Sunday, 21 January 2018

CUBAAN ‘MENIKAM’ AZMIN DARI BELAKANG DALAM PAKATAN HARAPAN?

Dua skandal lama melibatkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang secara tiba-tiba bertiup kencang minggu lalu dipercayai adalah amaran kepada Menteri Besar Selangor itu supaya menjaga kelantangannya mengenai isu pencalonan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan yang dike tuai DAP.
Pengendali portal, Raja Petra Kamarudin mendakwa, Mohamed Azmin dilihat sebagai ‘racun’ dan perlu dikeluarkan daripada Pakatan Harapan kerana secara terang-terangan menunjukkan perbezaan pendapatnya terhadap Dr. Mahathir dan seterusnya kepada anak Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Beliau mendakwa, misi Mohamed Azmin untuk menyekat laluan Dr. Mahathir sekali gus menyekat karier politik Mukhriz melalui ke nyataan-kenyataan tajamnya baru-baru ini menjadi punca mengapa Timbalan Presiden PKR itu perlu dihapuskan dalam Pakatan Harapan.
“Isu ini mudah, Mohamed Azmin ter bukti menjadi ancaman kepada Mukhriz se perti Khairy Jamaluddin. Beliau tidak boleh menerima Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara kerana menjadikan laluan Mukhriz untuk mengambil alih semakin sukar.
“Sebab itulah wujudnya kedua-dua ‘wahyu’ di atas. Jika Mohamed Azmin me nunjukkan bahawa dia tidak mempunyai masalah dengan Mukhriz maka Dr. Mahathir akan selamatkannya,” kata Raja Petra sebagaimana dipetik menerusi portal Malaysia Today hari ini.
Minggu lalu, dua skandal lama melibatkan Mohamed Azmin dibangkitkan semula selepas Menteri Besar Sela ngor itu membuat kenyataan tajam mengenai pencalonan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan dan Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Mohamed Azmin turut dilihat mempersenda Dr. Mahathir dengan menawarkan kerusi Parlimen Gombak kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Raja Petra turut mempersoalkan sama ada amaran itu adalah supaya beliau menjaga tindak-tanduknya dan adakah lebih banyak skandal akan terdedah jika Mohamed Azmin ingkar.
“Adakah amaran ini daripada Dr. Mahathir atau anak buahnya? ‘Cap jari’ atau jejak beliau berada di banyak tempat. Lagipun, Dr. Mahathir telah melakukannya sebelum ini pada tahun 1998 apabila dia menggunakan Khairuddin Abu Has san membuat pendedahan buku 50 Dalil Mengapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM’ yang akhirnya membawa Penasihat PKR itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar dipecat daripada UMNO dan kemudiannya dipenjara.
“Dr. Mahathir juga menggunakan Khairuddin untuk membuat laporan polis terhadap 1MDB pada Disember 2014 untuk memfitnah Datuk Seri Najib dan sekarang dia menggunakan Khairuddin juga untuk meyerang Azmin. Inilah vintaj Dr. Mahathir dan cara beliau melakukan perkara-perkara tersebut,” katanya.

No comments:

Post a Comment