Tuesday 9 January 2018

BOLEHKAH MAHATHIR DIMAAFKAN? SIRI 11 - MEMUSNAHKAN DASAR EKONOMI BARU (DEB).

Tun Dr. Mahathir Mohamad memusnahkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) melalui penswastaan, kronisme, nepotisme dan korupsi dalam tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri. Sebalik sasaran 30% ekuiti penyertaan Bumiputra, ia merosot daripada 3% semasa beliau ambil sebagai Perdana Menteri pada 1981 kepada 2% semasa beliau meletakkan jawatan pada 2003. Dan sekarang, dalam kerjasama dengan DAP, Dr. Mahathir ingin memusnahkan UMNO dan penguasaan politik Melayu hanya kerana ingin membalas dendam terhadap Datuk Seri Najib dan juga kerana anaknya Mukhriz Mahathir tidak dapat menjadi Perdana Menteri.


Apabila allahyarham Tun Abdul Razak Hussein membangkitkan idea DEB pada 1970, ketika itu pemilikan korporat Bumiputra hanya 1% dengan 99% milik bukan Bumiputra dan asing. Dalam tempoh sepuluh tahun iaitu daripada 1971 ke 1981, pemilikan korporat Bumiputra meningkat tiga kali kepada 3% sementara pegangan bagi bukan Bumiputra meningkat dua kali ganda daripada 30% meningkat ke 60%.

Maka, apabila Dr. Mahathir ambil alih sebagai Perdana Menteri dalam tahun 1981, pemilikan korporat Bumiputra memang sudah tahap 3%. Bagaimanapun, apabila Dr. Mahathir pada 2003, ia menurun ke 2% disebalik mencapai 30% seperti mana yang telah dirancang pemimpin-pemimpin terdahulu. Mahathir telah berbohong kepada rakyat kononnya pemilikan korporat Bumiputra ketika itu ialah 20%, apabila yang sebenarnya hanya 2%. Ini kerana beliau mengambil kira 18% yang dimiliki Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) seperti PERNAS, PETRONAS, MAS, SEDC dan lain-lain yang dikira bukan pemilikan individu korporat Bumiputra.

Rancangan Tun Razak dalam tahun 1970 adalah mudah. Mengurangkan kemiskinan. Mengurangkan jurang ekonomi di antara yang kaya dan yang miskin. Mengurangkan perbezaan ekonomi antara kaum. Memberi pendidikan kepada setiap rakyat. Mewujudkan konsep perkongsian kuasa di mana semua pihak dan semua kaum boleh mengambil bahagaian dalam kerajaan.

Hakikatnya, tempoh 22 tahun daripada 1981 hingga ke 2003, ekonomi Malaysia berkembang dengan pesatnya. Sebagai contoh, pada 1971, permulaan DEB, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) hanya AS$4 bilion. Sepuluh tahun kemudian, mulai 1981, ia meningkat kepada kepada AS$25 bilion. Pada 2003, apabila Dr. Mahathir menamatkan perkhidmatan, ia meningkat kepada AS$110 bilion. Tetapi pada tempoh yang sama pemilikan ekuiti korporat Bumiputra Meningkat dari 1% ke 3% (tempoh 10 tahun) dan lepas itu menurun ke 2% (tempoh 22 tahun) pada masa Dr. Mahathir menamatkan perkhidmatan.

Oleh itu apakah yang sudah terjadi? Hakikatnya, negara semakin menjadi kaya tetapi orang Melayu atau masyarakat Bumiputra di tahap lama masih ketinggalan. Jawapannya amat mudah dan walaupun Dr. Mahathir ingin menjelaskannya tetapi orang Melayu atau Bumiputra enggan mendengarnya. Bagaimana melalui satu sumber yang arif tentangnya bahawa ia merupakan satu pelan permainan baru (new game-plan) yang dicipta oleh Dr. Mahathir untuk kepentingan dirinya dan keluarga serta kroni-kroninya.

Percubaan Dr. Mahathir untuk memperkayakan sepluh juta Melayu bukanlah mudah. Ia mungkin tidak akan menjadi kenyataan. Oleh itu, disebalik memperkayakan sepuluh juta Melayu adalah lebih baik memperkayakan 100 Melayu dan mereka ini boleh membantu sepuluh juta lagi Melayu yang lain di bawah konsep payung (umbrella concept).

Dan Mahathir sendiri secara peribadi memilih 100 Melayu yang akan diperkayakan ini. Tetapi ketika itu beliau juga kena tentukan bahawa setiap seorang Melayu dikayakan itu, beliau juga harus memperkayakan seorang bukan Melayu. Dan mereka ini dipertanggungjawabkan sebagai orang yang akan memegang harta bagi pihak sepuluh juta Melayu yang lain. Tetapi realitinya, 100 Melayu ini merupakan proksi Dr. Mahathir yang bertindak sebagai pemegang amanahnya (trustee), tetapi menggunakan DEB sebagai alasan untuk menyamar (camouflage) tentang salah yang dilakukannya.


Satu lagi contoh bagaimana Dr. Mahathir memindahkan kekayaan negara kepada dirinya dan keluarga adalah melalui program penswastaan (privatization), di mana dalam tahun 1981 ke atas privatization dikenali sebagai piratization oleh pihak yang anti Mahathir. Piratization bermaksu pelanunan daripada perkataan pirate atau lanun. Ada yang menyebut ‘Pelanunan harta negara’. Menurut Barry Wain penulis buku yang berjudul, ‘Malaysian Maverick : Mahathir Mohamad In Turbulent Times’, di bawah nama penswastaan, anggaran RM 100 bilion telah dipindahkan daripada akaun awam ke dalam poket peribadi.

Mahathir telah memusnahkan legasi Tun Razak. Beliau telah memperalatkan DEB dan menyalah gunakan sebagai satu penyamaran untuk memperkayakan yang beliau dakwa ‘100 orang Melayu yang terpilih’ yang akan dijadikan bilioair untuk bertindak sebagai ‘payung’ kepada sepuluh juta Melayu. Tun Razak percaya dalam pengagihan kekayaan yang adil. Mahathir, bagaimanapun percaya dalam memusatkan kekayaan. Beliau tidak boleh menjadikan sepuluh juta Melayu sebagai jutawan, oleh itu beliau telah berjaya jadikan 100 Melayu sebagai super-bilionair pemegang amanah (trustee) beliau.

Tun Razak menjadi Perdana Menteri hanya selama enam tahun (diikuti oleh Tun Hussein Onn untuk tempoh lima tahun). Tetapi peningkatan kekayaan Bumiputra daripada hanya 1% ke 3%. Dalam 22 tahun memerintah, disebalik meningkatkannya dari 3% ke 30% sebagaimana dalam perancangan asal, tetapi Mahathir telah mengurangkannya ke 2%. Tetapi beliau mendakwa ada peningkatan 20% itu termasuk 100 Melayu yang beliau jadi pemegang amanahnya (trustee) yang bertaraf super-bilionair.

Tiada seorang warga Malaysia sama ada Melayu, Cina, India dan lain-lain tidak akan mengisytiharkan bahawa DEB telah gagal di bawah Dr. Mahathir. Tidak ada sebarang kekeliruan terhadap kegagalan DEB, tetapi banyak orang tidak tahu sebenarnya sebab kegagalannya dan mereka mengatakan disebabkan oleh Melayu terlalu bodoh untuk berjaya. Apa yang mereka enggan untuk terima disebabkan oleh seorang individu. Dan individu ini bernama Mahathir.

Setelah memusnahkan DEB, Mahathir sekarang ingin memusnahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pula. Beliau menyatakan UMNO dan BN perlu dimusnahkan untuk ‘Menyelamatkan Malaysia’. Sebenarnya Malaysia tidak perlu diselamatkan, tetapi ia perlu diselamatkan daripada Mahathir yang rakus dan tamak.Untuk memusnahkan UMNO dan BN, Mahathir bersekongkol dengan DAP. Oleh itu beliau bekerjasama dengan DAP untuk memusnahkan UMNO dan BN, kononnya untuk ‘Menyelamatkan Malaysia’.


No comments:

Post a Comment