DAP dijangkakan akan tetap memenangi jumlah kerusi yang lebih banyak berbanding parti pembangkang yang lain pada PRU ke 14 akan datang, biarpun parti tersebut diberikan jumlah kerusi yang lebih rendah berbanding parti baru seperti PPBM.
Situasi ini sama seperti PRU13 di mana mereka diberi jumlah kerusi yang terendah untuk bertanding, tetapi akhirnya parti tersebut memenangi jumlah kerusi yang terbanyak berbanding PKR dan PAS.
Sebenarnya formula 52(PPBM)-51(PKR)-35(DAP)-27(PAN) yang diumumkan oleh Pakatan Harapan hanyalah muslihat DAP untuk menipu rakyat Malaysia terutama orang Melayu bagi membina persepsi bahawa parti PPBM sebuah parti Melayu yang dominan di dalam Pakatan Harapan untuk menarik pengundi-pengundi Melayu. Ini kerana DAP yakin hanya dengan undi Melayu sebagai kaum majoriti di negara ini Pakatan Harapan mampu memenangi PRU ke-14 akan datang.
Memandangkan jumlah pengagihan kerusi yang diumumkan oleh Pakatan Harapan hanyalah sebanyak 165 kerusi (dari 222 kerusi parlimen),ia tidak termasuk kerusi-kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak.
Ingin kami tegaskan bahawa tanggungjawab Perdana Menteri bukanlah hanya untuk semenanjung Malaysia tetapi meliputi seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.
Kami kira, Pakatan Harapan sepatutnya mesti berlaku jujur untuk memberi formula pembahagian yang telus meliputi kesemua 222 kerusi parlimen dan bukan hanya untuk 165 kerusi di semenanjung Malaysia sahaja, di mana ada lagi 57 kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak.
Kami melihat, apa yang berlaku ini adalah sama seperti yang terjadi ketika PRU13, di mana DAP telah bertarung sekurang-kurangnya 20 hingga 30 kerusi lagi di Sabah dan Sarawak dan ini tidak termasuk kerusi-kerusi yang juga akan diberi kepada anak tajaan mereka, PAN yang juga bertanding di Sabah dan Sarawak.
Biarpun PPBM diberikan jumlah kerusi yang mengatasi parti lain di dalam Pakatan Harapan, namun harus diingat bahawa PPBM tiada cawangan di Sabah dan Sarawak dan sudah pasti tidak akan bertanding di sana.
Justeru itu kami berpendapat, jumlah kerusi ditanding tidak penting. Yang penting ialah jumlah yang dimenang. Sebagai contoh di dalam PRU13, PAS telah diberikan 99 kerusi yang jauh lebih banyak dari jumlah 51 kerusi yang ditanding oleh DAP.
Tetapi akhirnya DAP tetap menjadi kuasa terbesar dalam Pakatan Rakyat ketika itu dengan 38 kerusi berbanding hanya 30 yang dimenang oleh PAS daripada 99 kerusi.
Dan seperti mana PRU13 dulu, DAP mengambil langkah bijak kerana mereka hanya bertarung di kawasan majoriti Cina di mana kebarangkalian mereka untuk menang adalah jauh lebih besar berbanding PPBM dan lain-lain parti pembangkang.
Bagi meranapkan penguasaan UMNO yang merupakan parti tonggak BN, PPBM diramalkan ‘ditugaskan’ untuk bertanding di 46 kerusi milik UMNO (kerusi majoriti Mealyu), tiga kerusi milik PAS (kerusi majoriti Melayu), manakala masing-masing satu kerusi dikuasai MIC, MCA dan Gerakan (kawasan campuran), yang menjadi jumlah keseluruhan 52 kerusi.
Bagaimanapun impian PPBM untuk menang lebih banyak kerusi berbanding DAP mungkin tidak kesampaian jika berpandukan jumlah undi majoriti dan personaliti calon UMNO yang menang dalam PRU-13 di kerusi-kerusi tersebut.
Kalau dicongak-congak dan jika tidak berlaku sebarang perpecahan dalam kalangan pengundi BN, khususnya orang Melayu, PPBM mungkin memenangi tidak sampai 10 kerusi.
PAN pula biarpun dibenarkan untuk ‘mempertahankan’ lima kerusi yang dimenangi atas tiket PAS, tetapi mereka dianggap parti paling rugi dalam percaturan pembahagian kerusi tersebut.
Ini memandangkan PAN dipertanggungjawabkan di kerusi-kerusi yang dianggap kubu kuat UMNO dan PAS.
Kalau berdasarkan undi majoriti dalam pilihan raya umum lalu dan jika ‘trend’ pengundian tidak berubah, PAN mungkin akan mencatatkan kemenangan paling sedikit berbanding parti-parti lain dalam pakatan tersebut.
Biarpun tiada pengumuman rasmi dibuat oleh Pakatan Harapan berhubung kawasan yang terlibat dalam pembahagian kerusi tersebut seperti mana tular di media-media sosial, tetapi secara logik akalnya tidak mungkin DAP mahupun PKR akan mengorbankan kawasan selamat mereka untuk diserahkan kepada parti serpihan seperti PPBM dan PAN.
Apatah lagi, DAP sudah tentu tidak membenarkan mana-mana parti lain lebih dominan daripadanya biarpun mereka tidak meletakkan calon untuk menjadi Perdana Menteri mahupun Timbalan Perdana Menteri.
Selain itu, DAP juga mungkin sudah mengetahui sejauh manakah kekuatan PPBM dan PAn untuk menumpaskan UMNO dan PAS.
Justeru hitugan politik yang digunakan bukannya bertanding di banyak kerusi, tetapi berapa banyak yang boleh dimenangi. Kesudahannya yang tetap akan untung ialah DAP.
No comments:
Post a Comment