu, hipokrasi oleh penyokong mereka, sikap double standard terhadap kelayakkan orang yang mereka cuba  jatuhkan , akan menewaskan Paktan Harapan dalam Pilihan Raya Umum akan datang.


No comments:

Post a Comment