Friday 5 January 2018

BOLEHKAH MAHATHIR DIMAAFKAN? SIRI 6 - SEBAB UMNO DIHARAMKAN.


Pemilihan pada Perhimpunan Agung UMNO pada April 1987, buat kali pertamanya sejak dua belas tahun, jawatan Presiden telah dicabar. Tun Dr. Mahathir sebagai penyandang serta dikenali sebagai Tim A dicabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah dikenali sebagai Tim B.


Pemilihan pada ketika itu adalah merupakan satu kempen yang sengit untuk mendapat sokongan daripada lebih kurang 1,500 orang perwakilan daripada bahagian dan cawangan di seluruh negara untuk memilih kepimpinan parti. Penyokong Tim B mengharapkan Tengku Razaleigh akan menang.

Selepas pengiraan undi, terdapat khabar-khabar angin kononnya bahawa Tengku Razaleigh telah memenangi jawatan Presiden mewakili Tim B.

Bagaimanapun, keputusan rasmi mengisytiharkan Tun Dr. Mahathir sebagai pemenang, dengan memperolehi 761 undi, berbanding 718 undi untuk Tengku Razaleigh. Dr. Mahathir menang tipis sebanyak 43 undi mengatasi Tengku Razaleigh. Walaupun Dr. Mahathir menang, namun keputusan ini mengaibkan beliau sebagai penyandang jawatan.

Difahamkan 43 undi majoriti yang diperolehi Dr. Mahathir datangnya daripada penyokong-penyokong Datuk Seri Najib selaku Ketua Pemuda UMNO ketika itu. Pada permulaannya beliau adalah penyokong kepada Tim B, namun di saat-saat akhir oleh kesetiaan beliau terhadap kepimpinan sedia ada ketika itu, beliau telah menukar arah sokongan ke Tim A. Seandainya beliau tidak tukar arah sokongan dalam pemilihan tersebut, nescaya Tun Dr. Mahathir tidak mungkin kekal sebagai Presiden UMNO dan menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Bagi calon Timbalan Presiden dimenangi Ghafar Baba mewakili Tim A mengalahkan Musa Hitam mewakli Tim B. Perwakilan Tim A menguasai 16 daripada 25 kerusi Majlis Kerja Tertiggi (MKT) UMNO.

Penyokong Tim B amat kecewa dengan keputusan tersebut serta mendakwa bahawa pemilihan tersebut telah dimanipulasi.

Dakwaan penyokong Tim B tidak disenangi serta menyakitkan hati Dr. Mahathir, lalu bertindak balas dengan menyingkirkan semua Jemaah Menteri dari Tim B dalam kabinetnya termasuk Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku Menteri Pertahanan ketika itu.

Pada bulan Jun 1987, satu tindakan sivil telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh 12 orang (seorang telah menarik diri menjadi 11 orang) ahli UMNO di mana mereka telah memohon relif termasuk suatu pengisytiharan bahawa pemilihan calon yang menang semasa Perhimpunan Agung UMNO April 1987 sebagai bertentangan dengan perlembagaan parti, tidak sah dan dianggap terbatal, serta tidak mempuyai kesan. Kumpulan ini dikenali UMNO 11.

UMNO 11 sebagai plaintif mendakwa bahawa 78 perwakilan telah dipilih daripada 30 cawangan yang tidak berdaftar dengan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), dan oleh itu tidak layak mengundi. Mereka juga mendakwa beberapa dokumen mengenai pemilihan itu telah dipinda.

Fakta yang telah dipersetujui menyatakan 30 cawangan dalam empat bahagian sekiranya tidak diambil kira, keputusan pemilihan akan mewujudkan suatu jurang undi yang amat tipis antara pemenang dan calon yang kalah. Dr. Mahathir menang tipis sebanyak 43 undi ke atas Tengku Razaleigh, iaitu 761 berbanding 781 undi untuk jawatan Presiden UMNO.

Pada peringkat permulaan Hakim Mahkamah Tinggi Harun Hashim memberikan kedua-dua pihak Tim A dan Tim B dua minggu untuk mencapai penyelesaian di luar mahkamah.

Sebuah panel perpaduan UMNO dibentuk untuk berunding supaya dapat bertolak ansur. Bagaimanapun, perbezaan Tim A dan Tim B jelas sukar diselesaikan. Tim B mendesak untuk mengadakan pemilihan baru, manakala Tim A mendesak bahawa tuntutan mahkamah ditarik balik dan satu penyelesaian dengan membenarkan sebilangan ahli Tim B mengekalkan keahlian mereka.

Akhir sekali pada 4 Februari 1988 selepas beberapa siri perbicaraan yang mengambil masa selama tujuh bulan untuk diputuskan. Hakim Mahkamah Tinggi Harun Hashim dalam satu penghakiman beliau, telah memutuskan di bawah Akta Pertubuhan 1966, beliau tiada pilihan melainkan mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan yang tidak sah, kerana wujudnya beberapa cawangan yang tidak didaftarkan.

Keputusan hakim itu telah memeranjatkan UMNO 11. Ini kerana niat ikhlas mereka bukan bertujuan hendak mengharamkan UMNO, tetapi hanya mahukan supaya keputusan pemilihan dianggap tidak sah dan diadakan semula.

Di atas keputusan Mahkamah Tinggi itu Dr. Mahathir dan Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Sanusi Junid sebaliknya telah menuduh UMNO 11 sebagai pengkhianat parti.

Tuduhan mereka ini jelas melulu tanpa mengambil kira niat sebenar kumpulan itu yang bukan untuk mengahramkan UMNO, malah mereka menuntut tindakan yang adil supaya keputusan pemilihan yang lalu dianggap tidak sah supaya ia diadakan semula.

Dua minggu selepas keputusan Mahkamah Tinggi, Dr. Mahathir telah mengumumkan pendaftaran parti UMNO Baru. UMNO Baru kemudian memutuskan bahawa perkataan “Baru” tidak diperlukan, dan menggugurkannya secara rasmi dan oleh itu, menuntut sebagai waris UMNO yang sebenar.

Jelas di sini Dr. Mahathir tidak menunjukkan sebarang kommitmen untuk menyelamatkan UMNO melalui rayuan ke mahkamah atasan, malah terus tergesa-gesa mendaftar parti baru untuk kepentingan dirinya sendiri agar terus berkuasa. Di sudut ini dilihat yang sebenarnya mengkhianati UMNO bukanlah UMNO 11 tetapi Dr. Mahathir sendiri.

Tengku Razaleigh kemudian memutuskan untuk menubuhkan parti baharu yang berasaskan kepada ‘semangat 1946’ iaitu tahun UMNO diasaskan. Akhirnya Tengku Razaleigh menggunakan nama ‘Semanagat 46’ untuk parti yang baru.

UMNO 11 meneruskan rayuannya ke Mahkamah Persekutuan untuk memulihkan status UMNO lama serta mengadakan pemilihan baru.

Bagaimanapun, rayuan yang dijadualkan didengar pada 13 Jun 1988 tidak kesampaian kerana Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas telah digantung tugasnya bermula 26 Mei 1988.
Menurut sakisi, Hakim Datuk George Seah, Tun Salleh Abas Ketua Hakim Negara, sudah membuat keputusan untuk melantik sembilan panel hakim untuk mendengar rayuan UMNO lama.

Arahan telah diberi kepada Pembantu Pendaftar Kanan Mahkamah Persekutuan pada 24 Mei 1988, Tun Salleh telah menyatakan beliau telah digantung tugas mulai 26 Mei 1988. Arahan yang beliau beri telah disaksikan oleh dua orang hakim, iaitu Hakim Datuk George Seah dan allahyarham Hakim Tan Sri Hasim Yeop Sani untuk mendengar rayuan UMNO lama pada 13 Jun 1988.

Dalam hal ini, ada pihak menyatakan rayuan tersebut telah ditolak, adalah tidak benar. Yang sebenarnya rayuan UMNO lama telah dikhianati oleh Dr. Mahathir dengan menggantung tugas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas mulai 26 Mei 1988.


No comments:

Post a Comment