Monday, 15 January 2018

RINGGIT KUKUH BUKAN SEBAB PEMBANGKANG ATAU PRU-14


Pernah seorang pemimpin kanan Pakatan Harapan menyatakan dengan angkuhnya sebelum ini yang nilai Ringgit Malaysia (RM) yang lemah ketika itu akan kembali kukuh setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib disingkirkan.

Persoalannya dari sudut ekonomi, bagaimana RM boleh dikukuhkan sekira Najib disingkirkan? Mungkin soalan ini jika diajukan kepada pihak yang membuat kenyataan itu sendiri, beliau tidak mampu untuk menjelaskanya.

Sekarang, apa sudah terjadi, walaupun Najib masih berkuasa namun nilai Ringgit Malaysia terus mengukuh di bawah RM4.00 kadang-kadang menguji paras RM3.95 pada bila-bila masa pada bulan Januari 2018?

Di sini adalah jelas ia merupakan satu kenyataan yang dangkal daripada seorang pemimpin pembangkang yang buta ekonomi untuk memperbodohkan rakyat terhadap fakta ekonomi sebenar demi untuk memburuk-burukan kerajaan yang memerintah.

Setelah Ringgit mengukuh ada pula di kalangan mereka mendakwa pengukuhan RM adalah disebabkan campur tangan kerajaan kerana PRU-14 yang semakin hampir.

Hakikatnya pengukuhan nilai RM ketika ini bukan disebabkan campur tangan kerajaan, sebaliknya disebabkan keadaan semasa pasaran ekonomi.

Kerajaan tidak campur tangan dalam menentukan nilai RM tetapi naik turun mata wang pada asasnya belaku melalui permintaan dan penawaran RM serta faktor-faktor luaran yang lain seperti adanya eksport yang tinggi, pelaburan langsung asing (FDI) yang kukuh, harga minyak yang kembali stabil serta perkara positif dalam ekonomi yang berlaku kerana kepercayaan dari pelabur asing apabila melihat kepada peningkatan ekonomi dan persekitaran kestabilan politik negara yang tidak diganggu gugat oleh pembangkang.

Jika ada banyak penawaran dan eksport, ia akan membawa masuk dolar Amerika Syarikat (AS$) ke dalam negara dan pastinya akan ada permintaan kepada RM.

Untuk maklumat pembangkang yang ‘bijaksana’, jika anda mengatakan pilihan raya ada kaitan dengan pengukuhan RM sekarang, sudah pasti pihak kerajaan mahu pilihan raya diadakan setiap tahun untuk mengukuhkan RM. Lantaran itu penurunan nilai RM tidak akan lagi dijadikan isu oleh pembangkang dan yang kemudian menggunakannya untuk memperbodohkan rakyat.

Pada Jumaat 12hb Januari 2018 minggu lepas, RM mencecah paras RM 3.96 berbanding AS$ dengan prospek cerah untuk mata wang tempatan itu menguji paras RM 3.95 pada bila-bila masa, disokong oleh penyiaran Indeks Pengeluar Perindustrian (IPP) yang lebih tinggi berbanding jangkaan.

Ringgit terus kukuh berbanding dolar Singapura melepas paras psikologi 3.00 apabila diniagakan pada paras tertinggi RM2.9894 sebelah pagi sebelum tutup pada kadar RM 2.9895.

Kali terakhir peningkatan RM menghampiri paras tersebut ialah pada Mei 2006.

Tentang kesan kepada industri dengan pengukuhan RM memang ada. Di mana-mana negara, peningkatan atau penurunan nilai mata wang akan memberi kesan kepada industri dan perniagaan mereka yang menjalankan perniagaan import mahupun eksport.

Apapun akan ada industri menerima perkembangan positif dan ada juga yang akan menerima kesannya.

Dalam hal itu, syarikat dan industri berkenaan memerlukan kepakaran mereka sendiri untuk menangani risiko peningkatan dan penurunan nilai mata wang.

Kerajaan tidak boleh memberi kepastian untuk menetapkan nilai mata wang seperti yang telah dijanjikan oleh pembangkang jika Najib disingkirkan. Tetapi apa yang kerajaan boleh lakukan  hanyalah  memberi ekosistem ekonomi yang stabil serta polisi dan undang-undang terbaik untuk semua rakyat.

Terdapat banyak ruang untuk RM terus kukuh terutama dengan dasar yang sangat jelas dilakukan oleh Bank Negara Malaysia dalam mengurus dasar tersebut sekali gus memberikan keyakinan kepada pelabur untuk membuat pela

No comments:

Post a Comment