Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi nampaknya mengadaikan prinsip apabila mengharapkan kuasa asing untuk memenuhi hasratnya kembali menjadi Perdana Menteri, walaupun sebelum ini beliau sendiri sangat anti kepada campur tangan asing dalam pentadbiran negara. Sesungguhnya memang benar beliau seorang ‘Melayu yang mudah lupa’, mungkin kenanyukan beliau kerana faktor usia. Itupun masih bersemangat untuk jadi Perdana Menteri sekali lagi.
Calon Perdana Menteri ‘sementara’ Pakatan Harapan itu dilaporkan mengadakan pertemuan dengan 16 duta negara Kesatuan Eropah (EU) hari itu yang seterusnya mengundang pelbagai spekulasi.
Bagaimanapun, perkembangan itu bukan sesuatu yang mengejutkan kerana sejak menamakannya sebagai calon Perdana Menteri, Pakatan Harapan dilihat semakin dipinggirkan oleh akar umbi mereka terutama DAP. Ia juga dilihat semakin malap dan mula dilanda krisis keyakinan dari dalam di kalangan rakyat negara ini atau di luar negara.
Pertemuan itu seolah-olah menunjukkan yang Dr. Mahathir sangat terdesak bagi membuktikan kepada masyarakat luar bahawa Pakatan Harapan adalah satu gabungan yang serius, boleh diharap dan bukannya pakatan wayang yang gemar bersandiwara.
Berdasarkan bukti gambar yang tular di media sosial, pertemuan dengan duta-duta itu didapati tidak disertai pemimpin kanan seperti Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Seri Mohamaed Azmin Ali, Tony Pua, Lim Guan Eng, Nurul Izzah Anwar dan ramai lagi, sekali gus membangkitkan persoalan apakah mereka masih sebulu dan yakin dengan Dr. Mahathir.
Pertemuan dengan duta-duta EU itu mungkin menjadi satu lagi wayang dan medan buat pembangkang untuk meraih simpati setelah ditimpa pelbagai isu yang gagal dijawab dan seterusnya memberi gambaran palsu mengenai masa depan pakatan tersebut.
Mengikut laporan, duta-duta EU yang ditemui itu digesa supaya memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melaksanakan PRU-14 secara bersih dan adil, walaupun badut mereka Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan, Mohamad Sabu sendiri menyatakan, ‘orang luar’ tidak boleh campur tangan dalam urusan negara.
Persoalan berjayakah Mahathir meyakinkan duta-duta itu bahawa pakatan mereka mampu mengambil alih Putrajaya walaupun kedudkannya sebagai Perdana Menteri baharu juga masih belum jelas.
Pada masa sama, pertemuan itu mendatangkan sedikit kerisauan tentang apakah janji atau komitmen yang mungkin ditaburkan oleh Pakatan Harapan terhadap perwakilan asing itu.
Ekoran pertemuan deligasi Pakatan Harapan yang ketuai Dr. Mahathir dengan duta-duta 16 kerajaan EU telah menimbulkan banyak reaksi serta kritikan daripada banyak pihak, sebahagiannya ialah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Bekas Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar.
Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, dalam pertemuan itu, Pakatan Harapan membangkitkan isu-isu berhubung pentadbiran negara serta meminta campur tangan negara asing.
Beliau berkata, perkara itu telah menjejaskan usaha kerajaan dalam mempertahankan kedaulatan serta imej negara termasuklah dalam isu industri kelapa sawit negara.
“Politik sempit Pakatan Harapan yang diketuai DAP ini ternyata merumitkan strategi dan dasar kerajaan untuk membela rakyat di negara ini,” tegas beliau dalam satu kenyataan.
Beliau difahamkan bukanlah menjadi hasrat duta-duta EU untuk mendengar tuduhan-tuduhan negatif Pakatan Harapan terhadap kerajaan, namun tindakan mereka yang berusaha untuk melibatkan kuasa-kuasa asing, adalah satu tindakan yang amat tidak patriotik dan sesungguhnya telah meremekan maruah negara.
Kerajaan tidak teragak-agak di dalam usaha membela hak rakyat, kedaulatan dan maruah negara untuk mengambil tindakan tegas yang sewajarnya ke atas mana-mana pihak asing yang melanggar norma-norma dan nilai-nilai yang termaktub dalam Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961.
“Pertemuan itu merupakan satu lagi helah dan hipokrasi yang menjadi teras politik bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang nyata telah membelakangkan kepentingan negara dan rakyat demi untuk meraih kuasa,” katanya.
Menurut Menteri diJabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, sekiranya Dr. Mahathir benar-benar berjuang untuk rakyat, perjumpaan itu sepatutnya dimanfaatkan untuk memperjuangkan isu pemboikot kelapa sawit Malaysia oleh EU yang mana telah menjejaskan nasib 500,000 pekebun kecil kelapa sawit serta warga FELDA, bukannya hanya mementingkan agenda politik beliau dan sekutunya.
Perjumpaan tersebut jelas menunjukkan keutamaan perjuangan Pakatan Harapan yang diketuai DAP itu apabila menjadikan isu politik sebagai perbincangan utama berbanding isu rakyat yang sepatutnya lebih penting.
Pakatan Harapan kononya parti yang ‘membela’ FELDA dan sering kali mengambil tahu berkenaan isu FELDA sebelum ini, mengapa mereka tidak membawa ke tengah isu yang menjadi keresahan warga FELDA sekarang? Ia itu dalam isu boikot kelapa sawit Malaysia oleh EU.
Dan jika betul ada buat perbincangan itu, mengapa dalam kenyataan Ahli Pimpinan Tertinggi PPBM, Datuk Kadir Jasin berkenaan perjumpaan itu hanyalah mengenai PRU-14 dan 1 MDB sahaja.
Sekiranya Dr. Mahathir berbincang berkenaan PRU-14 dan berhajat menjadikan delegasi EU sebagai pemerhati PRU-14, mereka perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan SPR.
Jika mereka mahu EU menjadi pemerhati dalam PRU-14 adalah diharapkan mereka berlaku adil dan bukan hanya melihat sahaja perangai buruk pembangkang yang kerap menyebar fitnah di waktu-waktu akhir pilihan raya seperti fitnah ‘40,000 Bangla mengundi’ pada PRU-13.
Adalah diharapkan agar pemerhati-pemerhati politik termasuk dari negara-negara asing tidak bersikap berat sebelah dan diam membisu apabila pihak pembangkang melemparkan pelbagai fitnah pada saat-saat akhir seperti pada PRU-13 yang lepas.
Bekas Timbalan Pengerusi SPR Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar berkata, perbuatan Dr. Mahathir menjemput EU sebagai pemerhati PRU-14 akan datang disifatkan tidak menghormati peranan dan tanggungjawab SPR menguruskan proses demokrasi negara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berpandangan, pada masa sama, tindakan duta-duta EU tersebut bertemu dengan parti pembangkang juga disifat tidak adil terhadap kerajaan.
Duta asing yang ditempatkan bertugas disesebuah negara merupakan wakil rasmi kerajaan yang menghantar kepada kerajaan di negara penerima, justeru itu mereka sewajarnya berurusan dan menghormati kerajaan di mana mereka ditaulihkan.
Dalam suasana negara berdepan PRU-14, wakil asing sewajarnya membuat kunjungan hormat kepada SPR jika ingin memahami perkara berkaitan dengan urusan pilihan raya di negara ini.
Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata, semasa PRU-13, wakil kedutaan asing diatur oleh Wisma Putra mendapatkan taklimat dan penjelasan SPR tentang proses serta sistem urusan pilihan raya di Malaysia.
Jika mereka tidak faham tentang proses dan sistem pilihan raya di Malaysia, masakan mereka mampu membuat penilaian yang tepat serta kemungkinan mereka akan terpengaruh dengan fitnah dan dakyah politik yang tidak bertanggungjawab oleh pembangkang adalah tinggi.
Beliau juga bimbang situasai itu akan menyebabkan duta-duta asing akan membuat laporan berdasarkan penilaian dan tanggapan yang tidak tepat terhadap kerajaan.
No comments:
Post a Comment