Thursday 25 January 2018

RAKYAT MEMPERSOALKAN PERUBAHAN YANG DIINGINI OLEH PEMBANGAKANG.


Artikel oleh Kong Len Wei
Hanya hari itu semasa tweet kepada Dato S. Ambiga tentang pilihan raya dalam negara kita, beliau berkata bahawa sekiranya perubahan untuk menjadi kenyataan, setiap orang wajib mengundi untuknya. Jawapannya membuat saya berfikir. Perubahan adalah retorik setiap ahli politik pembangkang seluruh dunia untuk menjual idealisme mereka kepada khalayak. Apakah perubahan yang Ambiga dan sekutunya Pakatan Harapan sedang cari?
Adakah beliau maksudkan perubahan Perdana Menteri? Perdana Menteri ialah orang yang menguasai atau mengetuai kumpulan majoriti dalam Parlimen untuk mengetuai kerajaan. Pembangkang di Malaysia tidak mempunyai jumlah kerusi yang diperlukan untuk melakukan ini (perubahan) dan malah agihan barisan kerusi terkini Pakatan Harapan tidak mengambil kira untuk Sabah & Sarawak di mana 25% daripada kerusi parlimen berada. Dengan itu masakan mereka boleh mengubah kerajaan atau Perdana Menteri?
Perdana Menteri sekarang adalah merupakan Presiden UMNO sebab UMNO mempunyai kerusi terbanyak dalam Parlimen hari ini. Adakah mereka sebaliknya berniat untuk mencabar UMNO dan ambil alih kerusi UMNO dalam Parlimen? Hakikatnya, DAP masa kini tidak pernah bertanding menentang UMNO dalam mana-mana konstituensi. Pakatan Harapan terutamanya DAP hanya dominan di kubu kuat kaum Cina di kawasan-kawasan bandar. Malah konstituensi ini bukan konstituensi UMNO. Realitinya, lebih daripada 70% pengundi Cina di Malaysia tidak mengundi dalam konstituensi UMNO. Di Lembah Kelang, 9 daripada 10 kaum Cina mengundi di dalam konstituensi bukan UMNO. Oleh itu apakah jenis cabaran yang Cina DAP boleh mempengaruhi atau menjadi hegemoni kepada UMNO?
Mungkin beliau jangka Tun Dr Mahathir mampu meneraju (spearhead) cabaran Pakatan Harapan ke dalam kawasan pendalaman Melayu, saya mula merenungkannya. Tetapi cabaran PPBM (Bersatu) parti Mahathir hanya mampu bertanding di 51 daripada kubu kuat kerusi UMNO, manakala UMNO mempunyai lebih kurang 80 kubu kuat. Apakah peluang yang ada bagi parti Mahathir, yang ditubuhkan oleh kebanyakannya bekas ahli UMNO, terhadap konstituensi luar bandar itu?
Pembangkang ingin menghapuskan kleptokrasi dan kronisme. Bagaimanapun, pilihan mereka melantik semula Tun Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sedang menunggu tidak menggambarkan perubahan yang mereka ingin cari. Sebagaimana kita tahu, Mahathir telah memimpin negara ini selama 22 tahun dan dalam 5 penggal sebagai Perdana Menteri, DAP label beliau sebagai diktator dan Perdana Menteri yang paling korup. Setelah semua itu, DAP boleh menjangka pengundi akan meletakkan beliau semula untuk berkuasa atas sesuka hati mereka.
Bercakap tentang kleptokrasi, bolehkah sesiapa meneka negeri mana yang mempunyai Ketua Menteri yang didakwa di mahkamah atas jenayah kleptrokrasi yang sama seberti bekas Menteri Besar Selangor Mohamad Khir Bin Toyo? Khir Toyo gagal dalam pilihan raya, didapati bersalah oleh mahkamah dan dipenjarakan atas jenayah rasuah, begitu juga Ketua Menteri Pulau Pinang yang dimaksudkan itu  diragui yang beliau tidak bersalah, walaupun mahkamah belum buat keputusan.
Pembangkang mahu menghapuskan politik dinasti. Anak Tun Abdul Razak tidak terus menjadi Perdana Menteri selepas ayahndanya meninggal dunia. Sebelum Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri terdapat tiga orang Perdana Menteri sebelumnya, iaitu Tun Hussei Onn, Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Najib menjadi Perdana Menteri bukan dilantik oleh bapanya Tun Abdul Razak tetapi dilantik oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang bukan merupakan daripada dinastinya beliau. 
Tetapi mengimbau sepintas lalu tentang barisan kepimpinan Pakatan Harapan, ia telah menggambarkan banyak kombinasi ayah-ibu-anak yang memberi isyarat kewujudan politik dinasti sekiranya mereka diberikan kuasa. Contohnya seperti Mahathir-Mukhriz, Kit Siang-Guan Eng, anak-anak mendiang Karpal Singh seperti Jagdeep, Gobind dan Ramkarpal, Anwar-Wan Azizah-Nurul Izzah, semua personaliti ini merupakan barisan kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan.
Pembangkang mengajar sekularisme dan kononnya bagi membentuk satu kerajaan yang progresif. Bagaimanapun apabila mereka menang dengan bergaya pada 2013, yang mereka lakukan bersama PAS sebagai rakan pakatan mereka. Matlamat politik PAS hanya untuk membentuk negara Islam yang diperintah menggunakan Undang-undang Syariah. Itu telah menjadi matlamat mereka sejak ditubuhkan dan mereka akan berkerjasama dengan sesiapa yang akan sanggup berkompromi dengan prinsip mereka untuk mencapai matlamat itu. Malah setelah PAS membawa usul persendirian di Parlimen tentang pindaan kepada Rang Undang Undang 355 (RUU 335) Mahkamah Syariah (Akta Jenayah) untuk memperkasakan kuasa mahkamah jenayah Syariah, namun demikian DAP dan PKR masih lagi bersama dengan PAS di Selangor. Di sebalik banyak tentangan, hari ini PAS masih lagi merupakan sebahagian daripada kerajaan Pakatan Harapan Selangor, dengan mempunyai 3 orang EXCOs di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Pakatan Harapan mahu menghapuskan perkauman. Bagaimanapun Ahli Parlimen mereka seperti Nga Kor Ming serta lain-lain dan aktivis DAP “Superman” Hew Kuan Yau berterusan melibatkan diri dengan kesulitan dengan posting perkauman di talian dan memberi ceramah berunsur perkauman. Di atas itu, mereka juga tidak menghormati institusi diraja. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi dan raja berpelembagaan. Oleh itu, bagaimana Pakatan Harapan boleh diharapkan oleh rakyat untuk memerintah negara ini jika mereka tidak boleh berkerjasama degan Yang diPertuan Agong dan Raja-raja Melayu?
Mereka telah bersumpah untuk menghapuskan kapitalisme kronisme dan tiket-besar projek-mega, tetapi bagaimanapun mereka telah meluluskan projek mega projek menambak laut dan  projek jalan dan terowong dasar laut di Pulau Pinang dan lebuh raya DASH bagi kerajaan negeri Selangor. Mereka juga berkata di bawah kerajaan pusat kos sara hidup melambung tinggi tetapi kos hartanah di dua negeri di bawah pembangkang iaitu Pulau Pinang dan Selangor adalah tertinggi di negara ini. Kedua-dua negeri itu juga tidak ada kenaikan gaji untuk pekerja-pekerja mereka bagi menampung kos sara hidup yang meningkat.
Pakatan Harapan mengisytiharkan Anwar Ibrahim tidak bersalah dalam kes sek luar tabie dan akan sanggup mohon pengampunan untuk beliau apabila beliau dibebaskan daripada penjara. Tetapi saya tidak pernah dengar daripada mana-mana penggubal undang-undang pembangkang yang sanggup memansuhkan seksyen dalam kanun keseksaan itu yang telah mendapati Anwar bersalah. Adakah mereka ingin mengatakan yang di Malaysia, sesaorang itu harus mempunyai status taraf politik sebelum boleh diampunkan terhadap kesalahan melakukan sek luar tabie?  Mengapa mereka tidak beri jaminan untuk memansuhkan undang-undang purba itu supaya ia tidak boleh disalah guna menentang musuh politik dimasa akan datang?
Lebih banyak saya berfikir yang tentang ‘perubahan’ yang dikehendaki Pakatan Harapan untuk negara kita, lebih banyak lagi saya sedari bahawa ia merupakan ungkapan retorik, pada hakikatnya mereka memang benar tidak mahu perubahan kerajaan. Pakatan Harapan hanya mahu berkuasa ibarat ‘parasit’ atas kuasa kerajaan yang ada sekarang. Contohnya seperti kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor yang ada sekarang. Tiada apa akan diubah oleh Pakatan Harapan, walaupun  bakal Perdana Menteri mereka ialah Tun Dr. Mahathir.
Tun Dr. Mahathir boleh diibaratkan sebagai ‘harimau mati tetap meninggalkan belang’. Apapun, beliau diyakini tidak akan membawa sebarang perubahan melainkan ia merupakan satu langkah ke belakang. Beliau dijangkakan akan meneruskan legasi lama sebagaimana 22 tahun pemerintahannya dahulu dengan mengembalikan semula amalan pemerintahan kuku besi, kronisme, nepotisme, korupsi dan kleptokrasi.



No comments:

Post a Comment