Friday 19 January 2018

PAKATAN HARAPAN ADALAH ‘PAKATAN MAIN WAYANG’.

Pakatan Harapan (PH) diketuai oleh DAP parti cauvanis Cina yang mengamalkan politik perkauman pada hakikatnya merupakan pertubuhan yang sebenarnya tidak wujud sebaliknya lebih mirip kepada ‘pakatan main wayang’ yang dilakonkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang bersama empat parti pembangkang.

Kami menyifatkan sedemikian memandangkan pakatan berkenaan dikuasai beberapa pemimpin pembangkang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen daripada parti-parti serpihan UMNO dan PAS dan juga parti DAP dan PKR berpakat dengan Dr. Mahathir yang merupakan bukan seorang wakil rakyat(ahli Parlimen).

Sehubungan itu, jelas kelihatan bahawa kewujudan gabungan tersebut sekadar muslihat untuk menipu serta mengelirukan rakyat semata-mata.

Dahulu parti pembangkang itu merupakan sebahagian daripada parti musuh ketat Dr.Mahathir yang sama-sama yang mahukan beliau dijatuhkan sebab bersikap zalim, kuku besi serta mengamalkan kronisme, nepotisme dan korupsi semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Sekarang puak ini jugalah yang mahukan Dr.Mahathir kembali ke tampuk pemerintahan, sama ada mereka ikhlas atau tidak wallah hualam, demi untuk memenuhi agenda tertentu mereka dan ini akan diketahui apabila tiba masanya. Adakah mereka fikir rakyat akan begitu mudah mempercayai apa yang mereka lakunkan sekarang?

Pada masa ini wujud persepsi bahawa Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Dr. Mahathir mahu menggunakan pembangkang bukan sahaja untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak, malah untuk meletakkan anaknya, Datuk Seri Mukhriz kembali ke landasan politik kerana sudah menjadi orang yang tidak dikehendaki lagi dalam UMNO.

Sebagai timbal balas, pihak pembangkang yang diketuai oleh DAP pula mahu memperalatkan Dr. Mahathir untuk menipu serta menglirukan orang Melayu. Strategi DAP memperalatkan Dr. Mahathir dilihat mempunyai objektif serampang dua mata. Pertama ialah untuk memecahbelahkan undi Melayu agar UMNO dan PAS menjadi lemah. Kedua mengelirukan orang Melayu dengan menggambarkan kepada orang Melayu bahawa Pakatan Harapan adalah parti dominan Melayu untuk menarik lebih ramai lagi pengundi Melayu. Dengan orang Melayu dikelirukan, mungkin ramai akan mengundi Pakatan Harapan, sekiranya mereka menang dijangkakan sudah tentu yang berkuasa adalah DAP berdasarkan pengalaman lampau terhadap parti tersebut, dan bukannya Dr. Mahathir, bukannya Wan Azizah dan bukannya Mat Sabu.

Sekiranya ditakdirkan pencalonan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri menjadi kenyataan, maka beliaulah akan menjadi Perdana Menteri di bawah arahan (Prime Minister under instruction) kerana DAP mempunyai kerusi yang dijangkakan lebih daripada PKR, PPBM dan PAN. Sebab dalam politik angka memainkan peranan yang penting untuk menentukan kuasa.

Mengambil contoh pengalaman sejarah apabila Datuk Seri Nizar daripada PAS menjadi Menteri Besar Perak ketika itu, tetapi yang berkuasa serta membuat dasar bagi kerajaan negeri Perak ialah DAP dan bukannya PAS. Ini kerana DAP mempunyai kerusi yang terbanyak di Perak ketika itu.

Sama juga kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kononya kerajaan PKR. Kuasa disebalik kerajaan negeri Selangor ialah DAP bukannya Azmin Ali sebab DAP mempunyai perwakilan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor melebihi PKR dan PAS.

Sebab itulah dasar afirmatif terhadap Bumiputra dan Islam sebagai agama persekutuan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutan telah diperkotak katikan di negeri Selangor kerana DAP menentangnya dan Menteri Besar yang berbangsa Melayu terpaksa mematuhinya.

Sebaga contoh penafian terhadap pembinaan kampus UITM di Hulu Selangor, pemindahan hak milik tanah rizab Melayu kepada bukan Melayu yang berleluasa yang diluluskan oleh kerajaan negeri, membenarkan pesta minum arak diadakan di negeri Selangor, menganak tiri peniaga-peniaga kecil Bumiputra dengan meruntuhkan gerai-gerai mereka di kawasan tertentu dan pelbagai lagi penindasan  terhadap kaum Bumiputra.

Kesimpulannya tidak ada Pakatan Harapan sebenarnya. Ia adalah lebih kepada pakatan main wayang dengan muslihat untuk menipu serta menglirukan orang Melayu demi untuk merampas kuasa kerajaan berbilang bangsa yang bertunjangkan Melayu. Dan Melayu yang bersekongkol dengan mereka untuk memecah belahkan orang Melayu merupakan pengkhianat bangsa demi untuk kepentingan diri sendiri.

Akhir sekali pengkhianat bangsa ini harus dihukum oleh Bangsa Melayu supaya tewas di dalam PRU-14 yang akan datang.




No comments:

Post a Comment